expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 19, 2013

Ikan Siakap di PCB


Cerita pasal makan lagi.Kali ni acara makan-makan kat Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan.Sebenarnya tak rancang pun ke sini,cuma bersiar-siar kemudian perut rasa lapar...maka carilah kedai makan yang sememangnya banyak sepanjang pantai di PCB ni.Gambar kat atas tu menu utama kami kat sini...ikan siakap 3 rasa.Fulamak...sedap juga makan masa lapar..hehe


Inilah kedai pilihan kami sekeluarga.Tertarik dengan nama kedai iaitu Selera Warung Kuning PCB,maka kami pun masuklah ke dalamnya.Memang meja kerusi dan dindingnya kuning.Cuma kat luar tu ada kerusi merah tu menjejaskan imej nama kedai jer.hehe...komen pulak dah!


Masa tunggu makanan..tengok kat dinding tu,dipamerkan pelbagai menu yang boleh dioder..terliur weh!haha..Kalau nak makan udang,ikan,sotong yang dicelup tepung pun banyak kat sini.


Dah sampai pun...Sikit jer kami oder.Ikan siakap 3 rasa,semangkuk sup ayam,semangkuk tomyam campur,4 pinggan nasi dan 3 gelas air kelapa.Harganya RM 68.Tak tahulah mahal ker murah.hehe..Rasanya...ok juga lah kot.Sedap ker tak sedap,cita rasa masing-masing.Bagi saya,bolehlah!


Anak-anak pun makan ala kadar...hehe budak-budak ni bukan jenis suka makan nasi.
jangan risau,papa nya boleh habiskan.


Sambil makan boleh lihat pemandangan secara langsung terus ke laut di depan mata.Angin bertiup kuat..sejuk dan nyaman..hmmm kalau ada peluang,datanglah sendiri ke PCB yer.

5 comments:

  1. hoho,, best ke? tak pernah jejak lak sini nih,, standard dah rsenya harga tuh... nti dah keje, nk try jgk la g,,haha

    ReplyDelete
  2. dah jrg boleh mkn ramai2 dgn kawan2 mcm ni...mesti best kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.