expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, September 30, 2012

059: Inilah halaman rumah kami


 Macam ni la rupa bentuk halaman rumah kami.
Sedang dalam pembinaan pagar lagi tu.
Tanah baru lepas dibersihkan...patutlah takde rumput dan semak kan!
tunggulah sehari dua lagi...pasti menghijau semula.

Saturday, September 29, 2012

Rombongan ke rumah pengantin lelaki pula

 Setelah seminggu berlangsungnya perkahwinan adik perempuan saya,
tengahari tadi rombongan kami telah bertandang ke rumah pengantin lelaki pula.
Kali ni pengantin mengenakan pakaian berwarna biru pula.

Thursday, September 27, 2012

058: Kabinet dapur dah siap

 Secara rasminya kabinet dapur rumah baru kami dah siap.
Nampak biru jer tu..hehe..
Maka bolehlah dimulakan aktiviti masak-memasak.
Tak tahulah nak masak apa...

 Ini pun sebahagian lagi kabinet di dapur,
untuk ruang oven,microvawe dan peti ais.
Bukan main besar lagi ruang peti ais tu...
Tak tahulah ada bajet ker tidak nak beli peti ais baru!

lagi gambar.....

Hidangan pengantin:Hasil kerja tangan isteri saya


 Inilah meja pengantin,
semasa majlis perkahwinan adik bongsu saya.
Tugasan menyediakan menu pengantin ni diberikan kepada isteri saya.

Tuesday, September 25, 2012

Sekitar Majlis Persandingan CT

 Seperti yang dijanjikan,entri kali ini adalah
sekitar majlis persandingan adik bongsu saya.
Pintu masuk ke rumah dihias dengan pintu gerbang.

Sunday, September 23, 2012

Pengalaman pertama menjadi wali

 Inilah kali pertama saya menjadi wali,
untuk perkahwinan adik bongsu.
Biasanya saya jadi pengantin jer...cewahh....

Rajin mamat Pakistan ni berniaga


Tengok tu..jurujual dari Pakistan ni,
datang jual baju kat kampung pula.
orang baru ni sebab tak boleh cakap melayu lagi.
kena speaking english dan bahasa isyarat.
maklumlah...baru 10 hari datang Malaysia.

Banyak juga baju yang dibawa...
bukan yang tergantung tu tau!
apa yang nak didedahkan di sini ialah...
orang luar rajin datang mencari rezeki di Malaysia,
tapi orang kita sendiri ada yang masih berpeluk tubuh.
lebih dahsyat lagi..ada orang kita yang ambil jalan mudah
dengan mencuri barang orang lain
untuk kepentingan diri...

Majlis dah berakhir....


Majlis dah selesai?

Friday, September 21, 2012

057: Pagar kawasan rumah

 Kali ni nak tayang pagar rumah yang belum siap.
Ambil masa juga nak siap..maklumlah kawasan luas!
Tu baru separuh kawasan sebelah kanan rumah.
Bahagian kiri,depan dan belakang rumah belum mula lagi tu.

 Ketinggian pagar,aras besi yang berwarna coklat tu.
Boleh tahan juga tingginya kan,
Bukan apa...nak kena tambun tanah lagi ni di kawasan rumah....kasi tinggi lagi..hehe

Thursday, September 20, 2012

056: Kabinet dapur rumah baru


Jom ke dapur....kabinet dapur sedang dalam proses pemasangan
Kerja-kerja pemasangan ni mengambil masa dua hari.
Rekabentuk,warna dan material kabinet ni mengikut citarasa isteri saya.
Maklumlah...dia sponsor semua ni...hehe...

Tuesday, September 18, 2012

055: Projek pagar rumah bermula


Nampak tak rumah saya dari kejauhan tu?
haaa...sekarang ni projek membina pagar sekeliling kawasan tanah bermula.
Sekeliling tanah yer...bukannya sekeliling tapak rumah.
Maklumlah...tanah ni agak luas juga,muat lagi 2 buah banglo kat depan ni..
Memang disengajakan rumah tu dibina dihujung tanah,
supaya kawasan depan rumah nampak lapang.

Sunday, September 16, 2012

Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-8


Just for You Sue

Ini adalah hadiah buat isteri sempena ulangtahun perkahwinan

kami yang kelapan baru-baru ini.Tarikhnya biarlah rahsia.

