expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 30, 2013

Laksa dari Penang


Nama jer laksa dari Penang yer...tapi laksa tu disediakan oleh puan isteri saya kat rumah. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada puan isteri kerana berjaya menyediakan laksa Penang yang sedap dan menarik.hehe..wajib puji tu,kalau tak puji lain kali tak buat dah...hehe..

Kononnya nak cuba buat laksa Penang sendiri, maka puan isteri saya pun carilah resepi dalam internet..entah kat blog siapa dia ambil resepi tu..Kemudian bertungkus-lumus lah dia seorang diri menyiapkan kuah laksa dan segala macam...Saya tolong tengok jer.opss...taklah...saya tolong beli bahan mentah kat kedai yer...

Dah siap pun...cepat betul..haha..Siapa yang makan ni?Bukan calang-calang jemputan tau! Kedua-dua belah keluarga sebelah isteri dan keluarga saya datang merasa laksa Penang hasil tangan puan isteri. Adalah dalam 30 orang juga...Habis licin laksa yang disediakan..huhu..semua komen sedap, lain kali kena buat lagi yer! Misi menyediakan laksa Penang sudah berjaya..kita tunggu misi menu lain pula.

Doraemon dan nutrigen


Doraemon...doraemon...siri kartun yang popular sedikit masa dulu.Sekarang ni ada lagi ker? Mungkin hampir tenggelam dengan pelbagai siri kartun lain di kaca tv. Pernah juga saya tonton siri Doraemon ni dulu..hehe..suka tengok saku ajaibnya...macam-macam ada..

Friday, November 29, 2013

Keputusan BM T4 2013

Gambar Hiasan

Berikut adalah senarai nama pelajar yang mendapat Gred A ( sama ada A+,A, dan A-) bagi subjek Bahasa Melayu tingkatan 4, Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

4 IR :  M Azwan, Nu'man Fahmi, Nurin Syazwina, Nur Syafiqah, Nur Bashiroh, Nurul Athirah, Safi Sahira, Nur Eqa Mardihah, Nuratiqah Amani, Noor Mirza, Amni Amalin, N Nadhirah, M Faiz, T Najmi Izzat, Nur Hurriyyah, Nurul Ain, Noreen Sabrina, Wani Hazirah, T Zafri Izzat, M Afham, Normaisarah, Nur Syakirah, Ahmad Fitri, dan Nasrul Nazim Husna.

4 IK :  Nur Fathiah, Ain Syaffiqah, N Nura Adila, Nurul Nadiah, M Mu'izzuddin, T M Faris Nizar, Hanis Sofiyah, Hanies Ardeenie, Nur Hidayah, 'Alia Zunnur a'ain, Shasha Iwani, Nurul Aqilah, Hanan Afifah, dan Zamzuraila.

TAHNIAH...

Siapa nak jaga anak?

gambar hiasan koleksi KM7
Siapa akan jaga anak?Soalan biasa bagi pasangan bekerja dan baru mendapat anak...Yang dah ramai anak juga tidak terkecuali apabila berhadapan dengan masalah pengasuh, TASKA, ibu bapa dan sebagainya. Itulah antara cabaran dalam menempuhi dunia kerjaya.

Ada isteri yang sanggup berhenti kerja semata-mata ingin menjaga anak sendiri.Hmmm.. Kalau dah kaya dan banyak harta bolehlah kan...duduk jer kat rumah layan anak-anak dan masak untuk suami. Tapi kalau kewangan keluarga tak mengizinkan macam mana pula?

Nak hantar anak ke pusat asuhan, ada yang tak mampu. Kalau yang mampu pun..bimbang dengan macam-macam kes yang berlaku kat pusat asuhan kanak-kanak sekarang ni. Minta ibu bapa jaga, kesian pula bagi mereka yang dah lanjut usia.Dulu menjaga kita, sekarang nak kena jaga cucu pula.

Habis macamana...nak berhenti kerja..kan tak cukup duit. Bagi yang dah banyak duit...kalau berhenti kerja bosan pula duduk jer kat rumah. Apa juga persoalannya...biarlah keputusan yang diambil itu menguntungkan banyak pihak,terutamanya anak-anak yang bakal dijaga oleh sesiapa pun itu. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Apa guna kita berjaya dalam kerjaya tetapi anak-anak terabai.....

