Saturday, November 2, 2013

Bekas makanan Petronas


Ada yang berkenan dengan lunch box kat atas tu? Ia adalah percuma sahaja dengan membeli minyak enjin SYN800 Petronas Syntium. Saya dapat bekas tu semasa servis kereta baru-baru ini. Minyak enjin berkenaan berharga RM 112.
Sebelum ini pun dah macam-macam hadiah percuma saya dapat apabila menukar minyak enjin kereta menggunakan keluaran Petronas. Bagus jugalah pemberian tersebut sebagai menghargai pembeli setia. Nak kata saya setia sangat pun tak juga, sebab minyak enjin itu yang disyorkan oleh pusat servis kereta.

Berbalik kepada bekas comel tu, saiznya taklah besar sangat iaitu kapasiti 1.4L. Tapi ada dua tingkat yang boleh memastikan makanan disimpan dalam keadaan panas untuk jangka masa yang lama. Warnanya hijau epalnya pun cantik. Kira bergayalah untuk dibawa ke mana-mana.

2 comments:

Sukma Haron said...

saya tukar minyak enjin Shell pun dapat jugak free gift....dorang suka promo....

HONEYS MADE said...

Saya tukar petronas xdak apa pon dah tanya dia kata xdak free gift