Saturday, September 15, 2012

Dato' Sheila Majid di Kubang Kerian

 Siapakah gerangan si baju hijau tu?
Pada mulanya dari jauh saya tak cam wanita bertudung itu.
Tetapi apabila mendengar suaranya...rasa macam kenal pula.
Memang sah...itu adalah Dato' Sheila Majid.
Tapi apa dia buat kat Kubang Kerian ni?

 Rupanya ada satu program yang membabitkan 
penyanyi ini di sini.
Saya memang tak mahu melepaskan peluang bersemuka dengan
penyanyi ratu jazz ini,kerana
saya memang meminati lagu-lagu jazz nyanyian Dato' Sheila Majid.
Tapi program apa yer?Jom saksikan......

Taekwondo Championship 2012

 Kali ni entri pasal taekwondo pula yer.
Ada sesiapa minat taekwondo?
haa....kat tempat saya bertugas telah diadakan satu pertandingan..
seperti dalam banner kat atas tu.

 Beginilah dalam dewan semasa pertandingan berlangsung

 Gambar wajib tayang..hehe..

Thursday, September 13, 2012

Hadiah daripada Athirah dan Nurul Ain

 Dah lama nak buat entri pasal hadiah daripada pelajar...asyik tertangguh jer.
Kali ni saya akan siarkan hadiah daripada pelajar(sekarang bekas pelajar)

Wednesday, September 12, 2012

Kisah Sadiq dan Poliklinik Dr Azhar

 Kasihan Sadiq,beberapa hari ni kurang sihat.
Baru jer lepas demam campak,
hari ni cirit-birit dan muntah-muntah apabila masuk makanan.
Maka malam ni kami bawa ke poliklinik berdekatan untuk rawatan.

 Inilah Poliklinik Dr Azhar
Jom kita masuk....

Tuesday, September 11, 2012

Budayakan Tulisan Jawi


Teruja betul saya dengan ball pen kat atas tu.

siap ada slogan lagi tu....

"Budayakan Tulisan Jawi"

Pada mulanya saya membeli ball pen jenama Faster ni

bukan kerana slogan tu,tetapi kerana saya berpuas hati

dengan kualiti pennya.

Tapi setelah melihat slogan tu..mmm bagus juga tu.

Jarang kita lihat pen yang ada slogan macam tu.

p/s:harap lepas ni boleh diletakkan peribahasa ker pula..hehe

Sekadar hiburan:Apakah dialog yang sesuai?


Apakah yang dibualkan oleh 3 orang watak dalam gambar tu?

entahlah...anda berhak meneka atau menentukan dialog mereka,

mengikut kreativiti dan imaginasi sendiri.

entri ini sekadar hiburan...tiada kena-mengena dengan sesiapa.

kepada watak dalam gambar di atas,terima kasih kerana

menggunakan gambar anda untuk entri ini.

Ok...sila ciptakan dialog mereka.

p/s: Sekadar hiburan...tiada hadiah disediakan buat masa ini...hehe..

terima kasih kerana sporting!


Monday, September 10, 2012

Kerja guru ni senang?


Tengok tu..skrip jawapan pelajar yang perlu dibereskan
dalam masa 2 minggu ni.
Naik rabun mata mengadap esei trial SPM ni.

hmmm...ada orang tu kata kerja guru ni senang,
banyak cuti!
tapi tahukah anda bahawa banyak kerja cikgu ni perlu
dibereskan tak kira masa.
Cuba bayangkan kalau kertas peperiksaan pelajar tu
ditanda waktu bekerja?Bila pula cikgu nak mengajar?
nak tak nak...bawa balik ke rumah untuk dibereskan.
kesian anak-anak sendiri terabai apabila cikgu sibuk
menanda kertas periksa di rumah pada hujung minggu.

Biarpun penat,kami terima sebab itu kerjaya pilihan.
tapi kalau dengar cakap-cakap orang yang memandang sinis
bahawa cikgu ni kerjanya senang...panas juga cuping telinga.
rasa nak hempas semua skrip jawapan pelajar tu
kepada mereka.
suruh mereka mengadap kertas-kertas tu berjam-jam.

p/s...saya suka kerja saya.

