expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 31, 2013

Pokok puding digilai semula


Cerita pasal pokok lagi.Kali ni pokok hiasan yang tak berbunga...pokok puding.Sana sini orang menggilai semula pokok puding ni.hehe...Masa saya kecil dulu,pokok puding ni banyak ditanam di halaman rumah.Lama-kelamaan orang tak minat lagi,hanya dipacak rantingnya di kubur.Sebab tu kalau ke kubur sekarang ni banyak pokok puding di sana.

Gambar kat atas tu pokok puding yang saya baru beli.Harga sepohon pokok tu ialah RM 15.Boleh tahan juga harganya.Yer la...dah nak tanam,kena belilah....takkan nak ambil kat kubur pula kan! Tak tahulah boleh hidup ke tidak pokok-pokok ni.Cadangnya nak tanam kat atas tanah jer.

Mengikut penjual pokok ni,ada antara pokok-pokok dalam gambar tu yang telah 'dikahwinkan' untuk menghasilkan spesis baru.Tak mustahillah...muncul pelbagai jenis puding baru yang jarang dilihat sebelum ni.Ok...Selamat menanam pokok.

Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidur Rasul di sekolah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tempat saya bertugas,penuh warna-warni.Pelbagai acara diadakan,bermula dengan perarakan.Entri ini adalah entri bergambar,jadi saksikanlah antara gambar-gambar istimewa yang sempat saya rakam.Gambar-gambar di sini bukanlah menggambarkan perjalanan keseluruhan majlis berkenaan.

 lagi gambar.....

Tuesday, January 29, 2013

Kecil-kecil pun dah merempit


Jangan tiru aksi ini..hehe...bukan merempit kat jalan raya pun,tapi merempit dalam pasar raya.Aksi-aksi ni semua adalah gelagat anak-anak saya kalau jumpa mainan ni.Geram betul hari tu saya dah  masukkan syiling 50 sen dalam motor tu, tapi motor tak bergerak pun.Nak keluarkan semula duit tu pun tak dapat.Apa lagi...biarkan saja budak-budak tu menunggang.Tak tahulah berapa ramai lagi yang terkena...Walaupun 50 sen tapi duit juga kan!


Sadiq pun tak lepaskan peluang..naik kereta jer tu.

Friday, January 25, 2013

Buah katak puru pun sedap


Tentu ada yang geli dengar nama buah ni kan...Tapi jangan bimbang katak puru ni sedap tau!Tak melompat,juga tak gigit orang.hehe..gurau jer tu!Saya memang suka makan buah ni,walaupun rasanya sedikit kelat.Itupun bagi yang tak berapa masak.Kalau yang dah masak...manis jugalah.

Nak makan macam mana?senang jer,petik buah ni dari pokok,boleh dimakan terus.Nak sedap lagi makan dengan 'colek' yang dibuat dengan cuka,garam,gula,belacan,kicap dan sebagainya.Makan secara beramai-ramai lagi umphhh.Siap berebut-rebut tu!

Pokok katak puru ni tak banyak dah sekarang.Kalau ada pun,di kampung-kampung.Budak-budak sekarang manalah suka dengan buah ni kan.Mereka lebih kenal epal,strawberi dan anggur.Ehhh..rasa nak tanam pokok ni la pula kat belakang rumah baru kami ni.Ok tak?

Beli kain di Pasar Siti Khadijah


Entri ni mesti kaum hawa suka..kahkahkah..apa tidaknya,tengoklah kain-kain kat atas tu.Nampak cantik kan.Tu baru pakaikan kat patung,kalau pakai kat badan puan-puan...mesti nampak jelita lagi anggun.Opss..maaf kalau tersasul.Saya bukan nak jual kain ni.Tapi nak cerita pasal kedai kain yang banyak kat Pasar Siti Khadijah ni.

Thursday, January 24, 2013

Beli sofa baru ker?


