expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 28, 2012

Cepat-cepat...masuk blog list saya ni!

Gambar yang tiada kaitan dengan entri ini.

Sempena hari Rabu yang mana ramai blogger

tak banyak bercakap...tapi saya nak bercakap juga.hehe..

KM7 nak buat tawaran istimewa kepada blogger

yang mahu link mereka dimasukkan ke dalam blog list 2 KM7 ni.

Terhad kepada 8 link blog sahaja tau!

syaratnya...mudah...masukkan juga link blog KM7 ni dalam blog anda.

senangkan?budak-budak pun boleh buat.hehe...

tarikh tutup?hmmm...apabila dah cukup 8 link blog..

cepat-cepat...siapa cepat dia dapat....

p/s Tinggalkan link blog anda dalam ruangan komen yer.

Monday, November 26, 2012

072: Pasang Alarm kat rumah baru


Nampak kotak putih kat atas tu?

Tu la kotak siren untuk sistem alarm yang sedang dipasang

di rumah baru kami.

CELCOM X2 : Apa masalah?


Saya tertarik dengan pakej celcom ni,

hampir setahun dah guna.

kira berbaloi juga kalau buat panggilan lama ni.

Masalahnya akhir-akhir ni panggilan yang dibuat

tak sampai pun seminit,dah tak boleh dengar

suara orang yang dihubungi,begitu juga sebaliknya.

kalau macam ni....kira merugikan pengguna ni!

ingatkan ada masalah teknikal sehari dua,

tapi rasanya dah lebih 3 minggu.

kepada pihak berkenaan tolong ler ambil perhatian dan tindakan.

atau kami sebagai pengguna akan bertukar kepada

rangkaian yang lain.



Friday, November 23, 2012

Cerita tentang pacat


Ada apa dalam gambar tu?

anda memang hebat kalau dapat menekanya dengan betul.

takde lah susah sangat kan...klu nya pun dah boleh agak.

Pendek cerita...nampak tak pacat kat selipar tu?

hmmm...pacat tu dah kenyang menghisap darah jari kaki saya ni..

habislah darah manis ni..hehe...

kira macam derma darah jugalah ni kan!

Bagi yang dah biasa dengan pacat,tak hairan langsung kan.

tapi kalau jenis geli...hmmm boleh tahan juga.

p/s: kat bandar ada pacat juga ker?

Thursday, November 22, 2012

Main air di Lata Belatan


Sempena cuti sekolah ni,
jomlah berehat,tenangkan minda.
Lebih penting...bawa anak-anak berjalan..
 

tak jauh pun bercuti,
di Lata Belatan,Terengganu jer.
hmm...bukan main suka anak-anak main air ni.

Tuesday, November 20, 2012

Wireless streamyx TM : saya dah serik!


Tengoklah jumlah yang saya kena bayar hari ni.

Inilah gara-gara pakai pakej stremyx wireless TM.

Pakai bulan Julai lepas...guna tak sampai pun sebulan,

internet sangat lembap!

saya dah buat permohonan untuk ditamatkan...bulan 9 baru ditamatkan.

pastu bil setiap bulan sampai...yang akhirnya 2 kali terima

bil warna merah...kononnya kes mahkamah.

memang silap saya ambil pakej setahun...

tapi tak sangka pula internetnya sangat teruk.

lepas ni...saya dah tak percaya apa-apa pakej yang 

ambil masa bertahun bayaran bilnya...mesti ada kelemahannya.

p/s:nampaknya bajet beli perabot rumah baru kena potong ler..

Sunday, November 18, 2012

Buah cempedak di luar pagar


Buah cempedak di luar pagar...

kan...macam pembayang dalam satu pantun tu.

tapi ini kisah benar,itulah pokok cempedak

yang sedang berbuah,betul-betul depan pagar rumah baru kami.

hmmm...goreng pun sodap ni,

tapi kan...tengok saja ler jawabnya.

dah bukan pokok kita.Tuan cempedak ni

pun saya tak kenal.

