Monday, December 31, 2012

Budak-budak main hujan


Sejak malam tadi hujan lebat turun mencurah-curah.Agaknya banjir kali kedua pula ni.Tengoklah gambar tu..hehe ekslusif budak-budak main hujan.Pantang hujan turun mesti nak main air.Esok dah sekolah.....jangan main hujan kat sekolah pula.

Anda juga pasti ada kenangan main hujan...macam saya.hehe.Paling best lepas main hujan,pasti rasa lapar.Masa tu sebutlah apa saja makanan,semua sedap.Ubi kayu dan air kopi pun boleh habis dimakan.

Tapi zaman sekarang tak ramai budak-budak suka main hujan.Apatah lagi kalau tinggal di bandar.Mandi hujan dalam bilik air aje....Berbeza dengan dulu,bukan setakat mandi hujan,tapi macam-macam permainan turut serta dalam hujan tu.ishhh...nostalgia pulak dah.

31 Disember:Selamat Hari lahir isteriku


"Happy Birthday Sue".Entri khas ini didedikasikan buat isteri tersayang....sempena hari lahir yang ke opsss...rahsia!hehe.Tarikhnya memang menariklah...31 Disember.Orang sibuk nak sambut tahun baru...kita sibuk nak sambut hari jadi.

Kegembiraan sambutan hari lahir bulan 12 ni turut dikongsi dengan 2 lagi anak kami.Anak kedua,Ardini lahir pada 7 Disember.Manakala anak ketiga,Sadiq pada 9 Disember.Haaaa... 3 orang boleh kongsi satu kek.Bolehlah jimat bajet.hehe..Saya pula berkongsi hari lahir pada bulan Julai dengan anak sulung,Imdad.

Kepada isteri dan 2 anak kami yang lahir bulan Disember ni...sambutan hari lahir tak sempat dibuat lagi.huhu...sedihnya..maklumlah hari tu sibuk pindah rumah,kemudian banjir pula.Akhir-akhir ni sibuk persiapan nak buka sekolah pula....takpelah panjang umur dan murah rezeki,kita sambut Januari tahun depan.

Akhirnya...sekali lagi,Selamat hari jadi Sue.....p/s...nak hadiah apa tahun ni?

Sunday, December 30, 2012

Benteng pemecah ombak di pantai Irama


Sekali air bah,sekali pantai berubah.Memang betul tu.Gambar-gambar dalam entri kali ni bukanlah selepas bah atau banjir tetapi beberapa hari sebelum banjir. Lokasinya di pantai Irama Bachok Kelantan.Terkejut juga tengok deretan batu sepanjang pantai.Rupanya itu adalah benteng pemecah ombak.


Pantai ni memang teruk juga hakisannya.Berbeza sekali keadaannya beberapa tahun dulu,apatah lagi kalau nak dibandingkan masa saya kecil-kecil dahulu.Tak tahulah benteng ni berapa lama boleh bertahan dari hakisan.Sejak lepas banjir ni saya belum berkesempatan ke sana....nantilah kalau sempat,bolehlah dirakamkan gambar pantai Irama selepas musim tengkujuh.

Merajuk dengan Nuffnang


Lama tak buat luahan perasaan kat nuffnang ni.Sebenarnya dah lama pendamkan ni....hari ni baru dapat buat entri pasal nuffnang.Mudah cerita...blog saya ni dah lama tak dapat CPUV atau dulu dikenali sebagai BE.Dulu semasa pakai blogspot senang jer nak dapat BE.Sekarang ni...bermula Julai lepas apabila blog ni bertukar kepada .com terus tak dapat CPUV.Kira dah 4 bulan ni....

Status glitterati tu dapatlah.Saya juga pasang kesemua 3 iklan,update profile,update soal selidik,hantar pertanyaan kat nuffnang pun sudah.Pendek kata semua dah buat.Nak kata bilangan pengunjung unik yang tak ramai,rasanya masa blogspot dulu lagi kurang.

Entahlah...mungkin blog ni tak menarik perhatian pihak nuffnang.Kalau macam tu rasanya nak kurangkan bilangan ruangan iklan yang dipasang daripada 3 kepada 1...amacam...ok ker?Atau tak payah pasang langsung..baru puas hati kan..(macam ayat budak merajuk..hehe)


Friday, December 28, 2012

Kasut sekolah baru


Sekarang ni rasanya ramai yang tengah sibuk dengan urusan persiapan persekolahan anak-anak.Kami baru jer beli 2 pasang kasut sekolah untuk anak lelaki yang akan masuk Tahun 2 buka sekolah nanti.