Thursday, November 28, 2013

Azzam & Ain 2013


Alhamdulillah, seorang lagi bekas anak murid telah menamatkan zaman bujangnya. M Saiful Azzam, SPM 2005 SMKAM dari Raub, Pahang telah selamat melangsungkan pekahwinannya dengan Ain dari Kota Bharu, Kelantan. Majlis kesyukuran bagi pengantin lelaki akan diadakan pada 30 November 2013.

Kisah jagung malang!


Sedap kan makan jagung.Tak kiralah jagung rebus...bakar...pop corn dan sebagainya. Hari tu teringin nak makan jagung rebus. Biasanya saya beli daripada penjual yang sama sebab dah tahu kualiti dan rasa jagung rebusnya. Tapi kali ni makcik tu takde pula..maka belilah dengan orang lain.

Masa beli tu bimbang juga sebab pernah terkena jagung yang dibeli terasa tawar jer...lupa bubuh garam lah tu! Ahhh...lupakan...itu makcik lain dan di tempat lain.Maka saya pun nak belilah.Belum apa-apa makcik ni dah terlebih promosi kononnya jagung yang dijualnya  itu muda, banyak isi dan sedap..Dalam hati saya terdetik..ni kalau cakap lebih-lebih ni mesti tak sedap.Saja nak kasi laku barangnya! Hmmm fikir positif, saya beli jer...

Sampai di rumah terus makan.....Memang sah dah betul sangkaan saya. Jagung tu dahlah tua...keras dan tawar! hampeh betul la...hilang mood nak makan. kesudahan cerita, 4 tongkol jagung tu berakhir dalam tong sampah. Lepas ni tak mahu dah beli barang yang dipromosi lebih-lebih....

Tak sayang anak!


Sedih baca laporan akhbar Berita Harian pagi ni pasal bayi ditanam hidup-hidup. Selalu kita dengar bayi dibuang di surau, tong sampah dan tempat-tempat tumpuan ramai. Rasanya ini kali pertama saya baca bayi ditanam hidup-hidup di negara kita.

Ada orang takde anak, nakkan anak. Ini dah ada anak dibuang pula. Tak mustahil kejadian ini berpunca daripada hubungan terlarang. Apa salahnya kalau tak nak bayi tu...diberi saja kepada mereka yang memerlukan bayi. Kesian bayi yang tak berdosa tu....

Nampaknya gejala sosial semakin parah setanding dengan kemajuan negara. Kita tak mahu kemajuan pesat negara diwarnai dengan adanya sebilangan rakyat yang tidak lagi mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan. Sayangilah anak....dan sayangilah generasi pewaris negara..Maju bangsa, majulah negara.



Markah Kertas 2 BM


Berikut adalah senarai nama pelajar tingkatan 4
yang mendapat markah 80 dan ke atas untuk
subjek BM KERTAS 2 peperiksaan akhir tahun.

4 IR :  Nu'man Fahmi, Noor Mirza, Nuratikah Amani, Muhamad Faiz, Nurin Syazwina, Safi Sahira, Amni Amalin, Nurul Athirah, Wani Hazirah, dan Noreen Sabrina.

4 IK :  Nur Hidayah, Shasha Iwani, Nik Nura Adila, Muhammad Mu'izzuddin, dan Nurul Nadiah.

TAHNIAH.

Tunggu markah KERTAS 1 pula yer.

Wednesday, November 27, 2013

Rahayu & Ikmal 2013


Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Rahayu Salwani dan suaminya Ikmanulhadi, yang baru melangsungkan perkahwinan pada 23 November 2013. Rahayu adalah bekas pelajar SMKAM, SPM 2005 dan melanjutkan pelajarannya di UPM.

Imaginasi anak saya


Budak-budak ada imaginasi sendiri yang diluahkan dalam bentuk lukisan. Semua lukisan dalam entri ini adalah karya anak perempuan saya, Ardini yang berusia 5 tahun. Dalam bukunya penuh dengan lukisan ...jadi saya pun ambillah gambar untuk dimasukkan dalam entri ni. Saya tengok dia suka sangat melukis, terutamanya lukisan berbentuk orang. Jom saksikan...


lagi gambar.....

Tuesday, November 26, 2013

Beli yogurt dapat gelas


Jom kita minum dulu....nak minum apa? Kali ni saya nak ajak anda semua minum air yogurt Atrogen.Hmmm sedap diminum tambah-tambah cuaca panas ni. Ada perisa strawbery dan buah-buahan tropika.Opsss...macam promosi pula. Saya tak dibayar untuk promosi ni yer!

