expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 30, 2013

Lawatan alumni SMKAM


Hari ni saya menerima kunjungan

bekas pelajar SMKAM!

Ada dari USIM,UITM dan KUIS dengan

pelbagai kursus seperti Pergigian,Matematik dan Syariah.

Seronok juga apabila ada bekas pelajar sekolah

datang melawat cikgu-cikgu mereka.

Semoga anda semua beroleh kejayaan dalam 

apa jua bidang yang diceburi.

Saturday, April 27, 2013

Perlu ker hari keluarga?


Kali ni saja nak tayang gambar masa hari keluarga baru-baru ini.

Dah buat entri pun pasal ni sebelum ni...klik sini

Banyak acara masa hari keluarga tu..tak sempat nak tayang gambar 

kat blog ni..Kalau dah lama,,...malas pula nak buat entri pasal tu lagi.

Saya rasa hari keluarga ni bagus juga diadakan

kerana kita dapat mengenali dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita

dalam sesuatu organisasi.

Ker.....camana?

Runding cara ibu bapa dan guru


Majlis runding cara ibu bapa & guru PMR & SPM 2013.

Berlangsung di dewan al-Ghazali,SMKAM

pada 27 April 2013,bermula jam 11 pagi.

Dalam majlis ini,ibu bapa dimaklumkan tentang program yang telah dan

akan dilangsungkan untuk kecemerlangan tahun ini.

Selain itu diadakan juga penyerahan slip peperiksaan,

dan juga  pertemuan antara ibu bapa dan guru

bagi membincangkan prestasi akademik pelajar.


Markah BM 4 IR 2013


Saya tertarik dengan satu paparan markah

ujian Bahasa Melayu yang terdapat

di satu sudut kelas 4 IR 2013.

Kreatif juga pelajar ni membuat paparan

markah dalam bentuk lukisan tu.

Saya harap markah pelajar akan terus meningkat

untuk ujian seterusnya nanti.

p/s: sayakah guru dalam gambar tu? :-)

Friday, April 26, 2013

Lompat tikam naik harga


Saya baru beli kuih lompat tikam ni

kat pasar tani pagi tadi.

Biasala....beli kat penjual yang sama.

minggu lepas harganya RM 1 sebungkus.

Minggu ni harganya dah jadi RM 2 sebungkus.

Banyak betul kenaikan tu...harga pilihanraya ker?

sekarang ni kalau nak ke pasar tani....kena bawa duit lebih sikit.

maklumlah....masing-masing nak naikkan harga!

Thursday, April 25, 2013

Harga susu tepung naik?


Minggu lepas saya beli susu ni

RM 54.90.Tapi semalam saya beli

susu jenama yang sama di tempat yang sama

dengan harga RM 60.50.

Alahai....cepat betul naik harga,banyak pula tu!

p/s Kesian bagi mereka yang ada anak ramai.....mesti bajet naik!

Tuesday, April 23, 2013

Cenderahati dari Mekah


Terima kasih kepada Hafiz,

pelajar saya yang telah memberikan

tasbih kristal dan kopiah

kepada saya.

Cenderahati comel itu dari Mekah,

sekembalinya dari menunaikan umrah.

Harapan seorang ayah


Begitu besar jasa dan pengorbanan

seorang ayah,

memastikan kelangsungan hidup isteri

dan anak-anak.

Biarpun terpaksa menanggung segala keperitan,

biarlah menjadi rahsia sendiri

asalkan kebahagiaan buat keluarga tersayang.

Harapan seorang ayah

untuk melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.

Semoga jasa dan pengorbanannya tidak disia-siakan.

Monday, April 22, 2013

Makan burger lagi!


Makan burger lagi!

kali ni kami makan kat Burger King.

Boleh tahan juga rasa burger ni.

Tapi harganya berganda-gandalah jika

dibandingkan burger yang dibeli di pasar malam...hehe...

Sunday, April 21, 2013

Hidup tak selalunya indah


Biarpun dalam kehidupan ini

tidak semua yang diingini itu tercapai,

namun

hidup mesti diteruskan.

Percayalah sesuatu yang berlaku itu

ada hikmahnya.

Thursday, April 18, 2013

Lukisan pelajar


Amacam....
ltulah lukisan karya pelajar saya.
Bukan kelas seni....tapi ada bakat melukis.
selamat berkarya.

