expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 24, 2013

Kalau sedap katakan sedap

Gambar hiasan:sumber Google

Pelanggan : Sedap betul makanan kat sini,
berselera kami makan.

Pekedai: Terima kasih, pandai awak puji....

Dialog benar-benar saya dengar tadi masa makan kat sebuah restoran (nama dan tempat dirahsiakan). Satu keluarga tu terdiri daripada suami isteri dan 2 orang anak sedang makan bersebelahan meja kami. Cepat jugalah mereka makan, macam tergesa-gesa nak ke tempat lain pula.

Masa nak buat pembayaran, pekedai tu datang ke meja, setelah selesai membuat pembayaran, itulah antara dialog mereka yang masuk ke telinga saya.Wah...memuji betul mereka dengan makanan yang dimakan tadi. Baguslah kan...kalau dah sedap tu beritahu sajalah tuan kedai tu.Jarang kita dengar orang memuji secara terang-terangan kepada tuan punya kedai. Yer lah..bimbang dikatakan nak minta diskaun pula...hehe..

Saya nak puji sikap kedua-dua pihak tadi. Satu pihak memuji dan satu pihak lagi menjawab tanpa menunjukkan bangga diri. Itu yang nampak dan didengarilah yer. Dalam hati...tuhan saja yang tahu. Agaknya kalau makanan kat kedai tu tak sedap...beranikah kita berterus-terang dengan tuan punya restoran tu?hmm..kalau saya.... kata tak sedap dalam hati jer...


5 comments:

  1. setakat nie, saya belum pernah lagi dengar pelanggan memuji hehe

    ReplyDelete
  2. teringat tag line cafe pak tam hentian plus menghala KL "xsedap bagi tau pak tam, sedap bg tau rakan" :)

    ReplyDelete
  3. sop...bagus tag line camtu..blh promosi cafe.

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi dgr pelanggan puji depan owner.. marah pernah. heeee

    ReplyDelete
  5. kalau tak sedap saya beritahu tuan kedai...ada sekali tu pekerjanya masak terlebih masin...masa nak bayar saya tanya masin sangat makanan nie....haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.