Tulisan pelajar kita



Sila abaikan kesalahan tatabahasa dan gramatis ayat. Saya cuma nak tunjukkan ada macam-macam tulisan pelajar kita. Itu bahagian membina ayat, belum lagi tengok bahagian penulisan karangan...Sebab tu lah saya menanda kertas peperiksaan akhir tahun, sambil update blog. Kalau duk tengok tulisan pelajar ni saja...penat mata...Macam-macam tulisan, macam-macam ayat dan jawapan. Adusss,..letih pakcik..Lama-lama nanti kena pakai cermin mata!

Itulah seronoknya jadi cikgu ...Musim cuti tanda kertas periksa...Berbalik kepada tulisan tadi, budak-budak ni suka guna istilah tulisan doktor. Maklumlah...semua nak jadi doktor ni. Saya rasa ada juga doktor yang bertulisan cantik kan...Ada pendapat yang mengatakan tulisan itu melambangkan keperibadian seseorang. Saya rasa ada kebenarannya juga. Kalau tulisan pelajar tu kemas dan bersih, biasanya penampilan pelajar ni juga bersih dan kemas...betul ker?


Monday, November 25, 2013

Takut masuk muzium


Pada mulanya excited betul nak pergi muzium...mungkin mereka tak tahu apa ada kat dalam tu. Bila dah masuk ke dalam mulalah takut. Berjalan pun kena pimpin..hehe..Anak-anak sayalah tu. First time masuk muzium kat Kota Bharu ni. .

Agaknya mereka rasa berbeza dengan suasana dalaman muzium yang nampak klasik dan penuh dengan barang--barang yang tak pernah dilihat sebelum ini. Lainlah kalau melawat muzium yang penuh dengan figura kartun, mesti mereka suka. 

Saya terfikir macamanalah nak galakkan budak-budak ni menghargai peninggalan sejarah, terutamanya apa yang sedia ada di muzium. Salah satunya mungkin ibu bapa dan pihak sekolah bolehlah membuat lawatan ke sana yer. Selain itu?entahlah.....sama-sama kita fikirkan....

Avanza dicuri


sumber: FB Hashim Jusoh

Itulah ketentuanNya. Saya terkejut mendapat berita kereta Avanza milik rakan sekerja, cikgu Hashim Jusoh telah dicuri pada pagi semalam di rumah beliau. Kejadian tersebut berlaku pada waktu subuh semasa beliau sedang menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan. Macam tahu jer pencuri ni...tuan kereta pergi masjid, dia ambil kesempatan mencuri kereta di rumah.

Semoga cikgu Hashim bersabar dengan kejadian ini. Sesuatu yang berlaku itu adalah atas ketentuan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Semoga orang yang melakukan kecurian ini akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Sunday, November 24, 2013

Kalau sedap katakan sedap

Gambar hiasan:sumber Google

Pelanggan : Sedap betul makanan kat sini,
berselera kami makan.

Pekedai: Terima kasih, pandai awak puji....

Dialog benar-benar saya dengar tadi masa makan kat sebuah restoran (nama dan tempat dirahsiakan). Satu keluarga tu terdiri daripada suami isteri dan 2 orang anak sedang makan bersebelahan meja kami. Cepat jugalah mereka makan, macam tergesa-gesa nak ke tempat lain pula.

Masa nak buat pembayaran, pekedai tu datang ke meja, setelah selesai membuat pembayaran, itulah antara dialog mereka yang masuk ke telinga saya.Wah...memuji betul mereka dengan makanan yang dimakan tadi. Baguslah kan...kalau dah sedap tu beritahu sajalah tuan kedai tu.Jarang kita dengar orang memuji secara terang-terangan kepada tuan punya kedai. Yer lah..bimbang dikatakan nak minta diskaun pula...hehe..

Saya nak puji sikap kedua-dua pihak tadi. Satu pihak memuji dan satu pihak lagi menjawab tanpa menunjukkan bangga diri. Itu yang nampak dan didengarilah yer. Dalam hati...tuhan saja yang tahu. Agaknya kalau makanan kat kedai tu tak sedap...beranikah kita berterus-terang dengan tuan punya restoran tu?hmm..kalau saya.... kata tak sedap dalam hati jer...