Tuesday, April 16, 2013

Mengenali kereta bomba dengan lebih dekat


Bukan main seronok lagi pelajar ni dapat mengenali kereta bomba dengan lebih dekat.Bukan setakat dapat menyentuhnya,malahan dapat mengenali semua peralatan yang terdapat dalamnya.

Kat mana semua ni?Kat sekolah jer...tadi ada pameran dari jabatan bomba dan beberapa jabatan lain lagi sempena bulan disiplin sekolah.Nampaknya kereta bomba ni lah yang paling menarik perhatian pelajar.

Baguslah kalau dah kenal peralatan yang digunakan,sekurang-kurangnya pelajar dapat mengenali salah satu tugasan bomba iaitu memadam kebakaran.

Anda stres?


Ada sesiapa stres hari ni?
jom saya kongsikan beberapa cara
yang disarankan untuk menangani stres......

» BERTENANG

» BERNAFAS DENGAN DALAM

» BERKATA : RELAKSLAH.....

» BERIBADATLAH

» BERCAKAP DENGAN SESEORANG

» BERURUT

» BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK

» BERIADAH

» BERSENAM

» BERFIKIRAN POSITIF

Sunday, April 14, 2013

Jom berbuat kebaikan


Bukan susahpun nak berbuat kebaikan ni.Kutip sekecil-kecil sampah pun dah dikira berbuat kebaikan kan?Hmmmm...cuma nak atau tak nak jer.Kalau ada peluang untuk berbuat kebaikan,elok buat jer terus.Kalau perkara yang kurang baik tu...elok tangguhkan atau tak payah layan jer.

Berbuat baik ni untuk semua orang yer.Jangan pilih-pilih orang pula.Nanti ada pula yang kata ada udang sebalik batu.Kalau kita baik dengan semua orang..kan aman dunia ni.hehe..asasnya perlu ada keikhlasan dalam diri baru kebaikan tu terserlah.

Chef paling muda dan lesung


Tengoklah chef paling muda sedang menyediakan bahan untuk masakan malam ni.hehe...Agaknya apalah yang akan dimasaknya tu! Itulah aksi terkini Sadiq setiap kali masuk ke dapur.Ada-ada saja peralatan memasak yang menjadi mainannya.

Anak ketiga saya ni memang tak boleh duduk diam.Ada-ada saja yang dilakukannya.Paling meletihkan kalau dia ni asyik main naik turun kerusi.Barang-barang kat rumah ni pun semua kena letak tinggi-tinggi..

Oklah....biarkan Sadiq dengan lesungnya.Siap memasak nanti bolehlah kita semua makan.


Jom makan pulut kuning


Alhamdulillah....rezeki pagi ni dapat makan pulut kuning.Sedap betul pulut kuning dengan rendang ayam ni.Ada yang mengidam nak makan pulut kuning ker?Hehe....

Pulut kuning ni disediakan oleh ibu kepada pelajar yang berjaya dalam SPM baru-baru ini sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada warga sekolah.Terima kasihlah...dapat juga kami merasa pulut kuning.

Saturday, April 13, 2013

Apa yang dicari?


Memang betul..usia kita semakin hari semakin bertambah.Bagi mereka yang alpa,tidak terasa pertambahan usia.Maklumlah kesibukan dengan pelbagai aktiviti kadangkala melekakan sesetengah orang.

Ketika bersendirian,eloklah diluangkan sedikit masa untuk bermuhasabah diri.Tanyalah apa yang kita cari dalam hidup ini?Apakah mencari kekayaan dan kesenangan semata-mata?

Carilah sesuatu yang bermakna,yang dapat membahagiakan hidup kita bukan saja di dunia malah di akhirat sana juga.Manfaatkan segala peluang yang ada dengan melakukan kebaikan.Semoga kita mendapat hidayahNya.

e-rokok dan generasi muda

BH 13.4.13
e-rokok bukanlah sesuatu yang baru lagi sekarang ni.Sudah ramai yang mengenali mahupun menggunakannya.Penciptaannya mungkin bagus untuk mengurangkan risiko kesihatan bagi perokok tegar, namun sedar atau tidak e-rokok telah membawa kepada fenomena baru kepada perokok baru yang mula berjinak-jinak untuk merokok.

