expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 31, 2013

Hari lahir Sue...


Tinggal beberapa jam saja lagi 2013 akan meninggalkan kita semua.Segala suka duka sepanjang 2013 kini menjadi kenangan. Sebagai entri penutup 2013, cerita terakhir blog ini adalah paparan sambutan ulangtahun kelahiran puan isteri saya yang jatuh pada hari ini 31.12.13. Selamat hari jadi Sue.....Berikut adalah foto kami sekeluarga menutup tirai 2013... 

31.12.13 Birthday Sue...


31.12.13

Happy birthday to you......Sue...

Saat 2013 melabuhkan tirainya,

dan sinar 2014 bakal menampakkan cahayanya,

Saya mengambil kesempatan

untuk mengucapkan 

Selamat hari lahir

buat puan isteri saya....puan Suria.

Semoga 2014 membawa cahaya

yang lebih gemilang buatmu..

senyum seindah suria.....2014


Monday, December 30, 2013

Berakhir sudah cuti sekolah


Penantian akan berakhir....ada yang rindu untuk kembali ke sekolah., tak kiralah cikgu-cikgunya ker mahupun pelajar-pelajarnya. Tinggal sehari lagi sesi persekolahan 2014 akan bermula.Rasanya kelengkapan untuk ke sekolah dari segi pakaian mahupun alat tulis sedah beres semuanya. Petang esok juga kebanyakan pelajar asrama akan mula masuk asrama...Mesti ada yang sedih nak tinggalkan keluarga dan rumah.

Sunday, December 29, 2013

Perkahwinan Fizo dan Mawar


Selamat pengantin baru kepada Fizo dan Mawar. Saya ingin berkongsi gambar-gambar majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Pasir Putih, Kelantan semalam. Terima kasih dan kredit kepada saudara Irfan Daud atas kebenaran menggunakan gambar asal koleksi beliau.

Peralatan sekolah baru


Semakin dekat nak melangkah ke tahun baru, semakin banyak pula benda yang nak dibeli. Macam dah jadi kebiasaan pula setiap kali nak buka sekolah maka peralatan sekolah pun mesti baru. Saya rasa tak jadi masalah sangat kan...sebab bukan selalu pun beli barang-barang tu.

Hari ini saya meluangkan masa dengan anak-anak membeli  beg dan peralatan tulis pula. Itulah hasilnya pencarian kami hari ini.huhu...Terbang juga RM 200. Nampak macam sikit jer barang. Itulah hakikatnya...barang-barang dah mahal sekarang ni, bukan macam zaman kita sekolah dulu.



Pilihan Ardini...semestinya yang warna pink.  Tahun lepas beg princess..kali ni 
Hello kitty pula
Kotak pencil pink...RM 10.90

Lagi gambar...

Saturday, December 28, 2013

Biskut Bin Bin haram?


Sekadar satu perkongsian...benarkah biskut Bin Bin ini tidak halal dimakan oleh umat Islam? Saya hanya mendapat tahu mengenainya daripada perkongsian rakan dalam FB. Bin Bin Rice Crackers ini memang banyak di pasaran, dan rasanya juga sedap... Saya petik komen dalam FB pasal ini...



sumber:Facebook

Kepada yang tahu pasal ni...harap dapat berkongsi maklumat...Terima kasih kepada yang memberikan pencerahan agar kita tidak terus tertipu dengan sebilangan produk di pasaran yang sebenarnya tidak boleh dimakan oleh orang Islam khususnya.

Ayam Sufi


Terdapat pelbagai jenis produk ayam di pasaran. Terbaru produk ayam jenama SUFI. Saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan tentang produk ayam Sufi ini.....belum cuba lagi, tapi saya nak berkongsi dengan rakan pembaca tentang ayam yang bebas daripada penggunaan hormon pembesaran ini. Jom baca...sila klik pada gambar untuk lebih jelas.


Lagi pasal ayam Sufi....

Friday, December 27, 2013

Duit hilang


Masa beli barang tadi ada baki RM 15.50. Duit baki masuk poket seluar macam biasa la...Sampai rumah check balik duit baki..ehhh...ada RM 5.50 pula. Macamana ni..tercicir kat mana pula RM 10 tu? Dah cari kat dalam kereta dan dalam rumah tak jumpa juga. Akhirnya...terimalah hakikat duit tu dah hilang.

