Thursday, November 14, 2013

Cuti sekolah sudah bermula

Gambar hiasan koleksi KM7
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan bagi negeri Kelantan. Keceriaan jelas tergambar pada wajah setiap pelajar menantikan ketibaan musim cuti sekolah. Biarpun bukan dalam erti kata cuti yang sebenarnya kerana mereka dibekalkan dengan pelbagai kerja rumah sepanjang musim cuti, namun itu tidak menghalang mereka untuk melepaskan sedikit tekanan setelah 11 bulan bersekolah.

Bagi guru pula, inilah masanya untuk menanda kertas peperiksaan, mengadakan kelas tambahan musim cuti, juga membuat persediaan untuk persekolahan tahun depan. Tak kurang juga ada yang menyumbang bakti dalam mengawas peperiksaan SPM dan STPM.Jadi di mana maksud cuti yang sebenarnya?

Ibu bapa mungkin sudah merancang aktiviti atau program yang sesuai untuk anak-anak. Penuhilah masa cuti anak-anak dengan aktiviti yang berguna. Mungkin ada dalam kalangan kita yang bosan setiap kali musim cuti sekolah apabila tiada pengisian yang khusus. Maka anak-anak mengadap TV mahupun permainan komputer dan handphone.

Tak lupa juga setiap kali cuti sekolah acara kenduri kahwin pun banyak juga. Hai...bilalah nak pergi bercuti ni?