Anak muda memang sukakan sesuatu yang baru.Sikap ingin mencuba menyebabkan mereka mengambil e-rokok ini.Tidak mustahil perkara ini akan menjadi trend baru kepada generasi muda.

Saya berpendapat,sesuatu yang lebih positif perlu difikirkan untuk menghalang generasi muda daripada terlibat dengan penagihan rokok mahupun e-rokok.Generasi tua patut menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda dengan tidak merokok.Merokok perbuatan yang sia-sia,membazir dan merosakkan kesihatan.Ayuh....berhentilah merokok!

Tuesday, April 9, 2013

Besarnya pisang!


Besarnya pisang ni....first time tengok pisang sebesar ni.Tak tahu pula apa ker nama pisang ni.Ada sesiapa tahu nama pisang ni?

Rasanya macam pisang-pisang yang lain.Saiznya jer yang berbeza.Habis sebiji boleh kenyang tu.Elok juga makan pisang untuk penghadaman.Sekarang ni kat kampung-kampung tak banyak dah pokok pisang.

Makan pisang goreng hari-hari pun sedap.hehe...

Saturday, April 6, 2013

Sweet Beach Resort,Tok Bali



Penat! Baru jer habis hari keluarga peringkat sekolah.Program 2 hari yang bermula 5 April dan berakhir 6 April ini diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali,Pasir Putih.Macam-macam aktiviti ada.....BBQ!mandi kolam,sukaneka dan pelbagai pertandingan untuk kanak-kanak dan dewasa.

Thursday, April 4, 2013

Baju merah hari keluarga 2013


Memperkenalkan t-shirt baru untuk hari keluarga SMKAM tahun ni.Cantik tak?Merah menyala lagi tu.hehe.T-shirt ni akan dipakai untuk hari keluarga SMKAM yang akan diadakan Sabtu nanti.Tempat? Sweet Beach Resort,Tok Bali,Kelantan.

Semua boleh pakai baju tu nanti Sabtu ni yer.Nanti bolehlah bergaya dengan baju merah ni.Eh,,,ada yang tak sabar nak tunggu hari keluarga ni.Baguslah sama-sama memeriahkan hari keluarga sekolah kita.

Tuesday, April 2, 2013

Program Tahbibu - Lughah


Wah bukan main lagi tajuk entri ni.Faham ker?Hehe...Tahbib Lughah tu satu program cintai bahasa Arab yang diadakan di SMKAM khusus untuk pelajar tingkatan 1.Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut,antaranya pertandingan melukis poster.

Dalam entri ni saya paparkan ketiga-tiga poster yang memenangi pertandingan tersebut.Tahniah kepada pelajar yang berjaya.Kreatif juga pelajar tingkatan 1 ni.Menurut penyelaras program,ustaz Hisham,antara objektif aktiviti ini ialah untuk menarik minat pelajar tingkatan 1 mencintai dan mempelajari bahasa Arab.

Sebanyak 9 aktiviti dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung yang bermula 4 Mac hingga 1 April 2013.Program anjuran Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Badan Kecemerlangan Tingkatan 1 ini telah dilaksanakan dengan jayanya.Tahniah kepada semua

Monday, April 1, 2013

Ikan masak rindu


Selamat malam semua.Selamat menjamu selera...Menu kami malam ni bertajuk Ikan Masak Rindu....huhu...dahsyat punya menu.Jangan ada yang terkejut pula.Biasala nama menu pakai letak jer.

2 jenis jer menu yang sempat puan isteri sediakan malam ni.Maklumlah bz kan.Yang penting dapat makan malam kan..kira bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan untuk makan malam bersama keluarga.

Oh ya,telur masin tu bukan buat sendiri,tapi sponsor oleh mak  mertua.Kami cuma rebus jer.hehe..Yang tak masuk dalam gambar tu cuba teka...haa mestilah budu!Kahkah..ada sesiapa yang suka makan budu?

oklah...selamat menjamu selera.

Beg shopping goes green


Cantik tak beg kat atas tu?Saya suka gambarnya yang nampak happy dan ceria saja.Sesuai dengan fungsinya untuk dibawa 'bershopping'.Dengan tema shopping goes green,itulah beg terbaru Avon.