Anda juga pernah mengalaminya? Sedih juga kan...nasib baik RM 10, kalau RM 100 ker RM 1000 ker...boleh menangis jugalah yer. Dah bukan rezeki saya duit RM 10 tu..mungkin rezeki orang lain yang terjumpa duit tu. Harap dijumpai oleh orang yang akan menggunakannya untuk kebaikan...huhu..

Pernah terjumpa wang? saya pernah beberapa kali...Kalau kat sekolah  ada terjumpa wang dan tidak dituntut, kita akan masukkan ke dalam tabung kebajikan. Duit tu akan diberikan kepada pelajar juga. Kalau jumpa kat luar...elok masukkan ke dalam tabung masjid saja. Tak berani nak gunalah...kan tuannya tak halalkan. Susah pula nanti. Bagaimana yer kalau kita terjumpa wang RM 100,000? oh tidak...

Pink untuk perempuan !


Ahh...macam satu kebetulan pula apabila semua berbaju pink...bak kata orang putih, pink colour! Dah agak dah..perempuan mesti suka warna pink. Tak kiralah untuk pakaian, bilik tidur mahupun alat tulis sekolah mereka. Gambar kat atas tu saya rakam semasa majlis makan-makan (untuk ahli keluarga terdekat) kat rumah saya baru-baru ni. Mereka dari 5 keluarga berasingan, secara kebetulan memakai baju pink.

Bercakap pasal warna, sejak bayi lagi ibu bapa suka pakaikan baju serta membeli kelengkapan bayi perempuan mereka dengan warna pink. Kenapa yer? Mungkin warna pink ni nampak lembut dan sesuai untuk anak perempuan. Lagipun pink dah sinonim dengan perempuan.Macamana kalau ada lelaki pakai baju pink...mesti nampak "jambu" hehe..siapalah yang beri gelaran jambu tu....

Saya sendiri pun tak ada koleksi baju pink. Kadang-kadang nampak cantik juga tengok lelaki berkemeja pink ke tempat kerja.  Tengoklah nanti kot-kot terbuka pintu hati nak pakai kemeja pink ke sekolah.hehe...Biarlah orang nak kata apapun.yang penting baju baru dan cantik...Ker camana?

Tsunami 2013: Antara kebenaran dan kebetulan


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kemunculan banyak ikan di perairan Lahad Datu, Sabah. Kebimbangan berhadapan dengan tsunami mula terasa memandangkan perkara yang hampir sama berlaku sebagai tanda tsunami pada 26 Disember, 9 tahun yang lepas. Perkara ini disangkal kerana ada faktor lain ikan itu muncul ke daratan, bukannya berlaku gegaran di dasar laut.


Semalam heboh dan kecoh lagi dengan gambar laut bergelora hebat yang banyak disebarkan dalam media sosial sama ada aplikasi whatsapp mahupun FB...Gambar kejadian di pelantar minyak pun ada ni....

Lihat gambar....

Thursday, December 26, 2013

Boss mabuk cinta


Sekali tengok
Banner ni macam biasa jer kan.
Kat mana-mana pun ada.
Tapi ada juga yang ambil kisah
kandungan dalam iklan tu.
Jom kita zoom...


Haha... nampak tak?
Sempena boss mabuk  cinta. 
Boss nak berzakat. 
Itulah yang menarik perhatian saya.

Rasanya strategi iklan syarikat ni
telah berjaya menarik perhatian
saya dan mungkin anda juga..
Sesiapa yang berada sekitar Kemaman
bolehlah singgah ke kedai berkenaan 
untuk membeli mahupun berkenalan dengan boss.
Tapi jangan kacau sebab boss sedang mabuk  cinta. Hehe...

Wednesday, December 25, 2013

Saya sayang awak


Saya sayang awak...
Awak jangan marah...

Macam lirik satu lagu yang saya
dan anda pernah dengar akhir-akhir ini.
lagu santai macam tu memang ramai
yang suka..

Seronok kan kalau ada yang sayang kat kita.
Takkan nak marah pula kat orang yang sayang pada kita tu..
Elok balas jer sayang tu.hehe..

Apapun sayangilah keluarga anda melebihi orang lain...kerana merekalah..anda adalah anda sekarang. 

Kemudian sayangilah semua atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan. 


