expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 30, 2013

Malam ni makan burger special



Dah makan ker belum?Mesti sudah kan...dah lewat ni bagi yang belum makan malam.Makan malam kami malam ni simple jer iaitu burger ayam special.Lebih special lagi kerana disediakan sendiri oleh puan isteri.

Friday, March 29, 2013

Berani Berniaga 2013


Berani Berniaga 2013....Dr Azizan Osman,memang sudah ramai yang mengenali jutawan ini.Hari ini  jurulatih kejayaan ini berkongsi kejayaan beliau di Kota Bharu.Saya tak pergi pun sebab ada komitmen lain.Tapi puan isteri saya ada ke sana tadi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Mesti ada yang bertanya kami nak berniaga pula ker?Yer la...bukan senang nak berniaga ni kan.Mesti ada ilmu dan matlamat,selain modal.Puan isteri saya ke sana tu sekadar mendapatkan ilmu dan meluaskan minda.Apatah lagi pakar pemasaran yang berjaya dan popular ini turun ke Kota Bharu kali ni.

Menurut puan isteri saya,memang baguslah menghadiri ceramah tadi.Rasa bersemangat nak mulakan perniagaan.Tapi kan.....tak tahu pula nak berniaga apa.hehe...kena tambah ilmu lagi ni.Sebetulnya nak berniaga ni banyak cabarannya.Maka kena ada banyak ilmulah untuk berjaya dalam perniagaan ni.



Terima kasih sahabat


Kawan memang senang dicari,apatah lagi kalau kita mempunyai kesenangan,kekayaan atau pangkat.Sahabat,mungkin ada satu daripada seratus kawan tadi.Kenapa jer?Itulah sahabat yang sanggup susah senang bersama kita.Dia juga memberi teguran ikhlas buat kita walau dalam apa jua situasi.

Carilah sahabat sejati kerana kita akan senang bersama mereka.Bukan macam kawan...yang ramai masa senang,masing-masing menjauhkan diri apabila kita ditimpa musibah.

Salah satu ciri sahabat ialah seseorang yang sering bertanya khabar rakannya biarpun telah bertahun terpisah.Zaman serba canggih ni macam-macam cara untuk berhubung dan bertanya khabar.Kalau ada yang memberi alasan sibuk dengan kerja dan keluarga...itu kawan namanya,bukan sahabat.


Thursday, March 28, 2013

Cerminkan mukamu dulu!


"Kalau setakat jadi kerani jer jangan haraplah nak melamar anak aku!" Pedas sekali butiran yang keluar dari mulut datin Salmah."Tapi saya cintakan Amira"balasku tak mahu mengalah."Kamu ingat dengan cinta saja boleh bahagia?Aku sudah ada pilihan untuk Amira...jangan ganggu dia lagi."

"Abang kenapa termenung ni?" Sergah Amira mematikan lamunanku."Takde apa-apalah sayang,saja penat ni." Kuharap jawapan itu memuaskan hati isteri yang sudah 4 tahun menjadi teman hidupku.Kami bahagia biarpun tidak hidup mewah.Kehadiran 2 orang anak melengkapkan lagi hidup kami.

Cuma sampai sekarang aku rasa bersalah kerana perkahwinan kami tidak direstui oleh datin Salmah.Biarpun datuk Ismail tak kisah,dan merestui kami namun sukar bagi kami meyakinkan datin Salmah bahawa kekayaan bukan segala-galanya.Apa yang harus aku lakukan untuk memenangi hati datin Salmah?Tuhan...tunjukkan aku jalan.

Wednesday, March 27, 2013

Sebatang pen merah buat guruku


Di sebuah sekolah di kawasan pedalaman,murid-murid berebut-rebut mendapatkan guru muda itu untuk memberikan hadiah.Begitulah seronoknya menjadi guru praktikal,akan mendapat hadiah daripada pelajar sebagai tanda kenangan pada hari terakhir bertugas di situ.

Ucapan terima kasih tak lekang dari mulut manis guru atas pemberian anak muridnya.Macam-macam bentuk dan warna pembalut hadiah daripada pelajar diterimanya.Hampir tak muat tangan dia membawa hadiah-hadiah itu ke kereta.

Loceng terakhir persekolahan itu membawanya terus ke kereta kerana kesuntukan waktu untuk pulang ke bandar pada hari itu juga.Dari jauh kelihatan seorang murid mundar-mandir berhampiran keretanya.

