Monday, February 27, 2012

Pernah makan Murtabak Raja?

 Asyik cerita pasal rumah jer...
boring juga kan.
Jadi kali ni mari kita bercerita pasal makan-makan pula.
Pernah makan Murtabak Raja?
Pada mulanya KM7 pun tak berapa tahu apakah jenis murtabak ni
sehingga dipanggil murtabak raja.
Adakah kerana saiznya yang tebal,atau makanan ni menjadi pilihan
kerabat raja?

 saja nak cuba,maka KM7 pun belilah.
Macam-macam perisa ada.
Harganya RM 16.00
Kalau murtabak kat pasar malam Rm2.50 jer....
Rasanya?...entahlah...macam biasa jer cuma sedap jugalah berbanding yang
dibeli di pasar malam tu.
Oh ya..kena panaskan sekejap dalam microwave sebelum dapat dimakan.

 Ini suasana dalam sebuah kedai yang
menjual murtabak raja ni.
KM7 suka warna terang dalam kedai ni!
Kalau tak mahu bawa pulang...boleh terus makan di sini.

 Pizza tu pun ada juga tau.
(sila abaikan model yang kelaparan dalam gambar di atas)

Inilah rupa bentuk murtabak raja yang siap
untuk dimakan.
Setelah dipotong dapatlah 4 bahagian.
Kalau anak ramai...rasanya berbaloi beli
murtabak kat pasar malam jer.

Sunday, February 26, 2012

040: Giliran bahagian belakang pula!

 Kali ni giliran bahagian belakang rumah pula
ditampal plaster.
Tengok abang tu...begitu tekun bekerja,
tak perasan diambil gambarnya.

Bukan senang nak siapkan kerja-kerja tu.
Siap kena panjat-panjat,
kemudian kena dongak-dongak kepala pula.

 Tengoklah hasilnya....dah nak siap!

 Yang ni masa belum kering lagi

Ada orang kata panjangnya rumah KM7 ni.
Nampak macam dua buah rumah berkembar jer.
Betul ker?Hehe...

Thursday, February 23, 2012

039: Dinding luar rumah


 Bahagian dalam rumah dah siap diplaster.
Sekarang kerja-kerja plaster dinding luar juga hampir siap.

Monday, February 20, 2012

038: Dinding sudah diplaster

 Sibuk betul sekarang,
Nak jenguk belakang rumah pun tak sempat.
Haaa kat atas tu belakang rumah KM7.

 Wah ada batang paip pula tu.
Fungsinya untuk air tangki la kot.

 Kat dalam rumah pun sudah diplaster
Tak lama lagi nak mengecat pula.

 Kat atas yang nampak terbuka sebenarnya
nak masukkan siling kapur.
Tunggu...

Bahagian sisi luar rumah.

Friday, February 17, 2012

Sekolah terbakar?

 Ini bukan satu kebakaran,
Cuma satu latihan kebakaran di sekolah sahaja.

 Tujuannya nak tunjukkan
kepada semua warga sekolah 
cara-cara memadamkan kebakaran.

 Tengok tu..
asap berkepul-kepul.

 Tong gas juga boleh menyebabkan kbakaran.

KM7 juga sempat bergambar dengan
sebahagian anggota bomba yang terlibat.

Sunday, February 12, 2012

037:Survey heater,sinki,mangkuk tandas

 Rumah belum siap lagi,tapi  beberapa barangan
perlu di survey dulu.
Bab survey ni lah yang tak berapa nak suka.
Maklumlah kena pergi ke beberapa buah kedai.
Masa pula begitu terhad.

 Kat bandar Kota Bharu ni
ada beberapa buah kedai kelengkapan rumah
yang agak popular.
Maka KM7 pun sempatlah pergi tengok apa yang patut.
Kali ni pergi tengok heater,sinki dan mangkuk tandas.
Adalah juga beli mana-mana yang berkenan.

Nak buat pilihan mangkuk tandas pun satu hal juga.
Macam-macam jenis,nama dan harga.
Seronoknya kalau ada duit banyak kan.
Tengoklah tandas kat atas tu harganya RM 4882.
Yang pasti,KM7 tak beli tandas tu.
Lepas ni nak kena survey siling kapur,cat dinding,tile lantai,dapur dan banyak lagi.
Aduh...penat juga nak siapkan rumah ni!

Friday, February 10, 2012

Aiskrim dan Kenangan

 Budak-budak ni memang suka
kalau dapat makan aiskrim.
Tak kiralah apa jenis aiskrim sekalipun.

 Mana aiskrim saya!

   Tengoklah macam-macam gaya.
Sebenarnya nak tunjuk aiskrim masing-masing tu.

 Masa kita kecil-kecil dulupun,
suka sangat apabila ibu atau bapa belikan aiskrim.

Begitulah aiskrim dan kenangan.

Tuesday, February 7, 2012

036:Hampir 5 bulan...ini hasilnya

 Salam semua...
Lama betul tak update blog,
sejak kematian bapa KM7 baru-baru ni.
(klik sini )
Apa pun KM7 ucapkan terima kasih kepada semua
yang merakamkan ucapan takziah tempohari.
terima kasih juga kepada semua yang masih sudi singgah di blog KM7 ni.

 Kali ni KM7 nak tayang  rumah 
yang masih dalam pembinaan ni.
Haaa..mesti dapat bayangkan rupa bentuk rumah KM7 ni kan!
Nak kasi jelas sikit...tengok gambar kat bawah ni.

Ini sebahagian daripada rumah yer...
tak boleh siar gambar penuh selagi rumah ni tak siap.
Tunggu yer...tiba masanya 
KM7 akan siarkan gambar penuh rumah ni.
Setakat ni hampir 5 bulan dah proses pembinaannya.
Bila agaknya akan siap ni?
KM7 pun tak pasti lagi.