Hari lahir Sadiq


Alhamdulillah dah masuk 2 tahun usia anak ketiga saya, Sadiq pada 9 Disember yang lalu. Majlis sambutannya pula diadakan bukan pada tarikh tersebut atas beberapa sebab.hehe...Takpelah janji ada buat majlis...sekurang-kurangnya apabila  Sadiq besar kelak, dia akan tahu yang papa dan maminya dah buat majlis untuk hari lahirya yang kedua. Majlis jamuan kecil-kecilan untuk ahli keluarga telah diadakan di rumah neneknya di Melor,Kelantan. Jom tengok gambar.....

Anak muda berbakat


Bakat adalah sesuatu yang dikurniakan oleh Allah kepada yang dikehendakiNya. Beruntunglah mereka yang diberikan bakat tersendiri ini. Cuma bakat yang ada perlulah sentiasa diasah agar tidak tenggelam begitu saja. Saya ingin berkongsi tentang bakat dalam bidang perdebatan. Muaz (berkopiah dalam gambar di atas) memang seorang yang berbakat dalam perdebatan. Pelajar Asasi UIA ini telah memenangi naib johan dalam Cabaran Debat Muda anjuran UTP.


Pasukan debat UIA yang diwakili oleh Muaz  patut dibanggakan kerana dapat menewaskan pasukan-pasukan lain dalam 32 pasukan yang bertanding, hingga membawa mereka ke peringkat akhir. Pertandingan debat tentang teknologi dan warisan ini telah membuka peluang kepada anak-anak muda IPT untuk mengembangkan bakat mereka.

Muaz memang berbakat sejak sekolah lagi. Kalau kat sekolah dulu, sering mewakili sekolah dalam pertandingan bahas ala parlimen, pantun, forum dan sebagainya. Tak sia-sialah bakat yang ada. Semoga Muaz akan terus mengembangkan bakatnya supaya lebih dikenali dan menjadi pendebat yang disegani suatu hari nanti.

Tuesday, December 24, 2013

Wallet yang trendy


Bermula dengan tertarik dengan iklan kat FB, maka saya pun oder lah barang ni. Seronok juga beli secara online...Ahad oder, pagi Selasa dah sampai. Siap hantar pakai pos laju lagi tu. Barang apa tu? Jom tengok kat bawah.....


Apa tu? bukan alat make up tau! Itulah wallet terbaru saya. Cantik tak? Siap beli 2 lagi..satu purple dan satu hitam. Murah jer tu.Kalau satu harganya RM 19. Beli 2...dapat harga RM 17.50 satu. Pos penghantaran percuma. Kecil jer tu. Apa keistimewaannya?...

Tengok kat sini yer...

Persiapan persekolahan 2014


Persiapan untuk persekolahan 2014 bermula sejak cuti sekolah hari tu lagi.
Tapi hari ni secara rasmi diadakan mesyuarat guru kali pertama 2014.

Monday, December 23, 2013

Minum ubat cacing pula


3 botol ubat cacing untuk 3 orang anak.
Ada macam-macam jenis cacing dalam badan kita.Cacing Cambuk,gelang, kait, kerawit dan benang.

Aktiviti minum ubat cacing...



Sadiq dengan botol ubat cacing

Lagi gambar

Kesan banjir di Kemaman


Entri sebelum ni pasal keseronokan bermain salji (klik sini), kali ni saya akan paparkan kesan kerosakan harta-benda akibat banjir di negara kita baru-baru ini. Dalam kesibukan menguruskan persiapan persekolahan anak-anak untuk sesi 2014, mangsa-mangsa banjir juga terpaksa berhadapan dengan kerosakan rumah, harta-benda dan sebagainya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Justeru sama-samalah kita membantu mangsa-mangsa banjir setakat yang termampu. Paling tidak pun...doakan kesejahteraan mereka agar tabah dalam menghadapi musibah tersebut.

Berikut saya paparkan gambar-gambar kesan banjir di daerah Kemaman, Terengganu baru-baru ini. Terima kasih kepada Sarah, atas perkongsian gambar-gambar ini.Jom saksikan dan harap ambil iktibar....


lagi gambar.....