"cikgu...saya tunggu cikgu untuk memberi hadiah pen merah ini untuk cikgu"ujar murid tadi tanpa berselindung."Kenapa kamu tak beri saja masa dalam kelas tadi?"Laju pula cikgu bertanya."Saya malulah cikgu...saya cuma nak beri sebatang pen merah kepada cikgu,sedangkan rakan-rakan yang lain memberikan hadiah yang mahal-mahal untuk cikgu.Saya harap cikgu sudi terima,kerana sudah seminggu saya kumpul duit untuk beli pen tu"

Terharu sungguh guru muda itu atas pemberian murid tersebut.Sehingga hari ini pen merah tadi disimpan sebaiknya.Semoga suatu hari nanti dia akan bertemu semula dengan anak murid yang mengenang budi itu.

Tuesday, March 26, 2013

Culik atau colek?


Culik atau colek?Hmmmm dua-dua tu ada makna.Kali ni nak sembang pasal colek lah.Bukan bulan puasa jer orang suka makan colek ni..Hari-hari biasa pun sedap.Banyak jenis colek ni...popularnya colek buah.

Kalau kat kampung,acara makan colek ni lebih sedap dilakukan beramai-ramai atau berjemaah.hehe...berebut-rebut tu yang sedap.Jenis buah pula seperti kelubi,mempelam,katak puru,jambu atau apa-apalah...strawberi pun ok juga..

Gambar kat atas tu penjual colek buah kat pantai Irama,Bachok.Macam-macam buah ada,dan boleh dicampur.Harganya RM2 untuk satu bekas gelas plastik tu.Dulu dalam polisterin...sekarang dalam gelas plastik pula.

Hmmmm...sedap ni.jom makan colek...lepas makan boleh culik gigi.Awas...jangan sampai ada yang kena culik ketika sedang makan colek.

Monday, March 25, 2013

Sesuatu untuk kenangan


Anda ada sesuatu untuk kenangan?semestinya ada kan.Banyak cara untuk kita simpan sesuatu kenangan sepanjang hayat kita.Saya suka menyimpan sesuatu kenangan itu dalam bentuk gambar foto.Mungkin suatu hari nanti gambar-gambar ini akan mengembalikan nostalgia buat mereka.Entri kali ini saya penuhkan dengan gambar-gambar yang baru dirakam petang tadi semasa kami dan keluarga berkelah di pantai.

Lokasi kali ini ialah pantai Irama,Bachok.Dekat jer dengan rumah,dalam 30 minit perjalanan.Nak pergi jauh-jauh pun kesuntukan masa.Dekat pun jadilah untuk mengambil angin petang bersama keluarga.Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam.Biarlah gambar yang berbicara....
 

lagi gambar.....

Thursday, March 21, 2013

19 pelajar mendapat 11 A dalam SPM 2012

TAHNIAH SMK AGAMA MELOR kerana 19 orang calon SPM 2012 telah mendapat 11 A dalam peperiksaan tersebut.Dua orang calon telah mendapat 10 A+ dan 1 A.Mereka ialah

Mohd Amin bin Mahd Asri yang telah mendapat 11A dengan A+ bagi subjek BM,Sejarah,Matematik,Bhs Arab,Add Math,Fizik,Kimia,Biologi,PQS dan PSI.Manakala A bagi subjek BI


Ahmad Farhan bin Mohd Fauzi telah mendapat 11 A dengan A+ bagi subjek BM,Sejarah,Matematik,Bhs Arab,Add Math,Fizik,Kimia,Biologi,PQS dan PSI.Manakala A bagi subjek BI.

Berikut senarai nama pelajar yang mendapat 11 A

Sekitar majlis pengumuman keputusan SPM 2012


sila klik pada gambar untuk pembesaran



Keputusan SPM 2012 SMKAM


TAHNIAH kepada SMKA Melor kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012.Keputusan SPM 2012 bagi SMKA Melor...Kelulusan 100 peratus dengan GPS 2.32.Seramai 19 orang pelajar telah mendapat 11A,dengan 2 orang daripada mereka memperolehi 10A+.Selain itu 7 orang pelajar mendapat 10A dan 12 orang mendapat 9A.TAHNIAH

Wednesday, March 20, 2013

Debaran kian memuncak


Tinggal beberapa jam saja lagi keputusan SPM 2012 akan diumumkan.Pastinya debaran semakin kencang.Bukan saja calon,malah ibu bapa dan guru-guru juga tak sabar untuk melihat keputusan tersebut.

