expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 30, 2013

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013


Hari ni,sempatlah kami sekeluarga meluangkan masa  ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013. Pesta yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Bagi yang tak biasa ke pantai Geting, lokasinya dekat saja dengan pantai Sri Tujuh dan MRSM Tumpat. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan menggunakan handphone jer ni!

Monday, May 27, 2013

Masjid Beijing


Alhamdulillah,hari ini sempat juga sekali lagi saya ke masjid Beijing.Bunyi macam kat negara China jer kan.Sebenarnya masjid ni kat Rantau Panjang,Kelantan jer.Mungkin ramai yang dah tahu pasal masjid ni kan! Atau dah ramai pun yang pernah ke sini,terutamanya mereka yang dah sampai kat Rantau Panjang.

Sunday, May 26, 2013

Apa ker namanya ni?


Amacam...kiut ker binatang yang dinaiki Sadiq kat atas tu?hehe...apa ker namanya pun saya tak pasti.Nampak macam kiut jer terus beli.Murah jer tu RM 30 selepas tawar-menawar.

Budak-budak kat rumah ni main tunggang-tunggang jer binatang tu.Nasib baik tak terburai lagi.Bela binatang tu senang jer,tak payag bagi makanan juga minuman.Tak payah fikir pasal najisnya juga..hehe..

Oklah...selamat bercuti kepada yang sedang bercuti.

p/s:Cuti ni sibuk juga dengan acara kenduri-kendara.

Tuesday, May 21, 2013

Trip ke Singapura - Bahagian 1


Ini adalah trip kami ke Singapura pada 10 Mei 2013 yang lalu.Jangan gelak...sebab inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke Singapura.hehe...Acara wajib,sampai jer kat sini mesti ambil gambar sebagai bukti kehadiran...Nak cerita banyak pasal Singapura ni pun saya tak berapa tahu..jadi layan gambar ajelah yer.

Monday, May 20, 2013

Selamat tinggal Canon MP 2800




Amboi bukan main lagi tajuk tu....macam nak berpisah dengan seseorang jer.hehe..Sebenarnya selamat tinggal ni untuk printer Canon saya ni hah! Printer Canon MP 2800 ni saya guna hampir setahun.Gunapun ala kadar jer...maklumlah tak banyak benda nak print.

Tapi kan...sob...sob...(nada sedih) printer ni dah tak boleh guna untuk print, biarpun inknya pun banyak lagi...Oh yer printer ni jenis ink isian sendiri kat luar tu...ink yang dibeli pun tak habis lagi...dah bikin problem.Dahlah masa nak isi ink tu habis jari-jemari ni terkena dakwat...ala-ala dakwat pilihanraya!hehe...

Scannernya masih berfungsi.hmmm...adalah juga peranannya lagi walaupun dah tak boleh nak print.Saya pernah hantar untuk dibaiki,tapi tukar 1 catridge ink jer dah RM70.Balik guna sehari dah bermasalah balik. kesimpulannya.... saya nak beli printer baru!

Mulakan persekolahan dengan bacaan al-Quran


Rutin setiap pagi

bermula jam 7.30 hingga 7.40 pagi,

bacaan al-Quran untuk semua pelajar dan guru

di dataran perhimpunan SMKAM.

Bacaan al- Quran ini disusuli dengan terjemahan

oleh ustaz SMKAM.

Semoga aktiviti sebegini setiap pagi sebelum

bermulanya P & P dapat memberikan manfaat untuk semua.

Sunday, May 19, 2013

LDP di Demong Beach Resort


Penat menyambut hari guru belum hilang,

semalam saya mengikuti kursus latihan dalam perkhidmatan

selama sehari suntuk.

Lokasinya di Demong Beach Resort,Besut,Terengganu.

Wednesday, May 15, 2013

Ucapan Selamat hari Guru


Sempena hari guru ni,

saya ingin mengambil kesempatan

untuk mengucapkan

"Selamat Hari Guru"

kepada semua rakan sekerja,

juga kepada semua yang bergelar guru

di seluruh negara.

Wednesday, May 8, 2013

Glory SPM 2013


Glory SPM 2013 adalah
satu projek kecemerlangan SPM bagi 2013.
42 orang pelajar telah ditarget untuk mencapai 11A dalam SPM 2013,
7 daripadanya ditarget 11 A+
 

Friday, May 3, 2013

Jom makan ketam



Mengidam nak makan  ketam besar pula.

Hari ini baru dapat makan ketam tu.

Beli kat pasar tani,balik masak kat rumah.

Hari ni harga sekilo ketam tu RM 26.00

Bolehlah makan sekali -sekala kan!