expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 31, 2013

Video pendek:Tempat pertama peringkat Kebangsaan



Tahniah kepada pasukan SMKA Melor kerana telah berjaya mendapat tempat pertama peringkat kebangsaan dalam pertandingan video pendek. Juga tempat pertama dalam kategori video pendek terbaik (SM). Video ini dihasilkan oleh pelajar berbakat iaitu Syazwi, Faiq dan Qaiyum.

Warga SMKA Melor berbangga atas usaha anda yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Semoga selepas ini akan ada barisan pelapis yang mempunyai minat dan bakat dalam penghasilan video pendek untuk pertandingan akan datang.

Kepada yang ingin menyaksikan video tersebut yang bertajuk Impianku, sila [KLIK DI SINI]. Selamat menonton, dan sekali lagi TAHNIAH.

Wednesday, October 30, 2013

Guru..restuilah ilmu yang kauajar kepadaku


Tak sampai seminggu pun lagi SPM akan tiba! Semua calon berdebar-debar menantikan detik itu. Bukan saja pelajar, guru-guru pun sama debarannya. Tarikh 6 November 2013 akan menjadi penentu kejayaan pelajar SPM setelah dua tahun berhadapan dengan pelbagai suka duka dalam menuntut ilmu peringkat SPM di sekolah.

Hari ini di sekolah tempat saya bertugas telah diadakan majlis solat hajat dan restu ilmu. Alhamdulillah kedatangan ibu bapa atau penjaga sangat baik. Masing-masing menunjukkan komitmen dan menjadi motivasi kepada anak-anak dalam menghadapi hari-hari penting sebagai seorang pelajar.

Sesungguhnya restu ilmu daripada guru sangat penting kepada pelajar, agar ilmu yang diajar selama ini mudah diterima dan dihayati oleh pelajar, seterusnya diterjemahkan dalam peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang. Gunakanlah ilmu yang diajar selama ini ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada orang lain. Selamat menduduki  peperiksaan SPM kepada semua calon SPM 2013.

Tuesday, October 29, 2013

Paper bag Ujang yang comel


Lama betul saya tak membaca majalah Ujang ni. Masa belajar dulu selalu juga beli majalah lawak Ujang. Kalau tak beli pun, pinjam dengan kawan-kawan. Saya suka lawak santai tapi penuh pengajaran tersirat. Entri kali ini saya nak tunjukkan paper bag Ujang. Macam dalam gambar tu!

Sunday, October 27, 2013

Buah betik sulung dah masak


Masih ingatkah dengan entri pokok betik kat depan rumah saya ni? [KLIK SINI]. Sekarang buah-buah betik tu dah mula masak.Eh seronoknya tengok buah yang kekuningan tu. Tak sabar-sabar nak petik dan merasanya.

Saturday, October 26, 2013

Acara makan-makan hujung tahun


Cepat jer masa berlalu, dah nak sampai ke penghujung tahun. Acara wajib kat mana-mana sekolah, mestilah jamuan akhir tahun untuk guru dan staf. Tahun ni sekolah tempat saya bertugas telah mengadakan jamuan akhir tahun di Holiday Vila, dekat jer area Wakaf Che Yeh.

Majlis makan tengah hari, walaupun dah petang sekitar jam 3.00 petang diserikan dengan cabutan hamper dan hadiah daripada kelab guru. Nasib baik tahun ni dapat juga hamper cabutan bertuah tu. Kalau tidak, pulang tangan kosong jer.

Tema tahun ni hitam putih. Sibuk dengan aktiviti sekolah, tak sempat nak pakai lawa-lawa semasa majlis tu.Takpe lah janji dapat datang. Dari segi makanan kat sini, menu yang dipilih tu rasanya bukan selera saya. Orang lain tak tahulah pula, nampak habis jer makanan tu.hehe. Ok, panjang umur tahun depan boleh buat lagi majlis ni yer.

Siapa pandai sediakan sandwich?


Mari makan sandwich. Kali ni sandwich disediakan oleh pelajar tingkatan 2, sempena perkhemahan perdana PAJSK. 3 hari 2 malam mereka berkhemah.Penyediaan sandwich tu salah satu pertandingan bagi aktiviti berkumpulan yang diadakan.

