Wednesday, October 31, 2012

Hasil ternakan di rumah sewa kami


Ada ker yang rasa geli tengok makhluk kat atas tu?

hmm... itulah hasil ternakan kat rumah sewa kami.

Terjumpa dalam salah satu almari kat dapur,

semasa kami sedang mengemas barang untuk dibawa ke rumah baru.

Bayangkan kalau semua anak tikus tu dah besar,

bertambah meriahlah kat rumah sewa kami ni.hehe...

Penyelesaiannya,kesemua anak tikus tu telah

menjadi makanan istimewa kucing-kucing yang sentiasa

menunggu makanan kat dapur.... belakang rumah sewa kami ni.

Monday, October 29, 2012

Ooo macam ni sambutan raya Haji di Kelantan


Sibuk betul sekarang ni...dah habis raya baru sempat upload gambar raya.
Kat atas tu sebahagian ahli keluarga saya di pagi raya.
Jom tengok gambar ibadah korban kat kampung saya....


066: Ada orang nak curi idea rumah kami!

Gambar sebahagian daripada ruang dapur.


Kali ni bukan nak cerita pasal dapur,tapi pasal orang datang melihat rumah.

Pekerja kat rumah kami ada beritahu,ada beberapa orang datang

melihat-lihat rumah kami ni.Ada yang memberi pujian,ada juga

Sunday, October 28, 2012

065: Seharian di rumah baru


Orang lain sibuk beraya,

kami menyibuk kat rumah baru.

Bawa apa-apa yang patut sikit-sikit.

Thursday, October 25, 2012

Ikan bakar sebelum Aidiladha


Esok kita akan sambut Aidil Adha.

Apa kaitan dengan gambar kat atas tu?

Sebenarnya itu adalah menu berbuka puasa kami 

petang ni.Tentu ramai yang berpuasa juga hari ni kan.

Tengoklah hasil tangan isteri saya tu....

tak sabar menunggu waktu berbuka nanti....

kepada anda yang berpuasa juga hari ni,

selamat berpuasa.

dan selamat menyambut hari raya Aidiladha

daripada kami sekeluarga.

Wednesday, October 24, 2012

Jom makan Soto

 Inilah soto hasil kerja tangan isteri saya
sila makan...jangan malu-malu

 resepi istimewa ini siap dihidangkan
dah boleh makan....

Antara juri yang datang untuk memberi markah.
hmmm...sedap...lain kali jemput lagi yer!

Monday, October 22, 2012

Pindah rumah:CD masuk kotak


Semua CD kat atas tu adalah koleksi lama saya.

Sekarang dah masuk kotak semula,

maklumla....tak lama lagi nak pindah rumah.

Koleksi CD lagu tu semua original tau!

Banyak keping juga tu...lupa nak kira.

masa muda-muda,zaman bujang dulu

memang hobi saya membeli CD lagu original.

sekarang ni...tak lagi,

bajet tu buat beli susu anak pula.

p/s: sesekali mendengar lagu lama,teringat memori lalu.

Thursday, October 18, 2012

064: Rumah dah siap !


Alhamdulillah...setelah 13 bulan proses pembinaan,

akhirnya rumah kami siap juga.

Bila-bila masa jer boleh masuk rumah baru ni...

Elektrik,air,lampu,kipas dan aircond dah siap pasang.

Pagar luar rumah juga dah beres.....

cuma langsir jer belum beres lagi...huhu...

Sambil-sambil tu...nak uruskan bahagian luar rumah tu sikit..

apapun...barang-barang dah boleh diangkut ke sana.

macamlah banyak sangat barang.hehe..

p/s: Ada sesiapa nak tolong angkut barang ke sana?


Wednesday, October 17, 2012

Bunga meja guru dari Miri ke Kota Bharu


Hampir 11 tahun jambangan bunga kat atas tu saya simpan.

Bunga tu adalah bunga meja guru,tingkatan 5 Ikhlas 2001,

SMK Lutong,Miri Sarawak.

Masa tu saya jadi guru kelas berkenaan.

Akhir tahun,budak-budak ni buat keputusan agar

bunga tu saya simpan sebagai kenangan.

Lihatlah....saya dah simpan sebaik mungkin tanpa 

sebarang pengubahsuaian....kekal seperti asalnya.

Harap-harap pelajar kelas berkenaan masih ingat yer....

Tuesday, October 16, 2012

Bersanding untuk kali kedua


Tak lama lagi nak raya Aidiladha,

pasti ramai yang akan naik pelamin...

