expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 12, 2013

Buah Perah


Perah...sejenis buah yang klasik. Saya tak pernah lihat dan rasa sebelum ni. Tadi terjumpa orang menjual buah ni, lalu apa lagi saya terus membelinya sebab nak merasai keenakan buahnya. Rupanya bujur panjang, saiz panjang sedikit daripada biji getah. Isi dalamnya juga macam buah getah.

Lupa pula nak tanya macamana buah ni dimasak.Rebus ker salai?Bagaimana rasanya? hmm... rasa macam makan ubi jer. Harga boleh tahan juga. Lebih kurang 20 biji buah tu berharga RM 4. Mungkin buah tu susah untuk didapati sekarang ni. Pokoknya pun saya tak kenal macamana.

Sekarang ni buah-buah macam ni jarang ditemui atau mungkin sudah tidak dimakan lagi. Budak-budak zaman sekarang manalah tahu pasal buah-buahan hutan ni. Hidup mereka dalam rumah dengan pelbagai mainan komputer atau handphone.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.