Wednesday, August 29, 2012

Bekas pelajar SMKAM datang melawat cikgu



Terima kasih kepada Hafiz dan Haikal
yang telah membawa kek cokelat yang sedap buat
cikgu-cikgu SMKAM tadi.
Mereka adalah dua beradik bekas pelajar SMKAM
yang melanjutkan pelajaran di Jordan.

Ini adalah bekas pelajar SMKAM yang datang ke sekolah tadi.
Dari kiri Shahir(Jordan-Medic),KM7,Ridwan(USM-Bio),Haikal(Jordan-Dentist),
Azam (Mesir-Medic) dan Hafiz (Jordan-Medic).
Cikgu-cikgu tumpang bangga apabila anak-anak murid berjaya dalam hidup.
Selamat maju jaya!

Percubaan SPM 2012


selamat menduduki peperiksaan percubaan spm 2012

kepada calon-calon spm SMKAM dan seluruh Kelantan.

Semoga kejayaan menjadi milik anda..

p/s...jawab elok-elok yer BM 1 & 2 hari ini

Monday, August 27, 2012

Mengumpul sampul duit raya 2012

Amacam...banyak ker duit raya tahun ni?Soalan yang sesuai ditanya kepada kanak-kanak atau pelajar sekolah saja yer.Bagi yang dewasa...soalannya...banyak ker habis duit raya tahun ni?hehe...Apapun persoalannya,saya rasa masing-masing dah tahu jawapannya.Entri kali ni bukan nak cerita pasal duit raya,tapi pasal sampul duit raya.Gambar kat atas tu adalah sebahagian daripada  sampul duit raya yang anak-anak saya dapat pada tahun ni.Agak-agak...berapalah duit raya mereka tahun ni yer?Hmm..biarlah rahsia.Sejak mendapat pelbagai jenis sampul duit raya ni,saya rasa seronok pula menyimpannya..saksikan...

Saturday, August 25, 2012

Beraya di rumah ustaz Hamzah & kak La


Tibalah giliran kita beraya di rumah ustaz Hamzah dan Kak La pula.
Rumah mereka di Pasir Puteh,Kelantan.
Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam di sana

Thursday, August 23, 2012

Beraya di rumah Pn. Hasniza

Kali ni kita beraya di rumah Pn. Hasniza pula.
Tuan rumah..... yang duduk kat tengah-tengah tu yer!
Tengok tu..ada kek pelangi yang cantik.
Bukan main suka lagi budak-budak ni makan kek pelangi.

 Makan sate juga

Tak lupa...ambil gambar kat ruang tamu yang cantik ni..
Terima kasihlah tuan rumah...

Wednesday, August 22, 2012

Beraya di rumah Kak Nie & Abe Yie

Gambar-gambar pada hari raya kedua,
semasa beraya di rumah Kak Nie dan abe Yie di Melor.
Saksikan....

Tuesday, August 21, 2012

Album Aidilfitri 2012

 Selamat hari raya Aidilfitri buat semua.
Entri kali ini saya akan paparkan beberapa keping foto
yang sempat dirakam sempena Aidilfitri kali ini.
Biarlah gambar yang bercerita tentang segalanya....

Saturday, August 18, 2012

Ucapan Aidilfitri buat semua


Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan

Selamat menyambut hari raya AidilFitri

kepada semua ahli keluarga, saudara-mara,

kepada semua rakan sekerja sama ada di Kelantan mahupun di Sarawak.

kepada rakan-rakan sepengajian di SMKKK1,IPGRM(MPRM )Seremban,USM Penang,

Kepada semua pelajar yang mengenali saya sama ada di Kelantan mahupun Sarawak,

kepada semua yang mengenali saya,

dan teristimewa juga kepada

pengunjung setia blog Kembara Minda 7 ini.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin

 


Kad raya daripada pelajar



Entri kali ini saya nak kongsikan kad raya

pemberian pelajar 4 IS 2012.

Terima kasih kepada semua pelajar 4IS 2012,

Selamat hari raya juga daripada saya untuk anda semua.

Thursday, August 16, 2012

Sampul duit raya ekslusif KM7

Raya tahun ni saya telah menempah sampul duit raya,
ekslusif sampul duit raya KM7 lagi tu!
Gambar kat tu adalah pandangan depan sampul tersebut.
Amacam...cantik tak?