Hampir 2 bulan kami pindah rumah baru,tapi sofa baru belum beli lagi ni.Cadangan tu memang nak beli pun.Dah banyak kedai sofa sekitar Kota Bharu ni kami kunjungi,tapi belum jumpa yang menawan di mata kami.Kalau ada pun harganya ala-ala tak mampu beli.hehe...

Gambar kat atas tu sofa di salah sebuah kedai.Harganya RM5600 untuk set 1+2+3.Kata tuan kedai tu,sofa tu design paling baru untuk 2013 ni.Hmm... macam dah berkenan tapi puan isteri pula tak berkenan...maka tak jadi belilah.

Kalau macam ni kami guna jer sofa dari rumah lama dulu..sementara jumpa yang berkenan...Tapi kan...bimbang juga lama-lama nanti bajet untuk sofa tu mungkin beralih kepada benda lain pula.hehe..Malu jugalah kalau ada tetamu yang datang,kami masih guna sofa lama yang dah tak cantik tu..sabar jer lah!

Wednesday, January 23, 2013

Makan pizza buatan sendiri jer


Inilah makan malam kami sekeluarga malam ni.Pizza buatan sendiri kat rumah.Bukan saya yang sediakan,tapi puan isteri yang buat.Alhamdulillah rezeki yang ada untuk malam ni.

Malam kami jarang makan nasi.Makan mee,kuew tiaw burger atau pizza jer.huhu...Tapi sesekali makan nasi dengan budu..pergh...terangkat meja.haha...

Anak-anak sulung saya tu suka sangatlah dapat makan pizza.Nasib baik buat kat rumah,kalau nak makan kat restoran pizza...boleh kering poket la.Kalau sesekali tu ok lah kan.

Ok...selamat menjamu selera!


Tuesday, January 22, 2013

Hari ni dapat RM 100


Alhamdulillah,hari ni dapat RM 100.Sekarang kan musim pemberian bantuan persekolahan,maka seronoklah ibu bapa menerima wang bagi pihak anak-anak mereka.Saya juga berpeluang menerima bantuan tersebut tadi.Anak baru seorang kat sekolah rendah,jadi dapat RM 100 ler.

Ramai betul ibu bapa kat majlis tadi.Kalau ada anak yang bersekolah lebih daripada seorang maka lebihlah dapat kan.Bagi mereka yang berpendapatan rendah,bantuan tersebut amat bermakna.Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Semoga wang yang diberikan itu digunakan sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anak.Kalau tak tahu nak buat apa dengan wang tersebut,eloklah disimpan saja dulu.Suatu hari nanti adalah gunanya tu.

Monday, January 21, 2013

Tanam pokok bungalah pula!


Buat apa tu?haa... tiba-tiba jer rasa macam rajin jer nak tanam pokok bunga.hehe..Bukan apa,sebagai menyahut saranan kempen menghijaukan bumi.Pokok yang dipilih ialah pokok bunga raya,spesis dari Cameron Highlands.Nama saintifiknya tak pastilah pula.Harga sepohon pokok tu ialah RM 24.


Kan dah siap!Saya tanam di bahagian tepi rumah,kat tepi tebing tu.Kat depan rumah tak tanam apa-apa pokok pun lagi.Idea tu dah ada,nantilah, apabila tiba masanya saya akan ceritakan. Kali ni tanam 2 batang pokok bunga raya jer dulu.Itupun belum pasti boleh hidup subur ke tidak.

Saturday, January 19, 2013

Ketupat nasi makanan tradisi


Lama tak makan ketupat nasi,rasa mengidam la pula.hehe..Tak payah susah-susah nak buat,beli jer kat pasar tani.Harga 4 biji ketupat nasi saiz kecil tu ialah RM 1.Murah betul kan?Yer la...bukan senang nak buat tu.Bermula dengan sarung ketupat,masukkan beras,dan rebus.Pastu kena sediakan kelapa goreng sebagai sambalnya pula.

