expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 30, 2012

Tanda ikatan Tie & Die

Majlis yang diadakan secara sederhana ini berlangsung dengan kehadiran
 keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Thursday, June 28, 2012

Nak simpan Dinar Dirham atau wang kertas?

Sudahkah anda memiliki matawang dinar dan dirham?Macam satu trend pula sekarang ni orang ramai menyimpan atau menabung dalam bentuk dinar dan dirham.Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua jenis matawang ini semakin tinggi nilainya berbanding wang kertas.Apa kegunaan lain dinar dan dirham ni selain untuk tabungan?

Monday, June 25, 2012

Jom main Rebana Ubi

,
Entri kali ini saya akan memperkenalkan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai rebana ubi.Gambar kat atas tu la rebana ubi.Walaupun namanya rebana ubi....ubi ni tak boleh dimakan tau!Kalau ada masa dan peluang, saya teringin juga nak tahu asal - usul dapat nama ni.Begitu juga dengan proses pembuatan alat muzik tradisional ni.Tapi kat mana yer?

Friday, June 22, 2012

Sukantara 2012 @ SMKAM:Bahagian 2

Entri kedua sempena sukantara 2012 ni saya akan paparkan gambar-gambar pelajar yang terlibat sebagai peserta mahupun sebagai penonton.Takde ulasan untuk gambar kali ni...Biarlah gambar saja yang bercerita.Mungkin gambar anda ada di sini.hehe..tahniah!Jom kita saksikan....

Sukantara 2012 @Smkam:Bahagian 1

Sukantara 2012 berlangsung lagi.Kali ini telah diadakan pada tarikh 20 dan 21 Jun.Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu larian 100 meter,merejam lembing,melontar peluru,dan lompat jauh.Seperti biasa,empat rumah sukan mengambil bahagian iaitu Maliki,Hanafi,Hambali dan Shafei.Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sempena sukantara 2012 ini.

Wednesday, June 20, 2012

Jagung rebus & Kacang rebus @ PCB

Bagi anda yang pernah ke Kelantan dan bercuti di Pantai Cahaya Bulan,saya pasti gambar di atas sudah biasa dengan anda.Terdapat deretan gerai menjual jagung rebus dan kacang rebus dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.Hmmm.. sedap juga rasa jagung tu walaupun tidak setanding dengan jagung Cameron Highlands.Apatah lagi jika dimakan  panas-panas dan semasa perut lapar!Macamana dengan harga?

Monday, June 18, 2012

Kusemai padi...tumbuhnya lalang...

Alahai kesiannya,padi yang disemai tetapi lalang yang tumbuh.Bukan nak cerita pasal lalang,tapi nak cerita pasal jentera menyemai padi.Sekarang ni nak menyemai padi senang jer...guna mesin penyemai macam dalam gambar kat atas tu.Kalau zaman dulu,aktiviti menyemai padi ni menggunakan tenaga empat kerat manusia dengan dibantu alat seperti kuku kambing.Kenal ker alat tu?

Saturday, June 16, 2012

Ramai juga sukakan burung marah ni!

Burung-burung marah?Yer...atau lebih popular dengan angry birds begitu popular sekarang.Boleh dikatakan banyak juga barang yang menggunakan jenama angry birds ni.Antaranya pakaian,alat tulis,barang cenderahati,dan sebagainya.Pendek kata semuanya nak menggunakan nama angry birds.Persoalannya mengapa?

Friday, June 15, 2012

Logo Baru Blog Kembara Minda 7

Hari ini 14 Jun 2012 dengan rasminya saya merasmikan logo rasmi blog Kembara Minda 7.Sejak berkecimpung dalam dunia blogging, inilah kali pertama saya merekacipta logo untuk blog.Kalau header blog tu...memang dah lama,tak pernah ditukar-tukar sejak penubuhan blog ini.Rasanya biarlah dikekalkan sebegitu.Berbalik kepada logo,Kenapa saya mencipta logo ni?

Thursday, June 14, 2012

049:Tangga rumah baru kami

Kalau buat rumah mesti ada tangga,barulah lengkap rasanya.Betul tak?Entri kali ini saya akan paparkan tangga rumah yang sedang dipasang mosaic.Tangga rumah baru kami ni simple saja bentuknya.Gambar kat atas tu adalah tangga kedua.Kami memilih mosaic 2 kaki yang berwarna gelap.Mosaic satu warna saja ker tangga ni?

Tuesday, June 12, 2012

Bunyi itu...... mengganggu emosiku


Entri ini sekadar meluahkan rasa terbuku di hati,sakit di mata dan pedih di jiwa.
Amboi...berat betul bunyinya tu.Apahal pula ni?
Dan apa kaitan luahan hati itu dengan gambar aircond tu?

