expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 31, 2012

Akhirnya kupilih Samsung Galaxy Tab 10.1

Akhirnya terjawab juga teka-teki selama ini.Gambar kat atas tu menceritakan segalanya...Hari ini 30 Mei 2012,dengan rasminya saya telah menambah koleksi gajet peribadi dengan membeli Samsung Galaxy Tab 10.1.Kenapa saya memilih Galaxy Tab dan bukannya ipad?

Wednesday, May 30, 2012

Ipad atau Galaxy tab?


Nak beli ipad ker Galaxy tab?hmm...sampai sekarang pun masih belum membuat keputusan.Rasanya tak payah beli kot..hehe..Kalau cadangkan kat wall FB,macam-macam cadangan yang diberikan.Bagus juga minta pendapat orang lain ni kan.Mari kita tengok apa cadangan mereka...Eh....gambar kat atas tu apa kaitannya pula?

Tuesday, May 29, 2012

Lukisan lama Teacher Suria

Masa belek-belek fail lama,terjumpa beberapa keping lukisan lama hasil karya isteri saya,teacher Suria.Tak sangkalah pula teacher Suria ni pandai melukis yer.hehe...Saya buat entri pasal lukisan dia ni pun dia tak tahu.hehe.Harap-harap lepas ni dia terbacalah pasal entri ni.

Saksikan  beberapa  keping lagi  lukisan lain....

Monday, May 28, 2012

Jual beli Ovum dan Sperma

Macam-macam perkara dilakukan oleh manusia yang dianggap bertamadun hari ini.Terkini yang menarik perhatian saya ialah berkenaan fenomena jual beli baka yang sudah menular di Malaysia.Sumber utama perbincangan saya di sini adalah bersumberkan akhbar KOSMO 27 Mei 2012.

Sperma dan ovum ini mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian,wanita yang enggan berkahwin serta.......

Selamat Pengantin Baru Zainal & Irhami

Cuti sekolah bermula.Sana-sini sibuk dengan kenduri kahwin.Kalau di Kelantan ni,cuti sekolah macam satu kemestian pula jalan-jalan akan sesak dengan kenderaan yang tak lain tak bukan...untuk ke majlis kenduri.Hari ini saya dan keluarga juga turut menambahkan kesesakan jalan raya dengan menghadiri majlis kenduri.Kenduri siapa?Tu dia...dalam gambar kat kat atas...Sebenarnya saya menghadiri.......

Sunday, May 27, 2012

Hadiah untuk Iqbal Sadiq

Menyambut kelahiran bayi baru adalah sesuatu yang menyeronokkan.Sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan,kedatangan orang baru ini dikongsi bersama saudara-mara dan rakan sejawat yang lain.Justeru,hadiah adalah salah satu bentuk melahirkan ucapan tahniah.

Iqbal sadiq,cahaya mata ketiga saya sudahpun masuk 5 bulan.Jadi dalam entri khas ini,saya akan memaparkan hadiah-hadiah yang diterima oleh Iqbal Sadiq sempena kelahirannya.Hadiah baju kat atas tu diberikan oleh Ustazah Zaharah.Cantik juga baju Peter Rabbit tu.Mungkin sebulan lagi dapatlah Sadiq memakainya.

Hadiah-hadiah lain untuk Sadiq.......

Saturday, May 26, 2012

Memori @ SMKAM 2005

Atas permintaan pelajar,sekali lagi KM7 siarkan gambar lama sekolah.Kali ni nak siarkan gambar-gambar sekitar tahun 2005 pula.Gambar kat atas tu adalah pasukan forum remaja sekolah.Saya percaya pelajar-pelajar yang ada dalam gambar tu sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di dalam mahupun luar negara dalam pelbagai jurusan.Gambar-gambar lain.....

Abang beca pujaan hati!

Pernah menaiki beca roda tiga?Tentu pernah kan....Beca suatu ketika dahulu adalah sebahagian daripada jenis pengangkutan yang penting.Kalau di Kelantan,beca ini juga dikenali dengan panggilan teksi.Bagaimanapun   akhir-akhir ini penggunaan beca lebih tertumpu kepada tarikan pelancong.Kenapa orang tak suka naik beca sekarang?

Thursday, May 24, 2012

Allahyarham sir Ismail dalam Kenangan

Sudah lama KM7 ingin membuat entri ini,tetapi kekangan masa membataskannya.Entri ini khas buat Allahyarham sir Ismail b Jaafar,sebagai tanda ingatan atas pemergiannya mengadap Ilahi pada tanggal 20 April 2012 yang lalu.Allahyarham adalah rakan sejawat KM7 hampir 11 tahun.Terlalu banyak kenangan bersama,namun atas keterbatasan waktu dan ruang,maka KM7 cuma mencoretkan sebahagiannya saja..

047: Rumah sedang dipasang mosaic

Sekarang ni kerja-kerja pemasangan mosaic sedang giat dijalankan,biarpun dalam entri sebelum ini KM7 sudah khabarkan tentang kecurian mosaic di rumah yang sedang dalam pembinaan ini.Nampak tak mosaic kat atas tu?...biasa-biasa saja kan...Pada mulanya kami bercadang nak pasang mosaic 2 kaki pada semua ruang,tapi....