Kembalikan semangat di tempat kerja


Saya tertarik dengan satu artikel dalam akhbar Berita Harian hari ini,
berkaitan dengan cara-cara mengatasi kebosanan di tempat kerja.
Memang tidak dapat dinafikan,melakukan aktiviti yang sama
di tempat kerja setiap hari akan mendatangkan kebosanan.
Justeru beberapa langkah mengatasinya perlu dicari.Antaranya,
Tetapkan tujuan kita bekerja,luangkan sedikit masa untuk diri sendiri,
rancang aktiviti selepas pejabat,membeli sesuatu yang berharga untuk diri sendiri,
motivasikan diri untuk mempertahankan prestasi kerja.

Anda pula....macamana?

Monday, October 15, 2012

I love you teacher


l love you teacher

seronokkan kalau ada anak-anak murid yang sayangkan cikgunya.

Biasanya murid-murid sekolah rendah yang sayangkan cikgunya.

pelajar sekolah menengah ni biasa-biasa saja.

Kalau ada pelajar yang sayangkan gurunya....

tak perlu diucapkan dengan kata-kata.

cukuplah dengan menghadiahkan sebuah kejayaan

yang membanggakan guru!

Kalau kejayaan bukan milik anda....

cukuplah dengan menjadi pelajar berguna.

pelajar yang mengenang jasa gurunya.

Sunday, October 14, 2012

Kelantan cuti 21 Oktober 2012


sumber:sinar harian

Kelantan cuti pada 21 Oktober ni...

sempena perlawanan akhir Piala Malaysia,

antara Kelantan dan ATM.

Semoga Kelantan menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 ini.

Saturday, October 13, 2012

063: Beli lampu lagi?

 Selagi tak cukup...selagi tu lah kena jelajah kedai lampu.
Tambah pula banyak yang cantik..rambang mata dibuatnya

 Beberapa buah kedai lampu yang kami kunjungi,
Ada yang berkenan di hati.
Itupun kena tengok poket la...kot-kot poket kosong.hehe..

Friday, October 12, 2012

062:Jom melawat halaman rumah baru kami


 Tuan-tuan dan puan-puan,kali ni saya
nak tunjukkan halaman rumah baru kami,
termasuk pagarnya yang dah hampir siap.
kita mulakan dengan bahagian kiri rumah.

Wednesday, October 10, 2012

Souvenir dari University of Malaya



Inilah key chain souvenir

dari Universiti Malaya.Cantik tak?

Tentulah cantik kan....

apatah lagi key chain tu adalah pemberian seseorang.

Siapalah yang baik hati bagi key chain tu kepada saya yer...

Sebenarnya souvenir tu adalah pemberian rakan sekerja

saya iaitu ustaz Abdul Aziz yang sedang

melanjutkan pelajaran peringkat master di UM.

Terima kasih ya ustaz atas ingatan.

Semoga anda berjaya dalam pengajian.

p/s....saya ni rasa malas pula nak sambung belajar.hehe...

Tuesday, October 9, 2012

061: Pintu pagar yang macamana ni?

 Macam ni lah rupa bentuk pagar depan rumah kami.
simple jer kan...maklumlah kena fikirkan pasal kosnya juga.
Lainlah kalau kita ni jutawan...hehe..

 Haaa..pintu masuk ke rumah kami.
Agak-agaknya macamanalah pintu pagar yang sesuai ni..
material apakah yang hendak digunakan?
Apa yang penting...cantik dan murah...

Pandangan dari rumah kami ke arah pintu pagar utama.
Jauh tak?hmmm kena buat auto gate lah jawabnya..
Kat depan ni juga perlu dibersihkan nanti sebelum kami masuk ke rumah baru.
Senanglah bagi yang nak parking kereta nanti..hehe...

Friday, October 5, 2012

060: Memilih lampu untuk rumah baru


 Wah! seronoknya memilih lampu untuk rumah baru.
Lebih meriah kalau poket tebal...macam-macam jenis lampu boleh dibeli.
Tapi kami beli yang murah jer...asalkan berkenan di hati.

Tuesday, October 2, 2012

Pertandingan kawad kaki pasukan beruniform sekolah

 Entri bergambar kali ini akan memaparkan
gambar-gambar sekitar Pertandingan Kawad Kaki pasukan beruniform SMKAM.

 PK HEM sedang memeriksa barisan 

 cewah...Puteri Islam sedang mengorak langkah
lagi gambar....