Macam-macam ragam ibu bapa,apatah lagi anak-anak semasa membeli peralatan baru.Beberapa hari sebelum buka sekolah ni memang sibuk,kebetulan banjir baru jer beransur pulih.

Berbalik kepada kisah kasut,macam-macam jenama ada.Kalau zaman saya sekolah dulu,kasut bata jer yang popular.Itupun beli sepasang untuk setahun.Beruntung budak-budak sekarang ni.

Medan ikan bakar Kedai Buloh


Pernah sampai ke sini?Saya pun baru pertama kali singgah ke sini.Itupun sebab dijemput untuk  jamuan akhir tahun pelajar tingkatan lima.Tempat ni baru lagi ....tahun 2012 dibuka.Lokasinya di Kedai Buloh,bagi yang biasa ke Pantai Cahaya Bulan,tahu la kot...Kalau dari Kota Bharu,sebelum sampai PCB yer.


Food Village....salah satu tempat makan di sini.Banyak juga menu kat sini.Tapi kali ni kami tak makan ikan bakar pun.Lokasinya menarik jugalah sebab menghadap ke sungai Kelantan.

Thursday, December 27, 2012

Tupai dari negara China


Kali ni saya nak tunjukkan tupai dari negara China.Cantikkan.....budak-budak mesti suka.Senang jer nak jaga tupai ni sebab ia tak payah diberi makanan atau minuman.hehe..cuma perlu dimasukkan bateri jer.

Kreatif betul negara China ni.Macam-macam mainan direka untuk kanak-kanak.Yang seronoknya,orang dewasa pun boleh tumpang sekaki.Kalau sebelum ni banyak mainan jenis kucing.Tupai ni rasanya baru lagi di pasaran.

Biasala...anak-anak saya ni main mainan ni sekali habis bateri jer.Lepas tu mainan ni akan terbiar begitu saja.Maka tugas ibu bapanya lah masukkan ke dalam kotak.Beberapa bulan nanti buka balik.

Oklah...ada sesiapa yang memiliki tupai yang sama?Nanti bolehlah kawan..hehe..

Wednesday, December 26, 2012

Anak ayam pelbagai warna pun ada ni


Cuba perhatikan apa dalam kotak tu?Betul ker anak-anak ayam tu?Eh...betul lah anak-anak ayam.Tak sangka anak-anak ayam ni keluar dalam pelbagai versi warna.Ada merah,hijau,biru,pink dan sebagainya.Macam mainan pula yer.

Anak-anak ayam yang sudah kehilangan ibu,apatah lagi bapanya ini dijual di pasar malam dengan harga RM5 untuk 2 ekor.Takde lah mahal sangat.Tapi jangan bela saja anak-anak ayam ni....kena bagi makan yer..haa...bagi lah nasi ker burger ker.haha..

Menurut penjual ni,warna -warna pada anak-anak ayam tu akan luntur juga dalam beberapa minggu setelah ia membesar.Cukup 40 hari,bolehlah disembelih.Dibuat lauk dan sebagainya.Teringin juga nak bela,tapi apabila memikirkan pasal kena bagi makan dan tempat tinggal ayam-ayam ni...tak jadi beli lah.

Rumah kami dah banjir


Hujan terus mencurah turun pagi ni.Maka banyaklah air bertakung depan rumah .Tengoklah anak saya tu,bangun tidur terus main air depan rumah.Setakat ni air hujan yang bertakung tu tak sampai lagi ke tangga rumah.


Ini pula gambar padang sekolah kat depan rumah kami sudah dipenuhi air.Budak-budak seronoklah main air kat sini.Gambar ni  diambil awal pagi,kalau tengahari atau petang ramailah budak-budak berpesta air kat padang tu.Tapi anak saya takde lah main air kat situ.

Monday, December 24, 2012

Langsir rumah ke ni?


Hujan-hujan ni kan...masalah betul dengan pakaian yang dibasuh...nak sidai kat mana supaya cepat kering.Masalah tu dapat diselesaikan dengan adanya gril tingkap rumah yang sedemikian rupa..hehe...mesra kain untuk disidai.

Kebetulan langsir di ruang tamu ni belum siap,maka bolehlah gantung kain-kain seperti selimut tu,kemudian pasang kipas supaya cepat kering.Kalau ada tetamu datang masa ni alahai malunya.Nampak sangat macam guna selimut sebagai langsir.hehe..

Fenomena kain bergantungan dalam rumah musim banjir ni biasa la kan.Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.Takpe la kan...bukan selalu banjir pun,setahun sekali jer.

Banjir dah tiba


Bangun pagi tadi,tengok luar rumah....waaa....dah banyak air bertakung.Sebenarnya itu bukan air sungai,tapi air hujan yang turun tak berhenti ni.Memang sah..banjir dah tiba.Kalau sebelum ni air hujan dari rumah saya ni mengalir ke tanah kosong sebelah rumah ni,tapi hari ni tanah rendah kat sebelah ni pun sudah dipenuhi air hujan.