Monday, June 11, 2012

Kalau dah kreatif...macam-macam boleh jadi


Sungguh tekun dan kreatif orang yang menghasilkan gubahan bunga seperti dalam gambar di atas.Kenapa saya berkata sedemikian?Yer la,bunga bukan sebarang bunga tu...Jambangan bunga tersebut dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti tempurung kelapa.Bukan senang nak buat tu,memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi.Anda boleh lakukannya?

Saturday, June 9, 2012

048: Tetamu di rumah baru

Salam semua.Kali ini entri pasal rumah baru saya.Petang tadi saya dan ahli keluarga sebelah isteri telah melawat ke rumah baru kami yang belum siap lagi ni.Sampai saja kat rumah ni...hujan turun dengan lebatnya...kami semua tak basah pun..Tengoklah dalam gambar tu...ramai yang tersenyum..hehe..Kami buat apa kat sana?

Thursday, June 7, 2012

Ditarik-tariknya pun rasa sedap juga!

Main tarik-tarik apa tu bang?Ooo..tarik teh yer...Dengan kata lain,tengah buat teh tariklah tu.Orang kita memang suka minum teh tarik.Lagi sedap kalau ada roti canai pula...hmm ada yang lapar ni.Berbalik kepada gambar tu,abang kita ni sedang buat teh tarik untuk pelanggannya.Kenapa saya suka tengok abang ni buat teh tarik?

Wednesday, June 6, 2012

Kenangan Lalu Mengusik Kalbu:Memori 2005

Melihat gambar-gambar lama mungkin mengembalikan nostalgia bagi sesetengah orang.Kesibukan masa menyebabkan kita tak sempat membuka album lama.Justeru saya buatkan entri ni khas buat bekas pelajar SMKAM khususnya bagi tahun 2005.Gambar kat atas tu adalah pasukan bola SMKAM.Lain-lain gambar...Saksikan....

Tuesday, June 5, 2012

Sana sini main bola

Sana sini main bola...hehe.Di Kelantan sekarang ni macam-macam pesta sempena cuti sekolah.Hari ini hari terakhir Karnival Bola Sepak.Karnival 3 hari ini berlangsung di Padang Perdana,Kota Bharu.Perlu diingatkan,karnival ini adalah untuk budak-budak jer main bola tau!Orang-orang dewasa bolehlah jadi penonton.


Monday, June 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Khairul Fahmi


Selamat pengantin baru Khairul  Fahmi dan isteri,Hallizza.Saya sempat menghadiri majlis resepsi pengantin ini di Perdana Resort,PCB.Khairul Fahmi dari Kota Bharu telah memilih gadis dari Kuching,Sarawak sebagai teman hidup.Saksikan beberapa keping gambar yang sempat dirakan dalam majlis tersebut.

Saturday, June 2, 2012

Macam-macam kuih Thai


   Bahagian kedua entri pasal Pesta Thai ni,saya akan mengetengahkan beberapa lagi makanan 
yang dijual di sana.Gambar di atas tu adalah antara makanan yang saya beli semasa 
mengunjungi Pesta Thai yang masih berlangsung di Kota Bharu.
                        Kenal tak dengan makanan tersebut?saya pun baru kenal.hehe...jom saksikan...

Kenapa blog list tu penting?

Salam sejahtera semua.Kali ni saya nak cerita pasal kepentingan blog list dalam blog.Secara peribadi saya berpendapat meletakkan blog list dalam blog sendiri ni sangat penting.Buktinya apabila tuan blog tu buka jer blog sendiri maka akan terpaparlah entri baru yang di update oleh rakan blogger dalam blog list kita tu.Jadi...

Perut Lembu panggang?


Siapa kenal apakah  makanan dalam gambar di atas?hmmmm nampak macam sedap...nyumm..nyummm...Itu bukan fishball,bukan juga bebola ping pong.oppss sorry!Sebenarnya makanan kat atas tu adalah perut lembu yang mana di dalamnya berisi nasi dan pulut.Kemudian dibakar/panggang?... macam dalam gambar tu la...Wah! jenis makanan apa ni?

Friday, June 1, 2012

Ekslusif:Gambar Perkahwinan saya


Atas permintaan, dan seperti yang dijanjikan maka saya buat entri pasal perkahwinan ini.Ekslusif untuk pembaca blog ini kerana gambar-gambar perkahwinan saya tak pernah lagi disiarkan dalam blog mahupun FB.Maklumlah...orang dulu-dulu kahwin takde FB..Bukan macam orang sekarang,majlis persandingan belum selesai lagi tapi gambar dah boleh dilihat seluruh dunia.Rasa lucu pun ada apabila melihat semula gambar-gambar ni....