Macam-macam gelagat pelajar ni menyediakan sandwich. Mereka dibekalkan dengan bahan-bahan yang sama bagi setiap kumpulan. Jadi kita boleh lihat kerjasama mereka secara berkumpulan. Ada yang nampak cekap jer menyediakan sandwich ni. Tak kurang juga ada yang kekok, macam tak biasa. Mungkin kat rumah segalanya telah tersedia...

Pertandingan ini dihakimi oleh guru-guru yang pakar dalam masakan. Semestinya sandwich paling sedap, kerjasama dalam kumpulan dan aspek kebersihan menjadi penentu kemenangan. Tahniah kepada kumpulan yang menang. Yang tak menang..... cuba lagi di rumah!

Friday, October 25, 2013

Kelantan atau ATM?


Semua pasal bola. Kali ni pasukan TRW menentang ATM. Semestinya kami sekeluarga menyokong TRW. Biar apapun keputusan malam ini, sokongan takkan berbelah bagi.Semangat tak?hehe..Tak dapat ke stadium, kat rumah pun jadilah..yang penting sokongan.

Bola itu bulat,macam-macam keputusan boleh jadi malam ni.Memang kemenangan menjadi harapan kami penyokong TRW. Tapi kalau berlaku sebaliknya, kena terima seadanya.Baru ada semangat kesukanan kan?Kepada pasukan yang berjaya ke final nanti, tahniah diucapkan. Bagi pasukan yang kalah malam ni, terimalah hakikat.

Selamat menonton perlawanan bola sepak...Majulah sukan untuk negara.

Thursday, October 24, 2013

Terperangkap dalam bilik sendiri


Pernah terperangkap dalam bilik sendiri?Itulah yang saya alami.Bukan seorang diri, tetapi kami sekeluarga. Tak sangka pula tombol pintu bilik kat rumah ni jem,menyebabkan terkunci dari dalam.

Wednesday, October 23, 2013

Lelaki pakai skirt


Gambar di atas adalah daripada petikan Berita Harian hari ini.Tertarik dengan tajuk tersebut, maka saya pun tulislah entri ini.Terkejut juga saya kononnya fesyen lelaki memakai skirt ini dijangka popular pada tahun 2014 nanti.Maklumlah, di negara kita situasi tersebut agak janggal.

Begitulah agaknya dunia fesyen yang sentiasa mencari kelainan.Cuma sebagai pengguna, kita patut tanya pada diri sendiri sama ada berani atau tidak mencuba kelainan itu.Perubahan fesyen yang terlalu ekstrim ini dibimbangi akan menimbulkan krisis identiti kepada pemakainya.

Secara peribadi, saya tak begitu bersetuju jika fesyen ini digayakan oleh masyarakat di negara kita.Banyak lagi alternatif lain dalam berfesyen untuk menunjukkan perbezaan gender lelaki dan perempuan.Jangan pula suatu hari nanti anak-anak akan bertukar mana satu ibu dan bapa mereka dek kerana pakaian yang sama.


Dapat hadiah lagi


Alhamdulillah,hari ni dapat hadiah lagi.Kali ini pemberian daripada pelajar tingkatan 5,iaitu Adib,calon SPM 2013. Hadiah ini diberikan kepada semua guru yang mengajarnya. Dah banyak kali Adib dan keluarganya memberikan hadiah kepada guru-gurunya sepanjang bersekolah di SMKAM.

Semasa menulis entri ini, hadiah tersebut saya belum buka lagi.Tak kisahlah apa-apapun, yang penting tanda ingatan kepada guru yang mengajar.Sememangnya ada banyak cara untuk menzahirkan penghargaan kepada guru.Selain hadiah,ucapan terima kasih dan menghormati guru juga boleh dilakukan.

Saya mendoakan Adib mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang akan bermula 6 November nanti.Jangan lupa...straight 11A+.