Gambar kat atas tu adalah suasana hari pertama peperiksaan SPM tahun lepas.Sekejap jer masa berlalu...esok dah tahu keputusannya kan!Biar apapun keputusannya,terimalah seadanya kerana itu telah ditakdirkan untuk kita.Apa yang penting,kita telah berusaha untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

Kepada calon SPM 2012 SMKAM! jangan lupa untuk mengadiahkan ucapan terima kasih buat ibu bapa dan guru-guru anda.Jasa mereka jangan dilupakan...Elakkan menjadi kacang lupakan kulit.Bukankah lebih manis jika kejayaan anda itu dikongsi bersama.Ingatlah kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa usaha dan dorongan semua pihak.

Selamat menunggu...debaran keputusan SPM.....

Monday, March 18, 2013

Tali leher dan kemeja:Perlukah sedondon?


Ini bukan uniform kerja saya yang baru yer.Dah lama beli ni....cuma jarang dipakai.Tapi setiap kali saya pakai baju ni,ada-ada saja rakan sekerja menegur.hehe....agaknya apa teguran mereka?

Yer betul....baju dan tali leher tu nampak sedondon kan.hmmmm memang pun,masa beli baju tu saya beli juga tali leher baru.Kebetulan pula ada yang hampir sedondon dengan baju.

Bercakap pasal tali leher ni,timbul juga persoalan perlukah tali leher ni sedondon dengan baju?Bagi saya warnanya saja yang perlu sama atau hampir sama.Coraknya tak kisahlah kan.Tapi kalau ada corak yang sama dengan corak baju lagi bagus kan.Ada orang tak suka...bimbang warna atau corak tali leher tu tenggelam dalam warna dan corak baju.

Pakar imej mesti tahu kan pasal warna dan corak yang sesuai.Saya ni pakai hentam jer.hehe.Setakat ni takde lagi yang 'komplen'... kira ok lah tu...

Sunday, March 17, 2013

Keputusan pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen


Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua  pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.

Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!

Saturday, March 16, 2013

Latihan bahas ala parlimen


Petang ni kami sedang membuat latihan terakhir pasukan bahas Bahasa Melayu ala parlimen.Pasukan sekolah saya akan bertanding di peringkat PPD Kota Bharu.Latihan intensif diadakan hampir setiap hari memandangkan kebanyakan peserta adalah pelapis.

Apapun saya sangat berbangga dengan pasukan bahas sekolah ni kerana masing-masing memberikan komitmen semasa latihan.Menang kalah adat bertanding...yang penting jangan mengaku kala sebelum bertanding.

Sebagai guru penasihat,terima kasih yang tak terhingga kepada Muaz dan Mashanis,bekas pelajar SMKAM yang juga bekas pembahas sekolah kerana sudi memberikan tunjuk ajar kepada junior-junior mereka.Terima kasih juga kepada cikgu Roslan atas tunjuk ajar.Juga kepada semua yang memberi sokongan.

Kepada pasukan bahas sekolah....selamat maju jaya.Kami mendoakan kejayaan terbaik buat semua.Kejayaan anda....kebanggaan kami.

Keputusan SPM 2012 Khamis ini


Cepat betul masa berlalu.Rasa macam baru jer habis peperiksaan SPM 2012.Tup...tup..Khamis ni dah nak keluar result.Pastinya ramai yang sedang menghitung hari.Terutamanya calon SPM 2012,guru-guru dan semestinya ibu bapa tercinta.

Apapun keputusannya nanti...itulah hakikatnya.Bagi yang dah berusaha sedaya upaya,tentu mengharapkan keputusan cemerlang sebagai ganjaran.Terimalah keputusan nanti dengan penuh kesyukuran,berkat kesabaran dan pengorbanan yang dilakukan.

Bagi yang kurang berjaya,tabahkan hati.Jadikan sebagai langkah untuk mengorak kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan lain pula.Gagal sekali bukan bererti gagal untuk kedua kalinya.Sekali lagi..sabarlah menunggu Khamis ini.

Friday, March 15, 2013

Dah basuh kereta?