Pendek kata banyaklah juga prosesnya.Tapi bagi mereka yang dah pakar membuatnya tak jadi masalahlah kan.Cuma nak beritahu kat sini...bukan senang nak cari duit yang halal ni..kena berusaha.Malanglah bagi mereka yang hanya suka menadah tangan saja.Bumi kita luas terbentang,berusahalah mencari rezeki yang halal.


Thursday, January 17, 2013

Jom try Snogurt


Masa jalan-jalan cari kedai makan kat Kota Bharu,terjumpalah kedai ni....Fulamak..meleleh air liur tengok kesedapan dalam gambar kat dinding kedai.hehe..Apalagi,jom masuk.....


Inilah makanannya...Konsep ambil sendiri,kemudian bawa ke kaunter untuk ditimbang dan bayar.Disebabkan kali pertama nak merasa...maka kami ambil satu cawan tu jer.Itupun pakai tangkap muat jer perisanya.Siap boleh pilih bahan-bahan untuk ditabur kat atasnya.Cuba teka berapa harga yang saya kena bayar untuk satu cawan tu?Harganya...RM 19.90.hmmmm nasib baik ambil satu hehe..

Wednesday, January 16, 2013

Senja Nan Merah


Senja nan Merah..Biasanya orang melihat matahari terbenam di tepian laut,tapi saya melihat suasana senja di halaman rumah sendiri jer.Gambar ni dirakamkan pada waktu senja di halaman rumah saya.Itupun secara tidak sengaja saya rakam menggunakan handphone jer.Kalau guna kamera DSLR mesti lagi cantik kan!

Begitu indah ciptaan Allah.Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanNya.Biarpun indah dalam sekeping gambar mahupun di kanvas lukisan,namun melihat dunia sebenar dengan mata sendiri tetap memberi kepuasan.

Itulah suasana senja di rumah saya.....

Tuesday, January 15, 2013

Orang Kelantan tak sihat ?


Wah.....sebagai orang Kelantan,sedih juga baca tajuk tu kan!Semuanya pasal penyakit diabetes yang berkait dengan pengambilan gula berlebihan dalam makanan di Kelantan.Tak dinafikan,kat Kelantan ni terkenal dengan makanan yang manis-manis.

Dinyatakan terdapat peningkatan lapan peratus dalam lima tahun bilangan penghidap diabetes.Kalau macam ni,kena fikirkan untuk buat sesuatu....seperti mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan melakukan aktiviti senaman.

Penekanan amalan gaya hidup sihat ini seharusnya bermula sejak kecil.Apatah lagi bagi mereka  yang sudah menjangkau usia melebihi 40 tahun kan!Lepas ni kurangkan gula dalam makanan dan minuman,lebihkan gula dalam senyuman.

Monday, January 14, 2013

Sudah bertukar sekolah


Hari ini 14 Januari 2013 secara rasmi anak lelaki saya Imdad,bertukar sekolah.Bersekolah di sini sejak tahun satu lagi,kemudian baru 2 minggu masuk tahun 2 pada 2013.Masa bersalam-salaman dengan rakan sekelas tadi,nampak sedih juga muka Imdad.Maklumlah dah setahun saling kenal-mengenali,tiba masa berpisah jua.waaaa...saya pula yang sedih .hehe..

Pertukaran ini disebabkan beberapa faktor.Antaranya bagi memudahkan Imdad menghadiri kelas fardu ain pada sebelah petang.Apa yang penting,sekolah baru Imdad tu lebih dekat dengan kediaman kami.Senanglah kalau dia nak ke sekolah untuk apa-apa urusan,Cuma jauh sikit dengan tempat kerja kami.Tak apalah kan!

Hari ini juga saya telah bawa Imdad mendaftar di sekolah baru.Nama sekolah tak perlu dinyatakan di sini.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Imdad baru nak menyesuaikan diri di sekolah baru pula.Semoga Imdad dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dengan cepat yer..