Perahu Petalawati Seri Kekayangan


Itu bukan burung, itik atau apa-apa binatang yer. Itu adalah perahu panjang yang bernama Petalawati Seri Kekayangan. Perahu cantik ini adalah sepanjang 14.3 meter dan mempunyai kelebaran 2.1 meter. Perahu berkepala ini memang cantik dengan warna putih pada badannya, dihiasi dengan corak khas.

Beli cokelat dapat tabung


Beli cokelat Crispy dapat tabung duit....haaa sedap juga tu. Sedap lagi kalau tabung tu pun dah diisi penuh dengan duit.hmm..bermimpilah jawabnya. Pasal tabung duit tu betullah, warna biru lagi tu. Saya tak pasti pula tabung tu binatang apa...dinosour ker buaya camtu?ker apa?

Saturday, November 23, 2013

Kat sini pun diconteng?


Saya geram betul lah kalau ada orang menconteng di tempat-tempat awam ni. Tengoklah gambar yang saya rakam semasa pergi ke Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu tadi. Papan tanda tu terletak betul-betul di  laluan masuk utama ke taman berkenaan. Bukan tak biasa ke sana sampai kena lihat papan tanda, tapi sajalah nak tengok...tiba-tiba nampak contengan tu.

Siap ada 3 bulatan dan tulisan menggunakan marker pen. Sekali tengok macam nak buat nota atau peringatan penting saja. Tapi macam tak kena pada tempatnya saja....Atau ada sesiapa kot yang beri penerangan sambil membuat tanda pada papan tanda tersebut.Apa-apa sajalah...tapi saya rasa keadaan itu mencacatkan pandangan saja.

Harapan saya pihak berwajib mengambil langkah yang sesuai dan praktikal untuk menangani kejadian tersebut. Kepada pengunjung taman berkenaan, tolonglah jaga harta awam untuk kegunaan bersama. Janganlah menconteng sana sini atau melakukan sebarang vandalisme .

Ini dia...pengantin baru


Hari ini saya dan keluarga telah menghadiri kenduri kahwin anak sepupu di Melor, Kelantan.Cuaca cerah hari ini setelah beberapa hari lepas hujan turun tak berhenti, melancarkan lagi perjalanan majlis. Di sini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada Fairuz dan pasangannnya Ridhuan. Gambar kat atas tu adalah kad undangan dan kad cenderahati.

Jom pergi kenduri


Cuti sekolah bermula, macam biasalah banyak kenduri kahwin.Saya ada juga menerima beberapa undangan perkahwinan. Undangan daripada rakan sekerja, orang kampung dan tak ketinggalan bekas anak murid!

Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias memang sudah dikenali ramai. Kali ini saya akan paparkan buku karya beliau yang turut menjadi salah satu koleksi buku  bacaan saya. Tuhan Sedang Menguji Kita...tajuk yang sangat menarik perhatian saya. Patutlah ramai yang membeli buku ini...dah jadi best seller tu.

Friday, November 22, 2013

Teruk betul perempuan ni.


Ni Mirul ker?
Tak...saya........
Yer ker bukan?
Yer la,siapa ni?
tut.....telefon diletakkan.

Itulah perbualan telefon yang tak diundang.Entah siapa yang menelefon saya petang tadi. Dahlah tak perkenalkan diri, minta maaf pun tidak.Tahu ker dia saya terpaksa berkejar untuk menjawab panggilan tadi.Kalau tahu silap orang, minta maaflah dengan baik. Orang yang membuat panggilan tadi tu perempuan...ish perempuan ni.

Mirul,kau ada kereta tak
eh saya bukan Mirul
tut...putus lagi.

eh dia telefon lagi setengah jam kemudian.Geram betul saya dengan sikap perempuan sorang ni.Kalau saya ni jahat lah kan, nak jer menyamar.Baru padan dengan muka dia,huhu..

Kalau dia call lagi....malas nak layan dah....Macamana kalau perkara ni terjadi kepada anda?

Rendang Tanjung Stan


Hari memasak sedunia.hehe...Itulah hasil kerja tangan puan isteri saya hari ni. Nasi himpit tu dimakan dengan rendang ayam istimewa. Saja bagi  nama rendang Tanjung Stan, ambil nama asal resepi rendang tu. Cara penyediaannya, kena buat nasi himpit dulu.

Tengok gambar pertama tu, bukan main klasik lagi cara penyediaan nasi himpit. Nasi yang masih panas diletakkan di bawah periuk yang diisi dengan air. Tujuannya supaya nasi tadi menjadi padat dan boleh dipotong-potong. Macam-macam cara untuk menghimpit nasi kan...jangan dipijak atau duduk kat atasnya sudah.hehe..

