expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 31, 2012

Bayar saman trafik serta-merta

utusan online 31.7.12

kepada pemandu yang bercadang untuk melakukan
kesalahan semasa memandu di jalan raya,
eloklah menyediakan wang dalam perjalanan.
manalah tahu kot2 disaman...
mungkin bagus juga kalau boleh bayar guna kad kredit kan!

Monday, July 30, 2012

Satu petang di bazar Ramadan

Berkunjung ke bazar Ramadan sememangnya kita dihidangkan 
dengan pelbagai jenis juadah berbuka yang memukau mata,meruntun jiwa.
Pasti ada yang terbeli disebabkan tertarik dengan kuih-muih,
bukannya nak makan sangat pun.
Saksikan beberapa lagi jualan di bazar Ramadan...

Sunday, July 29, 2012

Warga asing kuasai KL?

BH 29.7.12

Kedatangan warga asing ke negara kita bukanlah sesuatu yang asing lagi.
Sememangnya itulah hakikatnya apabila menjadi sebuah negara maju,
sering menjadi tumpuan warga asing untuk bekerja.

Masalahnya apabila jumlah mereka yang ramai,
menyebabkan warga tempatan sendiri yang takut sehingga
ada yang berpindah ke tempat lain.

Sesuatu perlu difikirkan dan dilakukan
agar kebanjiran warga asing di negara kita tidak
mendatangkan masalah yang kronik dalam kalangan warga tempatan.

Saturday, July 28, 2012

Penyata bil bulanan pun pengguna kena bayar ker?

Saya pakai 2 broadband Celcom.Satu pakej RM 50 atas nama saya,manakala satu lagi pakej RM 48 atas nama isteri.Bil bulanan bagi pakej RM 50 tak ada masalah,setiap bulan saya kena bayar RM 50 cukup.Takde caj tersembunyi.Masalahnya bil isteri saya tu yang pakejnya RM48,setiap bulan kena bayar RM 51.06 (gambar kat atas tu).Kenapa?

Harga simen naik bulan depan

 

Berita tak best ni bagi yang baru nak bina rumah.
nasib baik rumah saya dah hampir siap.
kenaikan harga simen bermakna kos membina rumah meningkat,
kemudian harga rumah akan naik.
hmmm...bagi yang nak beli rumah,sila tambah bajet.
Yang baru nak bina rumah..takkan nak tangguh pula kot...
makin lama makin naik!

Cintailah aku dengan seadanya


Sedang dilamun cinta?
pasti segalanya indah.
Tapi ingatlah bahawa cinta yang bersandarkan pada
harta,pangkat dan paras rupa biasanya tidak kekal lama.
Sampai masa dan ketikanya...
pudar,musnah dan hilanglah segalanya.
Alangkah bahagianya jika cinta itu....
 menerima seseorang dengan seadanya,
ia akan lebih bermakna biarpun dimamah usia,ditelan zaman.
Cinta datang dan pergi..tapi cinta sejati kekal di sanubari.

Keluarga bahagia negara sejahtera

Nampak sweet jer gambar tu kan!
Masing-masing punya tafsiran sendiri pasal gambar ni.
Bagi saya...ia menggambarkan satu keluarga yang bahagia.
Tengoklah si suami memegang belon untuk dihadiahkan kepada isteri.
Dua anak dalam kereta tu memerhatikan gelagat ibu bapa mereka.
Semoga contoh yang baik ibu bapa  tu menjadi ikutan mereka 
apabila sudah berkeluarga kelak.
Sesungguhnya keluarga bahagia,negara sejahtera.

Friday, July 27, 2012

Majalah PC...kegemaran saya


Inilah majalah yang menjadi kegemaran saya pada setiap bulan.
Saya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya

Saksikan keindahan bonsai

Nampak cantik jer pokok bonsai ni.
Pokok yang kecil tu kelihatan seperti besar,
Seolah-olah berada dalam sebuah cerita purba.
saksikan beberapa lagi keindahan bonsai ni

Thursday, July 26, 2012

Cendol,biji sagu dan nekbak

Berbuka puasa tak lengkap rasanya kalau takde cendol.
nampak cendol dalam gambar tu?
hmmm cendol campur biji sagu
harganya cuma RM 2 sebungkus
Dimakan bersama campuran susu cair dan sirap,
dicampur dengan sedikit ketulan ais.
tak lupa juga dimasukkan nekbak (warna oren) 
dalam gambar tu.
ok...selamat berbuka puasa.

Wednesday, July 25, 2012

Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

sumber:Kosmo Online

amacam?Oklah kan...
dapat juga buat persiapan raya.
semoga Aidilfitri kali ini
lebih ceria dengan pemberian bonus ni.

Monday, July 23, 2012

Happy Birthday Imdad

Ini adalah entri tertunggak.
Selamat hari lahir yang ke-7 buat Imdad.
Birthday anak sulung saya ni adalah pada 16 Julai yang lalu.
Kami berkongsi bulan kelahiran yang sama.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Hari Lahir & Selamat Berpuasa

Hari ini 21.7.12,Merupakan hari pertama umat Islam berpuasa.Hari ini juga bersamaan dengan ulangtahun kelahiran saya.Alhamdulillah,masih lagi dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki,saya dapat menyambut hari lahir pada hari ini.Rasa sangat bersyukur dan istimewa kerana sambutan hari lahir pada kali ini bersamaan dengan 1 Ramadan.Bagi rakan-rakan dan kenalan yang mengirimkan ucapan hari lahir sama ada melalui sms,facebook,twiter,instagram dan sebagainya kepada saya...terima kasih saya ucapkan atas ingatan dan iringan doa kalian.Kepada semua yang beragama Islam,saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Friday, July 20, 2012

Makan pulut durian lagi

Sebelum bermulanya bulan puasa,sempat lagi buat jamuan
makan pulut durian...
Kali ni jamuan pulut durian kat sekolah pula,saksikan...