Sunday, January 13, 2013

Mari makan limau mandarin


Sedapnya limau mandarin ni....Tak lama lagi kan nak raya Tahun Baru Cina,maka banyaklah limau ni kat pasaraya.Saya dah habis dua kotak limau tu setakat ini.Orang yang nak beraya pun belum beli,kita pula yang awal-awal dah rasa.hehe...

Kalau beli limau ni,saya selalu pilih saiz L,harganya dalam RM14 lebih.Kalau saiz s tu tak berapa suka,mungkin ada yang rasa masam.Setiap biji limau ni kan dibalut dengan plastik merah.Tak tau pula kenapa warna plastik merah jer yang digunakan.Yang pasti plastik pembalut tu digunakan untuk mengisi kulit limau.

Kalau simpan dalam peti ais lagi sedap.Sekejap jer boleh habis sekotak tu.Setakat ni anak-anak tak berapa suka,hmmm...Lepas ni nak cari kuih bakul la pula...

Friday, January 11, 2013

Jangan Bersedih



Buku ni dah lama di pasaran,begitu juga dah lama dalam koleksi saya.Baru sekarang tergerak hati nak buat entri pasal buku yang dikatakan terlaris di pasaran ni.Buku karya Dr. Aidh Al-Qarni terjemahan Tim Ihsan ini memang menarik untuk dibaca.Bukan untuk mereka yang sedang bersedih saja,tetapi untuk semua lapisan masyarakat.

Wednesday, January 9, 2013

Undangan perkahwinan cikgu Dayah


Siapa nak jadi raja sehari ni?Saya ker?hehe....jangan ada yang percaya.Sebenarnya kad jemputan kat atas tu adalah undangan daripada rakan sekerja saya.Majlis perkahwinan tersebut berlangsung pada bulan Februari nanti.

Monday, January 7, 2013

Jom makan pizza buatan sendiri


Dah makan ke belum?Kalau belum,jom makan pizza.Pizza kat tas tu hasil kerja tangan isteri saya.hehe..Dah lama mengidam nak makan pizza buatan sendiri,baru kini menjadi.Anak-anak memang suka makan pizza ni.

Banyak juga bahan yang diperlukan untuk menyediakan pizza ni.Tapi apabila dah dibeli semua bahan tu,senang ler nak makan pizza bila-bila masa jer.Nasib baik bahan-bahan yang diperlukan tu mudah didapati.

Pizza kat atas tu kecil jer....sebagai permulaan atau percubaan.Nampaknya menjadi,jadi lepas ni bolehlah dibeli saiz yang lebih besar.Ok.....selamat menjamu selera.

Saturday, January 5, 2013

Cepat...cepat sertai blog list saya


Cepat...cepat...wah macam suruh berlari pula.Baik-baik,kan jatuh susah pula nanti.Saya nak jemput rakan-rakan blogger yang mana link anda belum masuk blog list saya tu,dan yang nak join blog list saya,sila maklumkan dalam entri ni yer.

Nampak sebelah kanan blog ni...blog list KM7 tu...haaa tu senarai sedia ada.Kalau link blog anda ada di situ,senang ler KM7 nak terjah nanti.Tak dinafikan blog list ni penting untuk seseorang blogger tu memulakan blog walking.Saya suka BW berdasarkan blog list,selain jejak yang ditinggalkan dalam kotak jerit.

Caranya mudah saja.Tak wajib follow blog ni (kalau nak follow bagus juga!).Tak payah buat entri pasal nak sertai blog list ni.CUMA anda perlu masukkan link blog KM7 ni dalam blog list anda jer...Blog list anda yang berada di paparan utama/side bar  blog anda,bukannya di ruangan-ruangan lain yer.Senang kan!