Rendang ayam tu masak macam biasala...Apabila semua siap, maka bolehlah dimakan.Hmmm sedapnya. Sesuai dimakan bila-bila masa. Lebih sesuai lagi makan apabila perut lapar. Ok...Terima kasih kepada puan isteri atas penyediaan menu yang sedap tu.Lain kali boleh buat lagi. Selamat menjamu selera.

Buah keranji dalam perahu


Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak tahu

Masih ingat dengan pantun lama tu? Banyak pengajaran pantun tu kan. Tapi entri kali ini bukan nak bincang pasal pantun. Saya nak tunjuk buah keranji tu jer. Yer lah dalam pantun tu ada sebut buah keranji, mungkin generasi baru ni tertanya-tanya macam manalah rupa buah keranji.

Kulitnya hitam dan nipis, rasanya ada yang manis dan ada yang masam. Kat dalam tu ada biji yang kecil yer. Jangan telan pula biji tu. Masa kecil-kecil dulu biji buah keranji ni boleh dibuat mainan pula.Tabur kat lantai kemudian diceduk guna kertas yang dilipat dalam bentuk kon. Siapa dapat paling banyak, dialah yang menang.hehe..lucu pula kalau diingatkan.

Saya pernah tengok pokok keranji ni masa kecil dulu. Tinggi dan besar juga pokok ni. Kalau tak pandai panjat, boleh kait buahnya dengan galah. Dulu buah keranji ni besarlah juga. Tapi sekarang ni susah mahu cari yang besar. Pokoknya pun dah jarang dijumpai.Mungkin pokok keranji akan pupus suatu hari nanti. Yang tinggal hanyalah namanya dalam pantun di atas.

Kemboja putih sudah berkembang


Selamat pagi semua. Mulakan hari anda dengan ceria, seindah kembangan bunga kemboja putih dalam gambar tu. Kuntuman pertama kemboja putih telahpun berkembang sejak saya menanam pokok ini 5 bulan yang lalu. Satu kepuasan apabila melihat hasilnya.

Thursday, November 21, 2013

Hadiah Porsche untuk anak


Ada orang beli mini cooper untuk anak...Nah! saya beli Porsche GT3 RSR untuk anak lelaki saya, Imdad. Hehe...bukan sebarang kereta tu. Siap ada lampu-lampu dan bunyi-bunyi lagi. Boleh bergerak sendiri sebab pakai bateri jam.

Harga Porsche ni mahal tau! Saya kena tebus mata kad smiles sebanyak 1000 mata, dan ditambah RM 9.90. Bayangkan betapa lama nak kumpul 1000 mata. Dengan kata lain, 1000 mata tu mewakili RM1000 saya belanja di Esso Mobil untuk mengisi petrol.

Tak apalah kan...untuk anak juga. Lagipun anak saya ni memang suka kepada kereta. Harap suatu hari nanti dia menceburi bidang kejuruteraan khususnya hal-hal berkaitan kereta.Jangan jadi mat rempit sudah!

Berbalik kepada kad Smiles ni kira bagus jugalah. Macam-macam hadiah boleh ditebus dengan mata terkumpul.Selain itu cabutan bertuah juga sering dibuat di stesen minyak tersebut dengan pelbagai hadiah.Cuma saya jer yang belum bertuah dalam bab cabutan bertuah ni.Penat isi borang, nama tak naik-naik.hehe...

Comel tak budak ni?


Alahai Comelnya budak ni.Kah... Kah..kah tolong jangan gelakkan dia.Sebenarnya itulah wajah saya ketika usia sekitar 9 tahun.Paling best gigi 2 batang kat depan tu.


Ini juga saya. Pakai baju raya biru berjalur coklat. Masa kecil dulu ala ala kurus kering jer. Sama tak muka saya dengan anak sulung saya ni...

Macam cantik jer..macam comel jer..


Apa yang comel?....apa yang cantik?... Tu la....dua ekor yang sedang bergayut.hehe.Bekas untuk isi berus gigi dan seangkatan dengannya tu terasa berkenan di hati,maka saya pun belilah.Dah ada pun bekas isi berus gigi tapi saja beli lagi.Tak isi pun berus gigi.Sesaja tampal kat bilik air.

