expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 24, 2013

Wallet yang trendy


Bermula dengan tertarik dengan iklan kat FB, maka saya pun oder lah barang ni. Seronok juga beli secara online...Ahad oder, pagi Selasa dah sampai. Siap hantar pakai pos laju lagi tu. Barang apa tu? Jom tengok kat bawah.....


Apa tu? bukan alat make up tau! Itulah wallet terbaru saya. Cantik tak? Siap beli 2 lagi..satu purple dan satu hitam. Murah jer tu.Kalau satu harganya RM 19. Beli 2...dapat harga RM 17.50 satu. Pos penghantaran percuma. Kecil jer tu. Apa keistimewaannya?...

Tengok kat sini yer...



Harap dapat dibacalah yer. Wallet ni tahan air, dan tahan apabila dipijak walaupun dengan tayar kereta.huhu..dahsyatnya...Itu saya tengok dalam promo jer.. tak buat sendiri pun.. Paling best...nampak simple, moden dan bergaya..cewah..!


Ruangannya memang direka untuk pengisian kad seperti kad kredit, ic, lesen dan lain-lain yang seumpama dengannya. Duit kertas pun boleh juga...sekarang kan orang tak bawa duit banyak...bawa kad jer.haha.. Satu wallet tu bolehlah diisi dengan 12 keping kad. Saya ada banyak kad,  jadi kena beli 2 haha...


Inilah hasilnya....best kan..Satu kelemahan..jangan terbalikkan wallet ni, nanti berterabur kad-kad tu ke lantai.Duit syling pun tak sesuai dimasukkan.Sekarang urusan pun senang nak pilih kad untuk digunakan..

Kepada yang ada wallet tebal-tebal tu elok check apa ada kat dalam tu. Entah-entah banyak kertas daripada wang kertas.hehe...Kalau wallet baru ni...dahlah murah...gerenti kad-kad penting tu tak rosak atau patah..Opsss banyak pula berkempen...dahlah tak dibayar untuk promo ni.hehe...Apapun saya sekadar berkongsi....Kalau ada yang berkenan...sila pergi ke website ni (KLIK SINI)

3 comments:

  1. nampak simple wallet nie. takdelah tersangkut sana, tersangkut sini. hehe tapi saya takde kad banyak2.. duit syiling adelah. heee

    ReplyDelete
  2. wah smart ah :D
    takpernah nammpak lagi hihi tak serabut (Y)

    ReplyDelete
  3. xprnh jmpe lg ni....blh try tgk la...hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.