Budak-budak ni memang suka main air.Hari ni puan isteri telah bagi satu tugasan kepada mereka iaitu basuh kereta.haaaa...sukalah tu dapat main air dan sabun.Basuhnya tak seberapa,main jer yang lebih.

Tak apalah kan...itupun dah dikira macam sejenis permainan.hehe...Kesian budak-budak ni,tak sempat ibu bapanya nak bawa ke taman permainan.Oh ya minggu lepas ketiga-tiga anak saya ni demam.Tak demam serentak tapi bergilir-gilir.Minggu ni giliran saya pula.huhu...

Saya sendiri pun dah lama tak bawa kereta ke kedai untuk di basuh.Balik kerja dah petang,nak basuh sendiri pun penat.Hujung minggu pula ada-ada saja aktiviti.Akhirnya..biarlah berhabuk..

Wednesday, March 13, 2013

Isteri bekerja...tak memasak?


"Ikan singgang pun sedap!" itulah ungkapan yang keluar dari mulut seoarang rakan semasa kami sedang makan.Ingat perempuan jer ker yang suka berbual pasal menu masakan harian?Lelaki pun boleh tahan juga yer.hehe..tapi kami cuma berbual pasal masakan apa yang disukai semasa makan tengahari kat rumah masing-masing.

Memanglah rakan saya tu suka makan tengahari di rumah dan setiap hari isterinya yang juga bekerja memasak untuk makan tengahari.Wah...beruntungnya! Ada juga rakan yang memberitahu mereka memang tak makan tengahari kat rumah...masing-masing sibuk bekerja.Kalau isteri memasak pun hujung minggu jer.

Hmmm itulah rahsianya isteri bekerja...Kalau tanya suami...memanglah boring kalau asyik makan kat kedai kan..masa bujang-bujang dulupun dah selalu makan kat kedai.Tapi apa nak buat,kesian juga kat isteri yang bekerja kalau balik rumah kita nak suruh sediakan makan tengahari atau makan malam.Mereka pun penat juga...balik rumah sibuk melayan anak-anak..sampai suami sendiri pun tak sempat nak layan...opsss!

Biarpun sesibuk mana pun...kalau isteri ada masa memasak untuk keluarga kan best! Menurut seorang lagi rakan,makan masakan isteri biarpun simple tapi sedap.Yer ker?Hehe..

Tuesday, March 12, 2013

Selipar @ kasut hilang?


Perkara ni biasa terjadi kan? Tambah pula dalam situasi ramai orang.Mungkin ada yang sengaja ambil atau memang tertukar.Saya sendiri dah banyak kali hilang sandal berjenama.Kalau tertukar mesti ada pengganti,ini tidak...hilang terus.Tapi kalau pengganti yang tidak 'setaraf' pun kita tak suka juga kan!

Betul juga reaksi rakan dalam FB saya tu...niat sedekah jer baru tak sakit hati kan.Bagi yang banyak duit tu...ada juga alasan nak beli selipar atau kasut baru...Kalau hilang lagi...beli lagi dan lagi....

Sebagai seorang yang baik hati...kalau selipar atau kasut kita tu dicuri atau hilang,maka 'berkaki ayamlah' kita balik ke rumah.Tak sanggup rasanya mengambil kasut atau selipar orang lain sebagai ganti.Mesti terfikir kesian kat orang lain pula kalau kita ni balas dendam kat mereka pula.

Apapun terimalah hakikat ada orang minat kat selipar atau kasut kita.Justeru berhati-hatilah.Mungkin boleh dibuat sedikit tanda pengenalan pada selipar atau kasut kesayangan anda tu.

Monday, March 11, 2013

Minum petang dengan kuih donut


Macam-macam kuih boleh dijadikan makanan untuk minum petang.Kali ni puan isteri saya menyediakan donut buatan sendiri yang gebu,rangup dan berkrim...haha...pasti disukai ramai.Sebenarnya donut biasa jer tu.Kalau nak sedap lagi bolehlah diselimuti dengan cokelat kan!

Agaknya kuih apa yang sedap dimakan waktu minum petang?Kalau saya,pisang goreng pun sedap.....selain keropok lekor.Minum tea o pun dah ok...Sesekali makan donut ni sedap juga.Lagi sedap makan masa lapar...

Biasanya kita makan kuih jer kan masa minum petang.Takde lah makanan berat-berat.Sebabnya malam makan lagi.haaaa..ker ada yang minum petang jer dengan tak ambil makan malam?hebat tu.