Majlis khatam Al Quran @ SMKAM

 Majlis khatam Al Quran peringkat sekolah
telah diadakan pada 15 Ogos 2012 di dewan Al Ghazali SMKAM.
Majlis ini juga diserikan lagi dengan program Mahabbah 'Idilfitri

Sudahkah anda membayar zakat fitrah?


Raya dah dekat ni....semua sibuk membuat persiapan.

Dalam sibuk-sibuk ni,jangan terlupa membayar zakat fitrah yer.

Saya pun baru hari ni berkesempatan membayarnya..

Di Kelantan tahun ni kadar zakat fitrah RM7 seorang.

Semoga zakat fitrah kita membawa keberkatan.

Selamat membayar zakat fitrah.


Saya dapat hadiah baju melayu untuk hari raya ni


Hari raya kali ni lebih meriah

kerana saya telah mendapat sepasang baju melayu.

Hadiah hari raya ni diberikan oleh pelajar saya,

Adeeb dari tingkatan 4 IS 2012.

Terima kasih Adeeb dan keluarga.

Semoga terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajaran.


Wednesday, August 15, 2012

Kek lapis Sarawak


Hmmm... sedapnya makan kek lapis Sarawak ni.

sebenarnya saya ni dah lama tak makan kek lapis Sarawak,

rindu pula nak makan...tambahan pula musim raya ni

kek lapis Sarawak ni memang popular.

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Hazirah,

bekas pelajar saya yang belajar kat UNIMAS

kerana telah membawa balik kek tu untuk saya sekeluarga.

Kami dah makan kek tu,tak sempat tunggu raya..

hehe...sedap rasanya.

Sadiq dan walker barunya


Sadiq sekarang dah masuk 8 bulan.

Kalau letak kat lantai,bukan main ligat lagi dia..

jadi kami belikan sebuah walker merah untuknya.

bolehlah hilangkan lenguh badan menjaganya...

walaupun berada dalam walker,Sadiq tak boleh dibiarkan

bersendirian kerana ada-ada saja yang hendak dicapainya.

hmmm....tak sabar nak tunggu Sadiq berjalan pula.

Monday, August 13, 2012

050: Rumah belum diduduki- sudah jadi kes polis

Apa kes pula ni?Kes marah dan geram dengan apa yang berlaku ke atas rumah baru saya yang masih dalam pembinaan, maka semalam saya telah membuat laporan polis.Beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini seperti dalam entri lepas,(klik sini)saya masih boleh bersabar.Tapi kejadian terbaru ni....

Gajus gebu & Cheese delight


Bahang aidilfitri semakin terasa.

Biskut-biskut raya yang ditempah pun dah

banyak yang siap.hmmm sempatkah untuk

dimakan raya ni?mungkin awal-awal lagi

anak akan beraya sakan dengan biskut tu.

Sunday, August 12, 2012

Kad ucapan dan hadiah hari lahir daripada pelajar

Apa yang saya dapat sempena hari lahir baru-baru ini?
Tengok kat atas tu....sekeping kad ucapan dan satu hadiah istimewa.
Tapi siapa yang bagi tu?Jom tengok sini...

Siput untuk hari raya


siput bukan sebarang siput ni.

siput ni tak payah susah-susah pergi kutip kat sungai.

kutip kat kedai jer terus boleh dimakan.

harga sekilo siput kat atas tu RM 11 jer.

rasanya?Mestilah sedap....

Saturday, August 11, 2012

Gene Martino...baju raya tahun ni

Raya dah dekat ni. Ada lagi yang belum beli baju raya?cepat..cepat... sementara stok masih ada.hehe.. macam nak promosi baju raya pula.Baju raya saya dah siap.Tak payah buat tempahan pun.Kali ni saya pilih brand Gene Martino.Kat atas tu la...alamak takde rahsia lagi pasal baju raya.Takpe la mana tahu kot-kot ada yang nak beli baju sedondon dengan saya tahun ni kan!

Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa kat sekolah

 Dah sambut raya ker ni?hehe...taklah!
Majlis berbuka puasa kat sekolah pada 6 ogos lepas.
acara tahunan tu.Saksikan kemeriahannya....

Tuesday, August 7, 2012

Baju baru...dah terbakar!

Sila jangan betulkan pandangan anda.Gambar baju tu memang macam tu.hehe. Kali ni saya nak cerita pasal baju kurung isteri saya.Kononnya baju tu baru jer siap dijahit dan baru sekali dipakai.Tapi malangnya baju tersebut telah terbakar...huhu...cerita sedih ni....