Wednesday, November 20, 2013

Radio nostalgia saya


Amacam dengan radio atau pemain kaset kat atas tu? Nampak macam klasik...macam nostalgia jer kan. Walau apa pun yang anda nampak tentang radio tu, ia tetap menjadi kesayangan saya.Kenapa? Sebab itulah radio pertama saya.huhu...

Sebelum tu dah ada radio..Saya selalu dengar radio arwah ayah saya.Tapi radionya takdelah pemain kaset tu. Kira radio dalam gambar tu radio pertama saya yang boleh pasang kaset. Saya masih ingat radio tu dibeli tahun 1985. Berjenama JVC tu...ada lagi ker brand tu sekarang?

Dulu selalu juga beli kaset kat pasar malam. Bukan original....masih ingat harga kaset RM 2.50 saja. Sanggup simpan duit saku sekolah semata-mata nak beli kaset. Antara kaset artis yang saya beli dan masih ingat ialah Alleycats, Gingerbread, Jay Jay, Nasier Wahab, Sudirman dan lain-lain. Semuanya dah hilang musnah.huhu...

Sekarang ni mana ada semua tu? Itulah perubahan zaman. Apa yang ada hari ini pun akan menjadi nostalgia juga suatu hari nanti.

Epal merah atau hijau?


Saya dilahirkan, dibesarkan dan menetap di Malaysia. Tapi saya suka makan epal.hehe...skema punya ayat. Betul lah....sedap rasa epal ni. Kedua-dua jenis epal saya suka tak kiralah merah atau hijau. Kalau kat kedai,oder jus epal.Kalau kat rumah makan begitu sahaja.

Markah periksa akhir tahun


Sekarang musim cuti sekolah.Peperiksaan akhir tahun berakhir sebelum cuti. Jadi sekarang cikgu-cikgu sibuk menanda kertas subjek masing-masing yer. Pelajar pula sibuk bertanyakan markah mereka.Jadi dalam entri khas ini saya akan paparkan nama-nama pelajar yang mendapat markah tinggi bagi soalan rumusan. Soalan lain dalam proses penandaan yer.

Markah penuh soalan rumusan bagi BM tingkatan 4 ialah 30 markah semuanya. Kat sini saya senaraikan pelajar yang mendapat markah 25 ke atas bagi dua kelas yang saya ajar. Mereka adalah....

4 IR : Tuan Najmi Izzat,Nur Eqa Mardihah, Nur Hurriyah, Nur Bashiroh, Wani Hazirah, Amni Amalin, Safi Sahira, Nurin Syazwina, Nur Syafiqah, Nur Syakirah, dan Nurul Athirah.

4 IK : Hanis Sofiyah, Tuan Muhammad Faris Nizar, Nurul Nadiah, Afiqah, Muhammad Aidil, Nurul Aqilah, Nur Fathiah, Nur Hidayah, Hanan Afifah, Muhammad Nabil Asyraf, dan Md Hafidzul Azamie.

Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat melebihi 25 markah. Pelajar lain jangan risau....itu baru soalan rumusan yer.

Mencari payung


Hujan sudah mulai turun di Kelantan sejak semalam. Kalau dilihat pada keadaannya, macam dah tiba musim tengkujuh. Maka kalau nak berjalan ke mana-mana kenalah bawa payung yer.Kalau tidak, boleh basah kuyup.

Masing-masing mengeluarkan stok payung yang sedia ada. Macam-macam jenis saiz, warna dan corak. Masa ni lah nak tayang payung kan. Sambil-sambil melihat kawasan banjir, boleh juga tayang payung. Rasanya kaum lelaki tak gemar sangat guna payung kecuali dah terpaksa. Guna pun tengok warna dan corak. Tak sesuailah lelaki bawa payung corak bunga atau  berwarna pink. Ker ada yang sanggup?

Satu lagi yang saya perasan sekarang ni banyak payung yang ada jenama atau penaja. Kira macam satu cara promosilah juga kan.Sesiapa yang bawa payung ada cop syarikat atau agensi yang grand tu kira berbanggalah yer.Saya cadangkan kepada blogger semua, jom kita buat payung yang ada cop blog kita sendiri.Hehe...sambil berpayung, boleh promosi blog.

Tuesday, November 19, 2013

Ikan bakar istimewa


Nampak ikan bakar tu? fuhhh.... hujan-hujan ni kita makan ikan bakar pula.Biasa ikan tawar bakar dimakan dengan mencicahnya dalam budu. Tapi kali ni kita ubah selera, makan ikan bakar dengan mencicahnya dalam sos pencicah.