Tak kiralah kuih apakah untuk minum petang.Sesekali tu eloklah puan isteri buat sendiri.Kalau asyik beli jer boring juga!

Friday, March 8, 2013

Saya memang tak bertuah


Sebut pasal cabutan bertuah....saya memang tak bertuah.Jarang sangat nombor yang dicabut tu mengena.Sedangkan nombor sebelum dan selepasnya tu habis dicabut.huhu..Kejadian ni berlaku lagi hari ni masa mesyuarat agung PIBG sekolah anak,lebih 40 hamper disediakan sebagai cabutan bertuah..memang nombor saya tak naik.hehe..

Walaupun takde lah berharap sangat akan dapat hamper tu,tapi apabila nombor kita ni tak naik-naik..rasa memang tak bertuah..senang cerita lain kali tak payah ambil pun nombor tu...confirm hadiah tu bukan milik kita.

Mungkin ada hikmahnya...hamper tu bukan rezeki kita,tapi untuk orang lain.Seronok juga tengok ibu bapa yang sanggup tunggu hingga ke akhir 'rancangan' kot-kot nombor mereka naik.Apapun itu juga satu bentuk tarikan supaya ibu bapa mengambil bahagian dalam mesyuarat agung PIBG.

Thursday, March 7, 2013

Chan Rak Ter


Saya memang suka baca novel masa sekolah dulu.Sekarang ni tak sempatlah nak baca novel macam dulu-dulu.Beberapa hari lepas saya ada terbaca pasal novel baru di pasaran iaitu Chan Rak Ter....Aku Cinta Kamu.Judul novel yang ada kelainan dan kulit novel yang cantik tu membuatkan saya tertanya-tanya siapa gerangan penulis berbakat tu.

Ada pelajar saya beritahu,penulis novel tu adalah bekas pelajar SMKAM.Alamak...anak murid dah jadi penulis novel...Sara Aisha namanya...tahniah kerana dah menjadi penulis novel.Saya difahamkan novel Chan Rak Ter ni adalah novel kedua beliau.Novel pertama...Jodoh Itu Milik Kita..dah jadi best seller!

Bangga juga ada anak murid yang jadi novelis.Semoga Sara Aisha akan terus berkarya dan memeriahkan industri penulisan khususnya novel remaja.Kepada yang belum membaca novel terbaru ini bolehlah dapatkannya kerana maklum balas yang saya terima daripada mereka yang dah baca novel ni...suka dan bagus.


Wednesday, March 6, 2013

Kelab Fotografi & Multimedia


Memperkenalkan Kelab Fotografi & Multimedia SMKAM bagi tahun 2013.Kelab yang mempunyai keahlian seramai 45 orang ini memberi peluang kepada ahli-ahlinya menunjukkan bakat dalam bidang fotografi dan multimedia.Sememangnya mereka berminat dalam bidang ini dengan memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
 
 

Seperti biasa......selesai perjumpaan kelab, semua ahli mesti mendapatkan tandatangan guru penasihat dalam buku rekod kehadiran kokurikulum.Semoga semua ahli memberi kerjasama dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang.Majulah Kelab Fotografi dan Multimedia SMKAM 2013.Sila layari FB kelab ini di sini.

Tuesday, March 5, 2013

Kenapa bela haiwan peliharaan?


Macam-macamlah haiwan kesayangan masing-masing kan! Ada yang sanggup menghabiskan masa,tenaga dan wang ringgit untuk haiwan peliharaan.Tak kurang juga ada yang membela dan menjaganya lebih daripada anak sendiri...opss...itu dah lebih!

Jenis haiwan peliharaan yang popular kucing lah yer.Saya suka kucing...tapi tak suka menguruskan hal ehwal kucing terutama berkaitan najisnya.Lagipun kalau nak ke mana-mana kena fikirkan tempat tinggalnya pula.Kalau bela ikan dalam akuarium...pun kena jaga airnya...Pendek kata,kalau dah malas tu macam tulah yer,hehe..

Kalau dah minat sangat nak bela haiwan...belalah yang boleh mendatangkan keuntungan.Macam lembu,kerbau,kambing,biri-biri,itik dan sebagainya.Ada berani?tak ramai yang sanggup kan...kecuali memang sumber pendapatan mereka dengan menternak binatang tadi.

