expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 13, 2012

050: Rumah belum diduduki- sudah jadi kes polis

Apa kes pula ni?Kes marah dan geram dengan apa yang berlaku ke atas rumah baru saya yang masih dalam pembinaan, maka semalam saya telah membuat laporan polis.Beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini seperti dalam entri lepas,(klik sini)saya masih boleh bersabar.Tapi kejadian terbaru ni....


Anda tengoklah sendiri..bekas pembakaran kertas dalam bilik di rumah baru saya ni.Dipercayai pembakaran itu dilakukan pada waktu malam oleh penagih dadah.Siapa tak geram kalau rumah yang kita belum duduki lagi dah dijadikan sarang oleh penagih dadah.Aktiviti mereka ni berlangsung pada waktu malam saja.Pernah juga saya ke sana,tapi belum terserempak lagi dengan sampah masyarakat tu!

 Ini pula kesan tapak kaki berselut dalam bilik juga

 Kesan pada dinding

 Ini pula kekotoran di ruang tamu,juga kesan pembakaran kertas untuk penagihan dadah.

Kecurian terbaru,pam air yang diletakkan pada telaga di luar rumah.Pam air yang  berada di situ hampir 10 bulan juga menjadi barangan yang dicuri.Kalau diikutkan rasa marah,mahu saja didoakan agar penagih-penagih itu cepat mampus .Tapi memandangkan bulan puasa yang mulia ini,marilah sama-sama kita  berdoa agar penagih-penagih dadah itu berjaya diberkas dan mendapat pembalasan yang setimpal.Apalah malangnya anak bangsa kita..kerja malas...nak dapatkan wang dengan mencuri...kemudian digunakan untuk membeli najis dadah.Minta dijauhkan daripada ahli keluarga kita terlibat dengan perkara yang merugikan itu.

Kes ini masih dalam siasatan pihak polis.

8 comments:

  1. ya Allah beraninya.. sabar ye cikgu. harap2 la polis amik tindakan sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. ramai sangat sampah sekarang ni encik,
    menyusahkan orang je kejenye ~

    ReplyDelete
  3. sampah masyarakat mmg sampah ! menyusahkan..

    ReplyDelete
  4. INILAH AKIBAT JADI PENAGIH DADAH..HILANG MARUAH DIRI!!

    ReplyDelete
  5. eeee kalau saya pun saya geram jugak.
    dah la kotorkan dinding lantai semua.
    mencuri lagi.
    haihhh sabar je la KM7..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.