Tengok tu..skrip jawapan pelajar yang perlu dibereskan
dalam masa 2 minggu ni.
Naik rabun mata mengadap esei trial SPM ni.
hmmm...ada orang tu kata kerja guru ni senang,
banyak cuti!
tapi tahukah anda bahawa banyak kerja cikgu ni perlu
dibereskan tak kira masa.
Cuba bayangkan kalau kertas peperiksaan pelajar tu
ditanda waktu bekerja?Bila pula cikgu nak mengajar?
nak tak nak...bawa balik ke rumah untuk dibereskan.
kesian anak-anak sendiri terabai apabila cikgu sibuk
menanda kertas periksa di rumah pada hujung minggu.
Biarpun penat,kami terima sebab itu kerjaya pilihan.
tapi kalau dengar cakap-cakap orang yang memandang sinis
bahawa cikgu ni kerjanya senang...panas juga cuping telinga.
rasa nak hempas semua skrip jawapan pelajar tu
kepada mereka.
suruh mereka mengadap kertas-kertas tu berjam-jam.
p/s...saya suka kerja saya.