Tahniahlah kepada mereka yang menjaga haiwan peliharaan dengan penuh kasih sayang.Beruntunglah haiwan tadi kerana mendapat penjaga yang baik hati.Sesugguhnya membelai haiwan peliharaan itu boleh menjadi terapi jiwa.Kita akan rasa seronok dan tenang...betul tak?

Monday, March 4, 2013

Pengalaman di pedalaman Sarawak


Cepat benar masa berlalu.Dulu sebagai anak murid,sekarang mengikut jejak langkah gurunya berkhidmat sebagai guru juga.Itulah kisah bekas pelajar saya,Roslan yang sedang bertugas di SK Lela Pahlawan,Lingga,Sri Aman,Sarawak."Dulu saya mendengar pengalaman cikgu mengajar di Sarawak,sekarang saya sendiri mengalaminya"ujar bekas ketua asrama SMKAM ini.Roslan (tengah dalam gambar) baru berpindah ke SK Lela Pahlawan kerana sebelum ini dia bertugas di SK Pantu.

Graduan UPM ini pernah merasa keperitan menjadi guru di pedalaman,dengan tidak makan selama sehari pada awal penempatan kerana kesukaran mendapatkan makanan halal.Perbezaan budaya dan bahasa masyarakat setempat juga memberi pengalaman baru kepadanya.Itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendidik anak bangsa.

"Sekarang saya dah boleh memahami dan bercakap beberapa patah perkataan bahasa Sarawak seperti aok..ya,sik...tidak,madah...kata,lawa...sombong."kata  Roslan yang mengambil masa 4 jam menggunakan jalan darat dari Bandaraya Kuching untuk ke daerah sekolahnya.Roslan mengajak semua melancong ke Sarawak pada bulan April ini kerana ada pesta benak,salah satu keajaiban dunia iaitu sungai yang mempunyai ombak yang kuat.

Pesanan Roslan kepada generasi muda,walau di mana kita berada,ilmu agama sangat penting untuk menjamin kekuatan akidah."Kepada adik-adik SMKAM..tuntutlah ilmu baik-baik..kesedaran yang terbaik adalah daripada diri sendiri"ujarnya lagi yang sangat bersyukur kerana mempunyai guru-guru SMKAM yang sudah mendidiknya sehingga menjadi seorang manusia.

Saya mengucapkan selamat bertugas kepada Roslan dan rakan-rakan di pedalaman Sarawak.Kutiplah seberapa banyak pengalaman semasa berada di tempat orang.Sesungguhnya pengalaman yang kita rasai sendiri itu adalah sesuatu yang sangat berharga.Saya sendiri juga pernah berhidmat di Miri,Sarawak selama 4 tahun.Sampai sekarang pun saya masih ingat Miri..rindu nak ke sana!

Friday, March 1, 2013

Yang tinggal hanyalah kenangan


Sejak kecil lagi kita diasuh dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa. Segala keperluan dan kehendak dipenuhi biarpun mereka sendiri terpaksa berkorban.Mungkin ada sebilangan anak-anak yang kurang mengerti hakikat sebenar pengorbanan ibu bapa mereka.Tapi apabila mereka sendiri telah bergelar ibu bapa barulah tahu erti sebuah pengorbanan.

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai kedua  ibu bapa.Tunjukkanlah rasa sayang kita kepada mereka semasa mereka masih hidup,kerana setelah mereka tiada lagi di dunia semuanya tinggal kenangan.Kawan,sahabat juga kekasih boleh dicari ganti tetapi ibu bapa kandung tiada pengganti.

Lebih menyedihkan ada anak-anak sanggup membiarkan orang tua mereka di rumah-rumah orang tua atas alasan kesibukan waktu.Sedarlah..ibu bapa tidak mengharapkan kekayaan daripada kita.Cukup bagi mereka perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak.Seorang ibu sanggup menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti dapat menjaga seorang ibu di usia tuanya.

p/s: ALFATIHAH buat arwah ayah saya yang sudah setahun dua bulan meninggalkan kami.

Jom naik motor saya


Jom la naik motor saya ni....
hehe....cantik tak?
Macam-macamlah mainan yang direka,
tak mustahil kalau cantik macam tu..anak perempuan saya mesti suka.
Maka kena beli sebuah....RM 15.
p/s: tak lama tu...sehari dua jer rosaklah tu.