Sesiapa jer boleh join.Tak kisah anda blogger baru ker lama ker...Janji blog anda tu memaparkan isu-isu yang tidak bertentangan dengan undang-undang negara.hehe..(blog politik tak dilayan).Ok...kalau nak join sila tinggalkan link blog anda dalam kotak komen entri ni.Tarikh tutup bergantung kepada saya...bila-bila masa jer.

Ok...selamat bertukar link,semoga dunia blogging bertambah meriah.


Friday, January 4, 2013

Berita baik untuk si gemuk


Saya tertarik dengan laporan akhbar Kosmo hari ni pasal gemuk.Kononnya mengikut kajian terbaru,individu yang gemuk sikit boleh hidup lebih lama.Wah....lepas ni ramai la yang nak jadi gemuk.hehe..

Sebagai orang Islam,umur kita telahpun ditentukanNya.Bagaimanapun ini hanyalah kajian,dan mungkin ada kebenarannya.Menurut kajian ini,lemak dalam tubuh manusia bertukar menjadi sumber tenaga simpanan sewaktu seseorang jatuh sakit dan memberi kekuatan kepada tubuh untuk terus hidup.

Jadi takde masalah sangatlah kan bagi seseorang yang gemuk sikit.....(sikit jer...bukan banyak tau!) asalkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Maklumat lanjut,sila baca akhbar tersebut,atau tanyalah doktor anda.

Wednesday, January 2, 2013

Sedap ker durian crepe ni?


Oh durian crepe! Orang lain dah lama dapat rasa....tapi saya baru dapat rasa durian crepe hari ni.Masa balik dari sekolah tadi singgah beli.3 ketul tu rm5.Sajalah nak cuba rasa,sebab promosinya kat FB boleh tahan hebat.

Bagi saya rasa durian crepe ni biasa-biasa saja.Sedap lagi makan durin asli.hehe...Tapi bagi mereka yang tak tahan bau durian asli tu,bolehlah beli durian crepe ni pasal ia takde bau durian.

Apa-apapun saya nak ucapkan tahniah kepada pelopor atau orang yang mencipta kuih ni.Tak sangka idea buat kuih ni diterima masyarakat.Sekarang ni durian crepe mula dijual di mana-mana sahaja.


Tuesday, January 1, 2013

DVD Home Theater


Masa jalan-jalan kat kedai elektrik,ternampaklah set home theater ni.Mula-mula tu pandang-pandang jer,kemudian dengar-dengar pula.Akhirnya terus jatuh hati...maka saya pun angkutlah satu set.hehe..Boleh tahan juga bunyi set 1000w ni.Harganya?tak sampai pun RM2000.

Menonton DVD dengan set home theater ni barulah real sikit.Tambah lagi kalau ada set TV LED bersaiz besar.hmm macam kat mini pawagam pula jadinya.Tapi kat rumah saya belum beli lagi tv LED tu.Sekarang pakai tv LCD jer.Itupun dah ok.

Oklah...jom layan....

Selamat tahun baru 2013


Selamat tahun baru 2013.Hari ini masing-masing melangkah ke tahun baru dengan penuh bergaya disertai azam baru yang berkobar-kobar.Kedatangan tahun baru dan permulaan sesi persekolahan di Kelantan kali ni sedikit kurang selesa kerana hujan lebat di beberapa kawasan.Malah ada sesetengah tempat sudah dinaiki air.

Bagi pelajar sekolah,tentunya menyimpan azam untuk terus cemerlang.Begitu juga dengan harapan setiap ibu bapa.Sungguh sibuk ibu bapa menguruskan persekolahan anak-anak,terutamanya bagi mereka yang anak-anak mula bersekolah.Macam-macam ragam.

Guru-guru juga macam biasalah sibuk....memandangkan hari pertama persekolahan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sudah bermula.Tak menjadi masalah kerana persediaan sudah dibuat seawal cuti sekolah lagi.Ada yang tak sabar-sabar nak masuk kelas untuk mengajar.

Selamat tahun baru dan berazam baru.