Jom main salji


Salji turun kat mana pula ni? Bukan kat Kelantan, mahupun Malaysia.... tapi salji ni kat Jordan sana! Seronok kan main salji..kita biasa main hujan jer.hehe..Selalu baca dalam novel dan cerpen, selain filem dan drama tv pasal keseronokan bermain salji. Kali ni saya nak kongsi keseronokan yang dialami sendiri oleh bekas pelajar saya yang kini sedang menuntut di Jordan. Terima kasih Syazwi yang berkongsi gambar dengan kita semua.


Keseronokan bermain salji dengan suhu -1 celcius ini dirasai di Ajloun, begitu juga di Amman, Jordan. Hmm dapat jugalah pelajar-pelajar kita ni lihat dan rasa sendiri kesejukan salji yang sebenar. Saya sendiri pun belum pernah ke sana...huhu..apatah lagi nak main salji.

lagi gambar...

Sunday, December 22, 2013

Boleh buat duit ni


Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Hari ini saya diperkenalkan dengan iPanelonline, melalui satu laman blog seorang blogger. Setelah membaca serba sedikit, dan disertakan perasaan ingin mencuba, maka saya pun memberanikan diri untuk mendaftar.

Tak sangka, ianya cukup bagus dan bermanfaat. Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menambah pendapatan sampingan. Tugasnya cukup mudah...cuma mengisi jawapan dalam borang soal selidik secara online. Kita tak perlu bayar apa-apa. Jawab soalan, kemudian kita akan dibayar. Cukup mudah kan! Selalu kita isi borang selidik percuma jer kan...Yang ni kita dibayar...huhu...best kan!

Saya nak cerita lebih-lebih pun tak boleh juga sebab baru masuk....Harap anda yang berkelapangan, bolehlah daftar dulu dan baca sendiri apa kebaikan menyertai iPanelonline ini. Kalau rasa sesuai dan berkenan,bolehlah teruskan.

Kalau berminat nak cuba sila KLIK SINI.

Sharing is caring.....



Kenapa RM 39.99?


skandal sandal terbaru saya tu.. 
Harganya RM 39.99 sepasang.
Resit kat bawah ni..
Masa bayar,tak beri pun baki 1 sen.
Jadi saya kena bayar RM 40 lah.
Kenapa tak letak harga RM 40 terus?



Masa beli kat pasaraya pun
sama, suka letak harga 99 sen 
kat belakang. 
Kenapa..yer?





Saturday, December 21, 2013

Tahniah Alwani 9A


Tahniah Kepada Alwani kerana medapat keputusan cemerlang dalam PMR baru-baru ini. Pelajar SMKA Melor ini mendapat 9A dan menjadi sebahagian daripada 64 orang pelajar sekolah tersebut yang mendapat 9A.


Anak keenam daripada 8 beradik ini bercita-cita untuk cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti abang-abang dan kakak -kakaknya yang juga telah berjaya dalam pelajaran.

Lagi....

Friday, December 20, 2013

Sedapnya nasi kerabu Golok


Cerita pasal makan lagi...harap anda semua dah makan yer malam ni. Jangan ada yang terpaksa menelan air liur apabila melihat entri nasi kerabu ni. Memperkenalkan nasi kerabu kolok, atau ada yang memanggilnya nasi kerabu golok. Asalnya dari selatan Thailand, tapi sudah popular di Kelantan. Saya sendiri pun dah mula suka makan nasi kerabu golok ni berbanding nasi kerabu yang biasa di Kelantan. Jom kita tengok apa bahan dalam nasi kerabu ni.

Cucur Udang


Tiba-tiba jer teringin nak makan cucur udang.
Senang dan cepat. 7 minit boleh siap.


Masuk ke dapur cari tepung cucur udang Adabi yang baru dibeli 
beberapa hari lepas.


Tapi sayang.... 


Anmum Essential langkah 3

Apahal Sadiq tu menangis?Abang dan kakaknya macam tak layan pula...
Buat apa la..budak-budak tu main kat peti ais ni..

Ooo...patutlah...mereka duk berebut benda ni
Apa ni? siap boleh tampal pada peti ais lagi. 
Kemudian boleh pusing-pusing macam roda (pakai bateri AAA)
Sambung baca.....

Thursday, December 19, 2013

Wajah cemerlang PMR 2013


Entri bergambar ini akan memaparkan wajah -wajah cemerlang PMR 2013 SMKA Melor. Kelulusan 100 peratus,64 orang 9A, 30 orang 8A dan 19 orang 7A. Kedudukan ketiga terbaik dalam PPD Kota Bharu. Tahniah.

