expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 17, 2013

Eco...murah-murah..RM 2 jer


Baru saja dibuka 5 November lepas, pasaraya ECO di Pasir Tumbuh terus mendapat sambutan. Dikenali dengan kedai RM 2, kedai ini tak putus-putus dikunjungi pelanggan. Kalau dah murah tu mestilah orang datang kan. Kira rasional la mereka yang mencari barang dengan harga murah tatkala kedai lain sibuk menaikkan harga.

Saya berkesempatan juga pergi ke kedai untuk meninjau apa-apa yang boleh dibeli. Memang banyak boleh dibeli dengan harga semurah itu.Cuma ada sesetengah barang tu tak berapa bagus dari segi kualiti.Apapun, kira setandinglah dengan harga. Kalau nak yang sangat berkualiti dan tahan lama, baik pergi kat kedai yang memang jaga standard.Tapi kenalah keluarkan belanja yang banyak yer.

Saya rasa kedai RM 2 ni akan terus mendapat sambutan masyarakat. Sebagai pengguna, lagi banyak kedai yang menawarkan harga yang murah lagi bagus.Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban pengguna dengan kenaikan harga pelbagai barangan sekarang ni.

Kepada yang nak datang ke kedai ni senang saja.Kalau dari Kubang Kerian tu,selepas lampu isyarat Pasir Tumbuh, kedai ini terletak sebelah kiri jalan.




2 comments:

  1. kalau ada kedai baru buka, then barangnya murah2, semestinya orang akan tuju dulu..

    ReplyDelete
  2. Eh, tu kedai kat rumah saya tu...
    Dah ada kedai Eco pula... mesti lebih maju skrang ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.