Sunday, September 9, 2012

Bekwah Aidilfitri 2012 @ smkam

  Satu majlis sambutan Aidilfitri telah diadakan di tempat saya bertugas.
Majlis ini dinamakan Bekwah Aidilfitri.
Kalau di Kelantan ni kenduri lebih dikenali sebagai bekwah.
Jadi dalam entri ini saya akan paparkan
gambar-gambar kenangan,khususnya bersama pelajar.

Bersama pelajar tingkatan 5IT 2012
Disebabkan blog KM7 ini adalah blog peribadi saya,
 maka gambar-gambar dalam entri ini tidak menggambarkan
perjalanan keseluruhan majlis tadi.
Jadi kepada mana-mana pihak yang tidak dimasukkan gambar mereka
dalam blog ini,harap maaf.
Mungkin di kesempatan lain...akan dipaparkan..
Jom saksikan......

Saturday, September 8, 2012

Tawaran hebat...blog list terkini


Sempena dengan sedikit pengubahsuaian blog KM7 ni,
saya bercadang untuk menambah senarai blog dalam blog list.
Kalau anda perhatikan di bawah blog ni....
ada 2 blog list yang masih kosong.
Saya akan isikan dari semasa ke semasa.

Kalau ada sesiapa yang ingin cadangkan blog sendiri untuk
diletakkan link dalam blog list KM7...sila cadangkan dalam komen di bawah.
Takde syarat-syarat apapun....
Tapi bergantung kepada KM7 lah nak masukkkan ker tidak..hehe...
Kecuali kalau nak tukar link suka sama suka...
itu gerenti dapat masuk dalam blog list KM7.

Oklah...selamat berblog buat semua.

Friday, September 7, 2012

054: Bukan senang untuk memilih warna cat rumah


 Ingat senang ker nak pilih warna cat dalam rumah ni?
Susah juga tu....saya sendiri pun macam dah rambang mata
apabila melihat pelbagai warna cat dalam katalog.
Kami menggunakan cat nippon satin glo
untuk ruangan dalam rumah.
Akhirnya kami pilih beberapa warna untuk dinding dalaman.

Monday, September 3, 2012

052: Kisah rumah dan tangga


Hidup berumah tangga ni banyak cabarannya...cewah!Apa kaitan dengan gambar kat atas tu?hehe... Sebenarnya nak cerita pasal rumah dan tangganya.Tak lengkap buat rumah jika tiada tangganya kan.Sebab tu lah dikatakan hidup berumah tangga.

Sadiq dah pandai merangkak dan duduk sendiri


Alhamdulillah Sadiq sekarang dah boleh duduk sendiri.

Bagaimanapun kadang-kadang tu terbalik juga....hehe

maklumla...baru jer boleh duduk tu.

Merangkak pun dah laju sekarang ni,

penat juga nak melayan budak baru pandai merangkak ni.



Sunday, September 2, 2012

Chicken chop buatan isteri



Malam ni menu sekeluarga adalah chicken chop.

Tengok gambar tu...haaa itulah chicken chop buatan isteri sendiri.

Rasanya?Tentulah sedap...macam kat restoran dah!

Maklumlah,ayam tu diperap menggunakan rempah-ratus

dari Itali.....jauh tu!

hmmm...lepas ni tak payah ke restoran lagi

untuk makan chicken chop.

anak-anak pun suka makan chicken chop ni.

Imdad lumba kereta


Inilah rutin harian Imdad

sekembalinya dari sekolah mesti mengadap pc.

Game kegemaran...lumba kereta.

Dari kecil lagi sukakan mainan kereta.

Sekarang dah sekolah tahun satu pun minat kereta lagi.

Kereta...kereta...kereta....

apa saja pasal kereta mesti dia suka.

agaknya ada ker subjek pasal kereta kat sekolah rendah 

yang dia pasti akan suka...

Jom cuci kereta


Ada sesiapa yang rajin cuci kereta ker?

Malas betul rasanya nak cuci kereta sendiri....

ditambah dengan takde masa pula.

senang cerita...hantar kedai jer.

Paling tak best...lepas jer cuci kereta...hujan pun turun..

huhu....dah nasib badan....

Saturday, September 1, 2012

051: Terkini projek rumah saya


Ekslusif hanya di blog KM7 ini saya paparkan

wajah terkini projek rumah saya yang masih dalam pembinaan.