PMR :64 orang 9A



Alhamdulillah dan tahniah kepada calon PMR 2013 SMKAM, guru-guru, ibu bapa dan semua warga sekolah atas pencapaian cemerlang PMR 2013. Kelulusan 100 peratus dengan GPS 1.19 meletakkan SMKAM di tangga ketiga dalam kalangan sepuluh sekolah pencapaian terbaik dalam PPD Kota Bharu. Keputusan ini meningkat berbanding tahun 2012 (GPS 1.24)

Yes Care memang membantu


Masih ingat dengan entri pasal saya baru menggunakan Yes [klik sini] beberapa hari lepas? Terdapat sedikit keraguan pasal pembelian tersebut, dari segi bayaran yang saya kena buat untuk menggunakan Yes. Semasa beli tu saya tak banyak soal pasal harga atau apa-apa promosi berkenaan Yes. Maka saya perlu bayar RM 230 iaitu RM100 untuk pengaktifan, RM 50 untuk yuran bulan pertama dan RM 80 untuk huddleXS. Setelah pulang dan merujuk website Yes... saya dapati huddle XS tu FREE...tapi limited time only. Ohh...pasal tu kot saya kena bayar RM 80 untuk huddle tu.Tapi kenapa RM 80...sepatutnya kalau tak FREE...kena bayar RM 480 lah kan?

Ishhh kacau ni....saya call penjual tu banyak kali tak diangkat telefon. Call telefon pejabat seperti nombor dalam name card...nombor tu dah disekat....ehhh apa hal pula ni?Keesokannya saya pergi semula ke tempat saya beli tu..budak yang jaga kedai tu cakap bos dia tak datang lagi. Saya tinggalkan pesan dan beberapa persoalan bertulis kepada bos dia...dan minta bos dia call saya balik, sampai hari ni pun senyap jer...Aduh...berapa kali saya kena pergi lagi ke kedai tu?

lagi pasal Yes....

Wednesday, December 18, 2013

Lesen Memandu yang baru


Abaikan wajah muda belia dalam lesen kat atas tu.hehe...kita nak bercakap pasal lesen pula kali ni.Saya dah tukar lesen lama kepada lesen versi baru macam dalam gambar kat bawah ni.

Lesen memandu yang baru ni memang cantik...saya suka. Macam kad kredit atau kad debit jer..Warnanya yang putih tu pun nampak ekslusif. Masa menunggu untuk proses menyiapkan lesen ni sekejap jer...lebih kurang 5 minit . Cuma yang lamanya masa menunggu sebelum membuat pembayaran lesen memandu...bergantung kepada bilangan orang hari tu...kalau ramai...boleh tahan juga...hampir satu jam saya menunggu hari tu.

Lepas bayar baru ke kaunter memproses lesen...seperti mengambil gambar pasport...kat situ jer.Tak payah bawa gambar sendiri. Senang betul sekarang ni. Bawa muka jer..hehe..

Kalau nak buat lesen memandu yang baru ni,kenalah pergi ke JPJ yang berdekatan. Kalau renew lesen kat pejabat pos tak dapatlah lesen baru ni.Ok...


Tuesday, December 17, 2013

Baru tukar ker?


Benda kat atas tu namanya tabung syiling untuk parking kereta.Kat Kelantan banyak meter parking yang macam ni.Kira dah upgrade la...sebab dah boleh pakai kad. Bayaran parking dah naik ker?tak perasan pula saya. Tapi ada satu kisah lucu untuk diri sendiri.hehe....gelak dulu lah.


Ceritanya begini..... 

Monday, December 16, 2013

Ahmad Saadi & Radiah 2013


Tahniah dan selamat pengantin baru buat Ahmad Saadi dan pasangannya Radiah. Kedua-duanya  bekas pelajar saya..tak sangka bertemu jodoh satu sekolah yer..

Yes huddleXS 4G


Secara rasminya saya telah menggunakan Yes huddle XS...4G mobile hotspot kat rumah.Sebelum ni guna broadband Celcom...macam siput berjalan jer kelajuannya.(opsss..sorry...slow pun dah banyak jasanya..) Kenapa saya memilih Yes? sebab kat depan rumah saya ni ada menara komunikasi Yes...hehe..maka kelajuannya amatlah membanggakan...