expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, March 30, 2012

Minuman untuk Kesihatan...Cubalah!


Mula-mula tengok botol jus ni 
KM7 dah tertarik dengan gambar buah-buah tu!
Ditambah pula dengan  warna botol dan kotak yang memikat pandangan.
Maka KM7 pun mencubanya....
hmmm sedap juga rasanya.

Paling penting,apabila meminum 2 auns sehari jus Vemma ni
seolah-olah kita dah memakan 
sejumlah buah @ perkara berikut:

Haaaa... kan senang..
Tak perlu buang masa nak cari kesemua tu kat kedai.
Penting lagi..jimat wang!
Caranya mudah saja...
minum jus Vemma yang banyak khasiat ni.
Maklumat lanjut..klik DI SINI
Terima kasih.

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah! 5 orang calon SPM2011 SMKAM dapat 11 A

 Debaran menungggu keputusan diumumkan.

 Tahniah!Pelajar terbaik SPM 2011 SMKAM, Nur Izzati bt Tasri 11A (9A+,1A,1A-)
11A : 5 orang, 10A : 9 orang, 9A : 4 orang dan  8A : 9 orang

 Pelajar terbaik SPM 2011 SMKAM bersama ibu dan bapanya.

 Tahniah! Nur Ameezah bt Samuil 11A (8A+,1A,2A-)

 Tahniah! Nurul Ain bt Ahmad Tarmizi 11A (7A+,3A,1A-)

 Tahniah! Tuan Nur Athirah bt Tn Mohd Rahimi 11A (8A+,2A,1A-)

 Tahniah! Nur Aishah bt Mohamad 11A (5A+.2A,4A-)

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya.
Tahniah juga buat guru-guru dan ibu bapa.

Barang diorder dahpun sampai!

KM7 order apa pula ni? Barang untuk rumah baru ker?
Taklah....cuba teka apa dalam kotak-kotak tu?
Cepat betul order barang tu...tak sampai seminggu dahpun sampai
kat depan pintu rumah lagi!
Ordernya pun pakai klik2 depan komputer jer.
Senang kan nak membeli-belah sekarang.

 Haaa kat atas tu syarikat yang membuat penghantaran
terus dari Petaling Jaya ke Kota Bharu...terus ke rumah KM7 ni.

 Tak perlu berteka-teki lagi...
Dalam kotak ada kotak...itulah kotaknya.
Dalam kotak oren kat atas tu mengandungi
2 botol minuman jus Vemma.
Gelasnya pun cantik juga tu.

Nampak tak botol-botol jus Vemma tu?
Hmmm KM7 dah rasa... sedap juga tau!
Jus ni banyak khasiatnya antaranya untuk mencegah cirit-birit,diabetes,ulser,lenguh sendi dan banyak lagi.
Biarpun KM7 tak kena penyakit tu lagi,tapi minum juga jus ni untuk kesihatan.
KM7 dah cuba...anda bila lagi?
Untuk maklumat lanjut...daftar dulu DI SINI.

Sunday, March 18, 2012

KM7 buat bisnes pula?

 Lama juga tak update blog...
Sehari dua ni sibuk sikit..KM7 baru nak berjinak-jinak dengan
satu produk kesihatan ni.
Tadi baru saja menghadiri satu sesi pengenalan produk ni.
Rasanya ramai yang dah biasa dengan produk ni..
Selain minuman kesihatan,boleh buat duit...kalau rajin berusaha!

 Tu dia...nama produk tu ada kat belakang.
Kat dalam gambar tu..KM7 bersama isteri dan anak.

 Isteri KM7 bergambar dengan salah seorang yang telah berjaya
dalam bidang ini.

Sesi pengenalan produk dan prospek bisnes ni
telah diadakan di Juitta Inn Kota Bharu.
KM7 telah menyertai bisnes ni.
Seronok juga...tau...selain produk ini untuk kesihatan,
ia juga boleh memberi pulangan lumayan.
Syaratnya...mesti rajin berusaha.
Kalau anda berminat dan ingin mengenali produk ini....jomlah...sila klik DI SINI
Ok...jumpa lagi...

Friday, March 9, 2012

042: Bersih halaman rumah


 Tengoklah hutan yang ada
kat depan halaman rumah KM7 ni.
Di bawah rimbunan hutan tu
ada longgokan batang kelapa yang dah lama
tapi tak reput-reput juga.

Tuesday, March 6, 2012

041: Dah pasang siling kapur


 Rumah KM7 sekarang ni
dalam proses pemasangan siling kapur.
Ada 3 ruang yang akan dipasang siling kapur ni.
Designnya direka sendiri oleh isteri KM7.

Friday, March 2, 2012

Keropok Lekor Kampung Losong memang sudah terkenal


Datang ke Terengganu

tak sah kalau tak makan

keropok lekornya.

Rasa keropok lekor kat sini

memang sedap.

Lokasi popular...Kampung Losong.

Banyak sangat kedai yang menjualnya,

sampai tak tahu nak beli kat kedai yang mana satu.

Tadi sempat juga melihat kerja-kerja

memproses keropok lekor...

macam dalam gambar kat atas tu.

Kalau berkunjung ke sini,

jangan lupa membeli keropok lekor.

Ok..selamat menjamu selera.

p/s..KM7 berada di Kuala Terengganu
dari 29 Februari hingga 2 Mac 2012...ada kursus.