Thursday, July 19, 2012

Pelajar 4IR buat projek apa ni?

Ramainya dalam gambar ni...buat apa tu?
Macam-macamlah budak sekolah ni kan.
Kat dalam gambar tu budak-budak form 4IR
dan 2 orang cikgi mereka.
Ceritanya begini......

Cerita Kotak pensil pelajar sekolah

Menjadi pelajar sekolah tidak lengkap tanpa
memiliki kotak pensil kan!
Gambar di atas adalah sebahagian daripada 
koleksi kotak pensil pelajar saya.
Macam-macam corak dan reka bentuk,
siap pasang keychain lagi tu.

Wednesday, July 18, 2012

Pelajar bawa telefon dan ipad ke sekolah tahun depan

Sehari dua ni isu hangat dalam
dunia pendidikan adalah tentang
pengguunaan telefon dan ipad dalam kalangan pelajar sekolah.
Bermula 2013 pelajar sekolah dibenarkan
membawa telefon dan ipad ke sekolah.
Macam-macam pendapat....ada yang setuju dan tak kurang juga
yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Monday, July 16, 2012

Selamatkan flora dan fauna planet kita!


Apa tanggapan anda dengan gambar di atas tu?Ada yang suka dengan lukisannya,tak kurang juga yang suka dengan warna-warnanya.Mungkin ada juga yang tak suka langsung!Biar apapun tanggapan anda..segalanya tentang hidupan liar dan flora di hutan rimba kita.Koleksi kertas pembalut hadiah milik saya tu sebenarnya dah lama dalam simpanan,sejak tahun 2007 lagi.Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah menggunakannya satu ketika dahulu.

Sesuatu untuk dikerjakan


Tengok tu.....
itulah sesuatu yang perlu dikerjakan.
bukan sekali,tetapi
sudah menjadi rutin.
sabarlah hati...
semoga pengorbanan hari ini
akan membuahkan hasil
yang membanggakan
buat anak bangsa tercinta.

Sunday, July 15, 2012

Nasi Kerabu Golok

 
Hari Ahad yang penuh ceria.
Satu majlis makan-makan atau pot luck diadakan di sekolah.
Menu utamanya nasi kerabu Golok,di samping
pelbagai jenis kuih-muih.
Jom saksikan

Friday, July 13, 2012

Birthday Imdad ketika usia 1,2 dan 3 tahun

2006 : Kek hari jadi pertama Imdad
Beberapa hari lagi usia anak sulung saya,Imdad akan mencapai 7 tahun.Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,insyaallah majlis sambutan hari jadinya yang ketujuh akan diadakan.Setakat ini majlis sambutan hari jadi Imdad akan diadakan setiap tahun,biarpun secara sederhana.Entri ini akan memaparkan kenangan sambutan hari jadi Imdad bermula dari tahun pertama sehingga ketiga.Kemudian dalam bahagian kedua nanti akan disiarkan sambutan bagi tahun keempat hingga keenam.

Thursday, July 12, 2012

Selamat tinggal blogspot

Selamat tinggal blogspot.Sayu saja bunyinya...Setelah sekian lama menggunakan blogspot,akhirnya saya telah memilih domain .com untuk blog Kembara Minda 7 ni.Hari ini 11 Julai 2012,dengan rasminya saya telah menggunakan domain .com dengan url baru blog ini iaitu http://www.kembaraminda7.com,Kenapa saya memilih domain .com?

Monday, July 9, 2012

Orkid - Part 1


Orkid...seindah namamu
Pelbagai rupa dan warna menarik perhatian.
Menjadi tarikan buat pencinta flora
Begitulah indahnya ciptaan Ilahi.
Saksikan bebrapa lagi keindahan orkid......

Friday, July 6, 2012

Biarkan rama-rama itu berterbangan

Tajuk bukan main lagi yer..hehe..Memanglah rama-rama tu cantik.Ada pelbagai saiz dan warna.Tapi bukan senang nak tangkap rama-rama ni.Kalau ada ynag bercadang nak tangkap rama-rama tu,saya nasihatkan tak payahlah yer.Biarkan saja rama-rama itu berterbangan bebas.Hinggap pada bunga-bungaan.Kan cantik tu!Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal rama-rama ni..tapi

Wednesday, July 4, 2012

Saya dah guna Home Wireless Gateway

Tengok........ gambar apa kat atas tu?.ha...itulah  gajet terbaru saya.Namanya home wireless gateway.Atau juga dikenali sebagai wifi router untuk wireless data access.Gajet ni sesuai digunakan di kawasan yang tidak mempunyai talian atau kabel telekom.Tak payah risau lagi dengan kes kecurian kabel...sebab dengan alat ni internet terus on...kerana ia tak perlukan kabel.

Jom sertai bloglist Julai KM7

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entri ni tak bergambar..mungkin anda yang selalu singgah ke blog KM7 akan perasan..Berbalik kepada tajuk di atas,sukacita dimaklumkan bahawa saya becadang nak wujudkan satu bloglist.Bloglist ni terhad untuk bulan Julai sahaja.Jadi saya menjemput blogger-blogger baru khususnya untuk menyertai bloglist ni.

Sunday, July 1, 2012

Saksikan kraftangan dari Uzbekistan


Kali ni saya nak bawa anda semua ke Uzbekistan.Kita akan melihat beberapa jenis hasil kraftangan yang dihasilkan di negara Uzbekistan ni.Terpegun juga saya melhat kehalusan dan kecantikan hasil kraftangan mereka.Jom saksikan....