Sheila Majid tetap best


Saya memang minat dengan lagu-lagu nyanyian Sheila Majid (sekarang Datuk). Dulu saya sanggup beli tape penyanyi ini yang original lagi tau. Sekarang ni tinggal beberapa keping tape yang masih dalam simpanan. Lain-lain...entah ke mana, jadi permainan anak. Silap saya juga tak simpan elok-elok. Lagipun sekarang mana ada kaset lagi kan...semuanya pakai CD.


Lagu-lagu nyanyian ratu jazz ini memang mendapat tempat di hati saya dan anda yang meminatinya. Ada orang tak suka lagu berentak jazz, tapi saya suka. Masing-masing punya minat lah kan.

Lagi gambar...

Monday, November 18, 2013

Buah sawa nila


Inilah buah ciku,atau di Kelantan lebih dikenali  sebagai buah sawa nila.Rasanya memang sedap apabila sudah masak sepenuhnya.

10 tahun yang lalu


Gambar ini dirakam pada tahun 2004 di Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan. Kira-kira dah 10 tahun yer. Nampak muda pula orang-orang dalam gambar tu kan.hehe..Begitu cepat masa berlalu.Bagus juga ada gambar ni,bolehlah disimpan sebagai kenangan.

Lebih penting lagi, gambar ini adalah kenangan semasa saya mula-mua kahwin dulu. Yang pakai tudung merah tu lah puan isteri saya. Yang lain tu adalah ahli keluarga saya.Masa baru-baru kahwin ni kami tak sempat nak pergi honeymoon.Sekarang ni kalau pergi ke mana-mana, siap bawa anaklah kan. Jadi kepada pasangan pengantin baru tu...eloklah terus pergi honeymoon.Jangan tangguh-tangguh, nanti tak jadi pula.

Rasa macam nak pergi semula ke tempat tu sekarang dan ambil gambar dalam kedudukan yang sama macam gambar kat atas. Rasa-rasanya jadi ker?Tengoklah kalau ada kesempatan yer.

Sunday, November 17, 2013

Konsert akhir AF


Dah masuk konsert akhir rupa-rupanya AF. Saya jarang mengikuti AF terbaru ni. Zaman Mawi dulu ada juga mengikuti. Takpelah, dah masuk konsert akhir ni nak tengoklah pula.Buat kat stadium negara lagi tu.Siaran langsung tu nampak meriah jer pentas.

Setiap peserta atau pelajar AF tu ada peminat yang tersendiri. Hebat lagi mereka ni sanggup mengundi setiap minggu.Kalau dah minat tu macam-macamlah kan.Semuanya untuk memastikan peserta pujaan menjadi juara.

Final AF ini untuk mencari juara. Siapa agaknya akan bergelar juara malam ni? Siapapun dia, juara tetap juara.Jangan pula tenggelam setelah bergelar juara.Saya sendiri tiada calon tertentu untuk dipilih.Entahlah....


Pergi funfair jer


Orang lain cuti sekolah ni sibuk melancong ke Genting Highland,Sunway Lagoon dan macam -macam untuk anak-anak.Tapi saya bawa anak pergi main kat funfair jer.

Cukuplah sekadar berhibur sesekali. Funfair tu pun dekat -dekat rumah jer.Kira oklah dapat main juga.Nak masuk setiap permainan ni kena bayar kupon yer.Rm 3 untuk satu permainan. 

Kepada anak-anak,sabar yer.Nanti ada masa dan banyak duit bolehlah kita melancong yer.Saya bercadang nak bawa anak-anak berjalan dalam negeri jer.

Hari cuti makan soto


Hari cuti macam ni dapatlah makan soto. Kalau hari bekerja mana sempat nak buat semua ni.Bukan senang nak siapkan menu best ni.

Soto ni disediakan sepenuhnya oleh puan isteri. Saya cuma tolong makan jer. Nak siapkan menu ni lambat, tapi nak makan sekejap jer.Sebab tu ramai yang memilih untuk makan atau beli kat kedai jer.Tapi kalau makan yang dibuat sendiri di rumah tu lagi sedap, boleh mengikut citarasa kita sendiri.

Selamat menjamu selera. Makanlah apapun janji halal dan tidak memudaratkan kesihatan.