Tuesday, October 22, 2013

Ubahsuai blog-Link Exchange


Dah lama saya tak buat renovation pada blog ni.hehe.Maklumlah sibuk..Usahkan nak buat renovation,nak update blog pun macam tak sempat jer.Hari ni tiba-tiba jer nak buat sedikit ubahsuai rumah  blog.Maka ideanya saya nak buat kolum link exchange,macam kat bawah blog ni yang masih kosong tu.

Jadi saya dengan rasa rendah dirinya menjemput rakan-rakan blogger yang lain untuk mengisi link exchange tu.Caranya mudah jer,anda letak link blog saya ke dalam blog list anda dan saya masukkan link blog anda ke dalam link exchange saya.Mudah kan? Syaratnya satu jer...biarlah blog list anda tu berada pada paparan pertama blog, bukannya di halaman lain.Kira win - win situation lah kan.

Tak lama lagi saya akan merombak blog list kat sebelah kanan blog ni, dan akan dimasukkan ke dalam link exchange kat bawah juga.Bagi blog yang tak masukkan link blog ni ke dalam blog list anda...faham-fahamlah yer.hehe...

Ok...cepat-cepat...Sila maklumkan pertukaran link  dalam komen entri ini. Bilangan blog yang akan disenaraikan,tertakluk kepada budi bicara saya sendiri.hehe...Selamat berblog buat semua.

Sunday, October 20, 2013

Bersantai di tebing Sungai Kelantan



Kali ini saya nak bawa anda semua bersantai di tebing sungai Kelantan.Saya sendiri pun dah lama tak ke sini. Sekarang dah ada laluan untuk bersiar-siar melihat pemandangan sungai Kelantan.Sungguh cantik dan mendamaikan suasana pada waktu petang.

Monday, October 14, 2013

Aidiladha


Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini

membawa pengertian buat kita

tentang erti sebuah pengorbanan.

Wednesday, October 9, 2013

Menanti betik masak


Tengoklah buah betik tu...pokok betik kat depan rumah jer.Tak sabar rasanya menunggu buahnya masak.Pokok yang tumbuh sendiri ni sepohon saja.Kalau ada rezeki,tak lama lagi dapatlah kami merasanya.

Monday, October 7, 2013

Ujian Kompentensi ICT untuk guru


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menjawab soalan ujian Kompetensi ICT hari ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya ujian apa pula ni? sebenarnya ujian ICT ini perlu diduduki oleh semua guru dan pentadbir dalam masa yang telah ditetapkan.

Macam-macam ragam guru-guru menjawab soalan ICT ni. Bagi sesetengah  guru yang tak berapa mesra ICT mungkin bermasalah sikit.Tapi bagi guru-guru muda yang sememangnya sudah terdedah dengan kepesatan ICT ni, rasanya tak banyak masalah.

Dah habis menjawab, kita tunggulah keputusan daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) nanti yer. Kepada guru-guru seluruh negara,sila beri perhatian kepada tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah .Jangan ada yang terlepas menduduki ujian pula.Ok..selamat menjawab dan semoga maju jaya.



Link untuk menjawab ujian ini,sila klik sini

Sunday, October 6, 2013

Dinding rumah pun berinai dengan kemenangan TRW ke atas JDT


Apa perasaan anda kalau dinding rumah diconteng atau terlekat kesan kotoran? Mesti sedihkan...haa tu la,tengok bingkai putih kat pintu sliding rumah saya tu.Ada kesan inai pada jari yang digoreskan kat situ.

Wednesday, October 2, 2013

Pertandingan Kawad Kaki


Entri bergambar kali ini akan memaparkan aktiviti pertandingan kawad kaki 
yang berlangsung di SMKAM pada 25 September 2013 yang lalu.Saksikan..

 lagi gambar....

Tuesday, October 1, 2013

Pagar dah bersih ni


Akhirnya berjaya juga saya membersihkan pokok-pokok yang menjalar kat atas pagar ni (seperti yang digambarkan dalam entri lepas).Bukan senang yer nak bersihkan semua pokok tu.Maklumlah siap berbelit-belit pada pagar.Tambah pula banyak semut hitam kat celah-celah daun tu.