Sunday, June 23, 2013

Majalah LAMAN edisi Julai/Ogos


Dulu masa nak buat rumah,selalu beli majalah Impiana.Sekarang beli majalah Laman pula.Saya memang suka baca majalah terbitan Karangkraf ni.Berbaloi dengan harga yang kita bayar.

Laman edisi Julai/Ogos sudah berada di pasaran.Banyak rencana dan gambar menarik terkandung dalam edisi 45 ni.Antara yang saya suka baca adalah pasal cara menghasilkan sendiri racun serangga yang paling selamat.hmmm lepas ni bolehlah dipraktikkan yer.Tak payah beli racun serangga yang membahayakan kesihatan.

Isu lain yang menarik perhatian saya ialah pasal mewujudkan taman ekspres sempena Aidilfitri nanti.Wah...hebat bagi mereka yang bercadang menyiapkan satu taman kat rumah untuk tatapan tetamu sempena Aidilfitri,dalam jangka waktu sebulan lebih jer lagi ni.Sempat lagi buat taman tu.

Best juga rencana dan gambar pasal pusara terindah... Raudhatul Sakinah.Nampak tenang dan damai jer tanah perkuburan tu.Untuk lebih lanjut..beli jer majalah ni.Harganya RM 10.00 jer..tapi banyak info berguna untuk hiasan laman anda.

Memetik kata-kata yang terdapat pada muka surat 18 majalah ini...Biarpun halaman kediaman berkeluasan sekangkang kera, pastikan anda menanam sekurang-kurang sepohon pokok sebagai tanda mencintai bumi ini.

6 comments:

Shaiful Zaidi said...

salam..macam menarik jer. kena cari lps ni..

Shaiful Zaidi said...

salam..macam menarik jer. kena cari lps ni..

krole said...

hmmmm... menarik~~~ bule buat rujukkan utk dapatkan idea...n byk info berguna jgk tntng penjagaan laman~

D_08 said...

menarik ni.... walopon tanah sekangkang kera.... pastikan anda menanam sekurang-kurangnya sepohon pokok sebagai tanda mencintai bumi ini.....ayat ni bestt..... awok kene beli ni..

sukiman said...

saya pun tengah mencipta taman kat rumah ni... buat yg simple jea.

baby comel said...

my mum mmg pelanggan setia Laman ni. since hampir 10tahun lepas kot.