Wednesday, May 23, 2012

046: Mosaic rumah baru dicuri orang!


Masih ingat lagi dengan ENTRI INI?Yer sekarang ni rumah KM7 dalam proses pemasangan mosaic.Tapi apa pula kaitan dengan tajuk entri kali ni?Memang ada kaitannya...Ceritanya begini....

Saturday, May 19, 2012

Mengimbau Kenangan 2004 @ SMKAM

Mengimbau kenangan 8 tahun lepas di SMKAM,terasa begitu cepat masa berlalu.Lihat sajalah wajah-wajah ceria pelajar dalam foto tahun 2004 di atas sudah cukup menceritakan kemesraan yang pernah bertaut suatu ketika dahulu.Tahun 2012 ini, di manakah gerangan kalian semua?Mungkin semua sudah berkerjaya atau masih ada yang akan menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang sama ada di dalam mahupun luar negara.

Alam persekolahan memang cukup indah untuk dikenang.Biarpun terpaksa menempuh liku-liku yang mencabar untuk meraih satu kecemerlangan.Di sini KM7 ingin berkongsi beberapa keping lagi foto sekitar 2004,Saksikan...

Terima kasih Nuffnang

Selamat pagi semua.Pagi-pagi lagi KM7 dah seronok apabila menatap blog Kembara Minda 7 hari ni.Nak tahu kenapa?Sebabnya ada 2 iklan BE tengah running serentak di blog KM7 ni.Jadi KM7 nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada..

Wednesday, May 16, 2012

Sambutan Hari Guru 2012 di SMKAM

 16 Mei Setiap tahun disambut sebagai hari guru.
Hari ini,tempat KM7 bertugas juga telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.
Backdrop pentas tahun ini dihias cantik dengan tema pelangi.

Tuesday, May 15, 2012

Cerita pasal Anak

 Salam semua.Lama juga KM7 menyepikan diri daripada
membuat entri baru.Entahlah akhir-akhir ni rasa macam sibuk jer.
Tak tahu pula sibuk ke mana nya.hehe.
Kali ni nak cerita pasal buah hati KM7 yang 3 orang tu.
Dari kiri :Ardini,Sadiq dan Imdad.

Sunday, May 6, 2012

Pergi Cameron Highlands rupanya...

 Salam semua..Jumpa lagi.Hmmm baru sempat update entri.
Masih ingat lagi dengan ENTRI INI?
Haa...inilah jawapannya..
Sebenarnya KM7 dan keluarga ke Cameron Highlands sekejap.
Dari 4 hingga 5 Mei 2012.

Thursday, May 3, 2012

Dah nak pakai kereta...kenalah habiskan duit!

 Salam semua.Hari ini KM7 sibuk buat aktiviti
menukar tayar kereta.
Bukan buat sendiri tau!tapi kat kedai tayar ler.

Tuesday, May 1, 2012

Sambil Lepak depan FB pun duit masuk akaun!

 Salam semua.Sambil layan FB,check ewallet...ada juga juga duit masuk.
Haaa siapa kata susah nak cari duit?
Sebenarnya tak susah,cuma perlu ada sedikit usaha.
Walaupun duit yang masuk taklah ribu-ribu tapi ada jugalah kan...
Kepada pemerhati yang masih nak tengok bisnes ni berjaya atau tidak,
apa yang anda dapat?Orang lain dah dapat hasil ... 
takkan anda nak tengok jer kan.
Kalau anda daftar dan join....dah banyak agaknya
duit masuk ke dalam akaun anda.

 Kat atas ni sebahagian daripada pendapatan
yang disumbangkan oleh downline yang menyertai bisnes ni.
Kita lepak-lepak depan komputer jer...
duit masuk tak boleh sekat-sekat.
Lainlah kalau anda jenis yang tak suka duit...mesti tak hairan kan.
Pasti ada yang tertanya-tanya...bisnes apa ni?
Kat  bawah  ni saya tunjukkan....


 Nak jual barang sendiri tak ada.
Jadi kita jadi penjual barangan orang lainlah.
Jual ebook jer.Tu pun bukannnya jual dari rumah ke rumah.
Cuma perlu promosi link yang diberikan itu kepada kenalan dan sesiapa sahaja.
Lagi ramai yang beli/join maka lagi banyaklah kita dapat bonus.

 Ada banyak stage dalam bisnes ni.
Kat atas tu saya sertakan stage 1 jer.
Nampak tak...kalau anda berjaya dalam stage ni..
senang-senang boleh dapat lebih RM10 ribu dengan modal 
serendah RM 25 untuk satu ebook.

Haaaa.. inilah bisnes yang dimaksudkan.
Jangan takut untuk mencuba.
Ini bukan skim cepat kaya.Tapi bisnes untuk kaya.
Kejayaan akan menjadi milik orang-orang yang berusaha.
Jom sertai saya DI SINI