Takpelah kita beli cempedak goreng kat kedai jer.

Thursday, November 15, 2012

Monday, November 12, 2012

070: Tak habis-habis pasal tanah


Rasanya dah banyak lori tambun tanah,

tapi masih tak cukup-cukup.

Agaknya separuh   bukit baru cukup kot.....hehe.....

Kalau tanah tu free kan bagus..

ini tidak..semuanya berbayar.

Proses menambun tanah tu sebenarnya ala kadar jer.

mungkin fasa kedua nanti baru selesai sepenuhnya

urusan bahagian luar rumah.


p/s:Nak tanam rumput,tapi kosnya tentu mahal kan?

Sunday, November 11, 2012

069: Pintu pagar dah siap



Itulah rupa bentuk pintu pagar rumah baru kami.

simple saja kan.

Pintu pagar tu dah siap dipasang pun.

Kalau ada yang nak tanya pasal kosnya,

Saturday, November 10, 2012

068: Bersih halaman rumah


Kerja-kerja pembersihan dan pengemaskinian

halaman rumah rumah sedang giat dilaksanakan.

Itupun kerja-kerja asas jer...

landskap dan sebagainya belum lagi,

maklumlah...bajet tak cukup....hehe...

Apapun tunggulah fasa akan datang.

amacam....halaman rumah saya ni?

sesuailah kan untuk kenduri nanti...hehe..

Wednesday, November 7, 2012

Cenderahati akhir tahun

Jual tupperware ker?
oh tidak.....hehe...
sebenarnya itu adalah cenderahati akhir tahun
kelab guru dan kakitangan smkam,Badan kecemerlangan
dan PIBG.
hmmm bolehlah diisi dengan kuih-muih kan.....
ataupun simpan saja dalam almari sebagai hiasan.
ok...terima kasih,tahun depan beri lagi yer,


Tuesday, November 6, 2012

067: Apa hal pasang sticker ni?


Apa hal pula tampal sticker pada suis lampu tu?

Biasala kan...rumah baru banyak suis..hehe

Tampal sticker pada suis tu untuk memudahkan

atau membiasakan diri dengan suis-suis tersebut.

amacam...ok tak idea tu?

Saya sayang dan rindu USM


Dah lama meninggalkan IPT,rindu pula rasanya.

saya dulu belajar kat USM Pulau Pinang untuk degree.

selama 4 tahun di pulau mutiara tu,

banyak juga kenangan yang dikecapi.

lebih manis lagi...saat bergelar pelajar universiti.

saya pasti anda juga ada kenangan terindah

semasa belajar di universiti.

apapun...saya sayang dan rindu pada USM...huhu..ayat jiwang sikit.

kepada adik-adik yang sedang belajar kat USM tu...

selamat belajar...

Monday, November 5, 2012

Hari pertama peperiksaan SPM


Hari ini secara rasminya bermulalah peperiksaan SPM.

Subjek pertama,BM kertas 1 & 2.

Yang berdebar bukannya calon saja tau!

tapi guru-guru dan ibu bapa turut terasa bahangnya.

Gambar kat atas tu dirakamkan pagi tadi

sebelum calon-calon memasuki dewan untuk

menghadapi BM kertas 1.

Dengar khabar soalan karangan tahun ni mencabar juga.

Harap-harap semua akan mendapat keputusan cemerlang nanti.

Sunday, November 4, 2012

Hadiah daripada pelajar 5IS


Terima kasih kepada pelajar

tingkatan 5 IS 2012

kerana memberi hadiah bekas-bekas cantik tu

kepada saya.hmmmm saya suka!

Esok bermula Peperiksaan SPM 2012.

Semoga semua dapat menjawab dengan baik

subjek BM kertas 1 dan 2.

kejayaan anda kebanggaan kami.