Resepsi perkahwinan gay di KL...apa cerita?

utusan malaysia 7.8.12

Monday, August 6, 2012

Selamat berpuasa dan persiapan raya


Sekejap jer masa berlalu.Dah lebih dari separuh bulan kita semua berpuasa.Hmmm... macamana prestasi puasa tahun ni?Harap-harap lebih baik daripada tahun lepas lah kan...Dalam mengejar kelebihan Ramadan ni,tak kurang juga yang dah tak sabar-sabar menanti kemunculan Syawal.Justeru,pelbagai persiapan mula dirancang dan disediakan.

Biar apapun perancangannya,elakkan daripada membazir.Semoga keberkatan Ramadan kali ini membawa sinar kebahagiaan Syawal nanti.Selamat meneruskan ibadat berpuasa,dan selamat membuat persiapan untuk Aidilfitri.

Sunday, August 5, 2012

Pewangi sagu dari Sarawak


Pewangi dalam gambar tu berasal dari Sarawak.

Diperbuat dari biji sagu yang dicelup dengan pelbagai wangian.

Sesuai untuk diletakkan dalam almari pakaian.

Saya beli benda ni RM 10 untuk 3 unit,

daripada pelajar Sarawak yang belajar di kolej di KL.

Saya beli benda ni pun bukan nak guna sangat,

tapi sebagai tanda sokongan kepada mereka yang rajin

mengusahakan kraftangan untuk sumber pendapatan sampingan.

Cantik setem tu


Pertama kali saya tengok setem tu,hati terus terpaut.

wah...kiranya dari mata turun ke hati lah ni...

Saturday, August 4, 2012

Kuih kat bazar Ramadan...indah rupa daripada rasa.


Banyak betul kuih kat bazar Ramadan.

Boleh rambang mata dibuatnya.

Tapi kan...kenapa bulan puasa jer kuih-muih ni banyak,

dan orang suka pula membelinya?

padahal takde lah sedap mana pun rasanya.

saya dah beberapa kali terkena,beli kuih yang nampak sedap.

apabila dimakan waktu berbuka,tak sedap pun.

lebih malang lagi ada antara kuih tu yang dah basi.

p/s: dah serik beli kuih kat bazar Ramadan.

Ayam bertelur kat atas kerusi


Amboi....ayam sekarang ni memilih kerusi sebagai tempat bertelur.

Pagi tadi semasa buka pintu,nampak sebiji telur kat atas

kerusi yang diletakkan di luar rumah.

Kalau dulu orang tua pernah berkata,ayam bertelur sebiji

riuh sekampung,tapi ayam sekarang ni bertelur sebiji

senyap-senyap jer kat atas kerusi lagi tu!

Friday, August 3, 2012

Bubur lambuk special,Tegayong,Melor

Petang ni berbuka puasa kat kampung isteri,

tak jauh pun....di Tegayong,Melor.

menu istimewa kali ni ialah bubur lambuk.

lebih special apabila bubur lambuk tu disediakan sendiri

oleh bapa mertua

Kopiah raya ker ni?


kalau tak tengok tajuk entri,tengok gambar kat atas pun 

dah boleh teka apa ke bendanya kan!

itulah kopiah lama saya.hehe..

yang baru untuk raya tahun ni belum beli lagi.

tak sempat lagi.entah-entah pakai yang tu jer.

anda pula macamana....dah beli songkok atau kopiah raya?

Wednesday, August 1, 2012

77 Syarikat Pelaburan tidak sah


utusan malaysia 1.8.12
kepada pelabur-pelabur emas...berhati-hati


Arak sempena Aidilfitri

Utusan Online 31.7.12
Saya berpendapat promosi arak sempena Aidilfitri ini adalah sesuatu yang tidak wajar.Biarpun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama,sensitiviti sesuatu bangsa dan agama seharusnya menjadi satu keutamaan.Jangan jadikan alasan kita 1Malaysia,maka semuanya boleh berkongsi! terutamanya hal-hal berkaitan dengan kepercayaan dan agama sesuatu bangsa.

Tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma.Semua pusat beli-belah  berlumba-lumba menarik perhatian pengguna dengan pelbagai promosi.Kalau promosi pakaian dan kelengkapan untuk perayaaan,itu sewajarnya dillakukan.Tapi kalau promosi arak sempena Aidilfitri,janggal pula rasanya.Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua.Jangan cemarkan perpaduan kaum yang sedia ini dengan perkara yang menyentuh sensitiviti  masyarakat Islam di negara ini.