Eco...murah-murah..RM 2 jer


Baru saja dibuka 5 November lepas, pasaraya ECO di Pasir Tumbuh terus mendapat sambutan. Dikenali dengan kedai RM 2, kedai ini tak putus-putus dikunjungi pelanggan. Kalau dah murah tu mestilah orang datang kan. Kira rasional la mereka yang mencari barang dengan harga murah tatkala kedai lain sibuk menaikkan harga.

Saya berkesempatan juga pergi ke kedai untuk meninjau apa-apa yang boleh dibeli. Memang banyak boleh dibeli dengan harga semurah itu.Cuma ada sesetengah barang tu tak berapa bagus dari segi kualiti.Apapun, kira setandinglah dengan harga. Kalau nak yang sangat berkualiti dan tahan lama, baik pergi kat kedai yang memang jaga standard.Tapi kenalah keluarkan belanja yang banyak yer.

Saya rasa kedai RM 2 ni akan terus mendapat sambutan masyarakat. Sebagai pengguna, lagi banyak kedai yang menawarkan harga yang murah lagi bagus.Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban pengguna dengan kenaikan harga pelbagai barangan sekarang ni.

Kepada yang nak datang ke kedai ni senang saja.Kalau dari Kubang Kerian tu,selepas lampu isyarat Pasir Tumbuh, kedai ini terletak sebelah kiri jalan.




Saturday, November 16, 2013

Cpu dah masuk icu


Alahai jem pula cpu ni. Masa kita sibuk nak gunakan, buat hal pula. Seingat saya cpu ni tak pernah rosak sejak dibeli 3 tahun lepas. Dah sampai masanya lah tu. Jadi sehari dua ni tak bolehlah nak gunakan pc.Harap-harap penyakit cpu saya tu taklah teruk sangat.

Macamana nak update blog yer? Nasib baik saya boleh gunakan tab dan handphone jer untuk update blog. Cuma nak blogwalking tu tak selesalah kalau tak guna pc. Harap-harap perkara ni tak akan menjejaskan urusan update blog saya.

Sesuatu yang tak dijangka boleh terjadi. Kerosakan cpu tu juga tak dijangka. Maka saya akan menerima situasi ini dengan tenang, biarpun pada mulanya stres juga memikirkan ada-ada saja halangan untuk berblog. Ok..Selamat berblog untuk semua peminat dunia blog.

Friday, November 15, 2013

Pokok misteri di hutan lipur


Inilah pokok misteri yang kami temui semasa mengadakan jungle tracking di hutan lipur Lata Belatan, Terengganu. Sungguh aneh bentuk batang pokok ni dengan satu benjolan besar di bawahnya. Tentu ada hikmahnya pokok itu dijadikan sedemikian rupa.Semoga kita dapat berfikir tentang kekuasaanNya.


Lagi gambar...

Kalau tak kais tak boleh makan


Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Itulah kehidupan ayam.Kalau tak kais alamatnya tak makanlah.Kecuali ayam peliharaan, tuannya dah sediakan makanan setiap masa.

Perumpamaan ini diberikan kepada manusia yang terpaksa bekerja siang malam untuk menyara diri dan keluarga.Kalau tak bekerja maka tiadalah pendapatan untuk membeli keperluan hidup.

Jangan samakan manusia dengan ayam.hehe..kerana akhirnya ayam itu akan dimakan oleh manusia.



Belia dan dadah

Gambar hiasan koleksi KM7

Salam Jumaat semua. Saya tertarik dengan khutbah jumaat di masjid hari ini pasal isu belia. Belia adalah pewaris agama, bangsa dan negara pada masa depan. Justeru kalau kita nak melihat negara kita pada masa depan, lihatlah belia kita pada hari ini.

Kira-kira 40 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada golongan belia. Betapa besar peranan dan sumbangan belia kepada kemajuan bangsa dan negara suatu hari nanti. Cuma dalam khutbah tadi tak disentuh permasalahan belia pada hari ini.Khususnya belia Melayu yang banyak terlibat dengan gejala penagihan dadah.

Bayangkan apa akan jadi kepada negara apabila ramai anak muda terjerumus dalam kancah penagihan dadah. Rentetan itu membawa kepada kes kecurian, ragut, rompakan dan pembunuhan semata-mata untuk mendapatkan dadah. Negara juga rugi jutaan ringgit untuk memulihkan mereka di pusat-pusat serenti yang belum tentu pulih sepenuhnya.Fikir-fikirkanlah apabila orang tua sibuk di kedai kopi dengan permainan aji atau dam mereka manakala belia sibuk keluar masuk hutan menagih dadah.