Kat luar pagar sana pun dah penuh air.Macamana nak keluar ni?Terperangkap ler kami kat sini.hehe...Biasanya tak lama,tapi kalau hujan tak berhenti air tu mesti terus bertakung.

Banjir oh banjir...ada orang suka main air.

Sunday, December 23, 2012

Narita dari Pengkalan Kubur


Cuba teka apakah gerangan benda kat atas tu?Jawapannya senang aje kan..Itulah narita atau di Kelantan ni lebih dikenali sebagai toto.Sangat popular bagi mereka yang datang ke Kelantan dan membeli-belah di pekan Rantau Panjang mahupun di Pengkalan Kubur.

Apa hal pula saya buat entri pasal toto ni.Nak berniaga toto pula ker?Hmmm takde lah.Saja nak tunjuk toto yang baru dibeli ni,cantik tak?Beli kat Pengkalan Kubur,murah jer RM38 seunit.Kalau beli kat tempat lain,tak pasti pula berapa harganya.

Toto ni elok juga dibeli dan disimpan di rumah.Senang kalau ada saudara-mara datang beramai-ramai nak tidur kat rumah kan.Walaupun tak setebal tilam,cukuplah untuk mengalas belakang.

Jadi kalau ada yang datang ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur,jangan lupa bawa pulang toto.Macam-macam design dan warna ada.Harganya taklah mahal kan....kira mampu beli.

Saturday, December 22, 2012

Seronok main hujan dan banjir


Gambar kat atas tu pemandangan depan rumah saya musim hujan ni.Hari ni dari pagi sampai ke petang hujan tak berhenti turun.Agaknya musim banjir bermula dah ni....Dari jauh tu nampak bangunan sekolah kat depan rumah ni.Padang sekolah tu dah dipenuhi air hujan yang bertakung.Apa lagi,ramai lah budak-budak sekitar masuk main air.

Nasib baik kat halaman rumah saya ni takde air bertakung lagi setakat ni.Takde air pun tapi anak-anak saya dah 2 kali hari ni main air hujan.Seronok benar mereka main air hujan,ala...macam kita kecil-kecil dulu la kan! Tak tahulah pula kot-kot ada yang tak suka main air huan ni.

Sejuk betul cuaca sekarang ni dengan angin yang bertiup dan hujan yang lebat turun sepanjang hari.Rasa lapar jer...hmmm best juga makan ubi kayu dan air kopi ni...

Thursday, December 20, 2012

Header baru blog KM7


Kepada semua pengunjung

blog KM7 ni...harap jangan terkejutlah yer.

Sejak berblog beberapa tahun lepas,inilah kali pertama

saya menukar header baru.

Yer lah...sempena masuk rumah baru ni,header pun baru.hehe..

Lagipun tak lama lagi nak sambut tahun baru pula.

Sayang juga kat header lama tu....

tapi header baru ni saya buat simple jer,tak mahu berserabut.

Kepada semua..terima kasih kerana sudi menjenguk blog KM7

yang tak seberapa ni.

p/s:Mungkin lepas ni ada beberapa lagi perubahan dalam blog.

Saturday, December 15, 2012

077: Solat hajat masuk rumah baru


Semalam..14.12.12 secara rasminya kami pindah ke rumah baru.

Musim banjir bermula?


Biasanya kalau masuk bulan 12,

banjir ler kat Kelantan ni.

tapi tahun ni belum banjir lagi...

sehari dua ni hujan mula turun....macam suasana banjir jer.

mesti ada yang berangan nak main banjir.hehe

harap-harap janganlah banjir masa buka sekolah nanti.

apapun kita hanya merancang,Tuhan menentukan.

p/s: Cuti masih ada,hujan pula turun...hmmmm


Monday, December 10, 2012

Saturday, December 8, 2012

Thursday, December 6, 2012

Wednesday, December 5, 2012

Sunday, December 2, 2012

Selamat tinggal rumah lama


Buat kali terakhir...bergambar depan rumah sewa.
Kira macam sedih juga lah kan..maklumlah 7 tahun kami menyewa kat sini.
Macam-macam kenangan dilalui di sini...

Saturday, December 1, 2012

073: Kami dah pindah!


 yer..kami baru pindah ke rumah baru.
Gambar kat atas ni kerja-kerja pemunggahan barang dari rumah sewa.
Tak banyak pun barang..satu kontena saja.
Memang nak beli perabot baru...tapi yang lama mesti dibawa keluar juga kan!