Tuesday, September 18, 2012

055: Projek pagar rumah bermula


Nampak tak rumah saya dari kejauhan tu?
haaa...sekarang ni projek membina pagar sekeliling kawasan tanah bermula.
Sekeliling tanah yer...bukannya sekeliling tapak rumah.
Maklumlah...tanah ni agak luas juga,muat lagi 2 buah banglo kat depan ni..
Memang disengajakan rumah tu dibina dihujung tanah,
supaya kawasan depan rumah nampak lapang.




Operasi membersihkan kawasan bermula.
Nampak  hutan rimba tu?hehe...
sebenarnya sikit jer hutan kat tepi dan depan ni...milik tanah seseorang.
Saya nak beli tanah yang sempit jer tu...tak muat pun kalau nak bina rumah,
tapi tuan tanah tu tak mau jual pun...takpela..
jom saksikan proses membina pagar ni



 Kerja membina pagar ni dimulakan di bahagian kanan rumah.
Projek membina pagar "chalet" jer ni menelan kos RM 35K.
Bayangkan kalau nak buat pagar konkrit keseluruhan tanah ni...sungguh ku tak mampu...


 Baru mula jer ni...



Tak sabar rasanya nak lihat pagar ni siap.
Siap pagar rumah....boleh pindah ke rumah baru ler jawabnya.
Bila tu?Tunggu....



3 comments:

Sop Nama Saya said...

pakai batu sampai atas?
kos byk tuh..
ptg utk keselamatn :)

Badren Awang said...

Kalo guna bata Merah...lagi mahal..tapi cantik...hehehe..

KM7 said...

pakai batu kat bawah sikit jer tu...hehe..tak mampu lagi.