Hari ni,sempatlah kami sekeluarga meluangkan masa ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013. Pesta yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Bagi yang tak biasa ke pantai Geting, lokasinya dekat saja dengan pantai Sri Tujuh dan MRSM Tumpat. Jom saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan menggunakan handphone jer ni!
Thursday, May 30, 2013
Monday, May 27, 2013
Masjid Beijing
Alhamdulillah,hari ini sempat juga sekali lagi saya ke masjid Beijing.Bunyi macam kat negara China jer kan.Sebenarnya masjid ni kat Rantau Panjang,Kelantan jer.Mungkin ramai yang dah tahu pasal masjid ni kan! Atau dah ramai pun yang pernah ke sini,terutamanya mereka yang dah sampai kat Rantau Panjang.
Sunday, May 26, 2013
Apa ker namanya ni?
Amacam...kiut ker binatang yang dinaiki Sadiq kat atas tu?hehe...apa ker namanya pun saya tak pasti.Nampak macam kiut jer terus beli.Murah jer tu RM 30 selepas tawar-menawar.
Budak-budak kat rumah ni main tunggang-tunggang jer binatang tu.Nasib baik tak terburai lagi.Bela binatang tu senang jer,tak payag bagi makanan juga minuman.Tak payah fikir pasal najisnya juga..hehe..
Oklah...selamat bercuti kepada yang sedang bercuti.
p/s:Cuti ni sibuk juga dengan acara kenduri-kendara.
Tuesday, May 21, 2013
Trip ke Singapura - Bahagian 1
Ini adalah trip kami ke Singapura pada 10 Mei 2013 yang lalu.Jangan gelak...sebab inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke Singapura.hehe...Acara wajib,sampai jer kat sini mesti ambil gambar sebagai bukti kehadiran...Nak cerita banyak pasal Singapura ni pun saya tak berapa tahu..jadi layan gambar ajelah yer.
Monday, May 20, 2013
Selamat tinggal Canon MP 2800
Amboi bukan main lagi tajuk tu....macam nak berpisah dengan seseorang jer.hehe..Sebenarnya selamat tinggal ni untuk printer Canon saya ni hah! Printer Canon MP 2800 ni saya guna hampir setahun.Gunapun ala kadar jer...maklumlah tak banyak benda nak print.
Tapi kan...sob...sob...(nada sedih) printer ni dah tak boleh guna untuk print, biarpun inknya pun banyak lagi...Oh yer printer ni jenis ink isian sendiri kat luar tu...ink yang dibeli pun tak habis lagi...dah bikin problem.Dahlah masa nak isi ink tu habis jari-jemari ni terkena dakwat...ala-ala dakwat pilihanraya!hehe...
Scannernya masih berfungsi.hmmm...adalah juga peranannya lagi walaupun dah tak boleh nak print.Saya pernah hantar untuk dibaiki,tapi tukar 1 catridge ink jer dah RM70.Balik guna sehari dah bermasalah balik. kesimpulannya.... saya nak beli printer baru!
Mulakan persekolahan dengan bacaan al-Quran
Rutin setiap pagi
bermula jam 7.30 hingga 7.40 pagi,
bacaan al-Quran untuk semua pelajar dan guru
di dataran perhimpunan SMKAM.
Bacaan al- Quran ini disusuli dengan terjemahan
oleh ustaz SMKAM.
Semoga aktiviti sebegini setiap pagi sebelum
bermulanya P & P dapat memberikan manfaat untuk semua.
Sunday, May 19, 2013
LDP di Demong Beach Resort
Penat menyambut hari guru belum hilang,
semalam saya mengikuti kursus latihan dalam perkhidmatan
selama sehari suntuk.
Lokasinya di Demong Beach Resort,Besut,Terengganu.
Wednesday, May 15, 2013
Ucapan Selamat hari Guru
Sempena hari guru ni,
saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan
"Selamat Hari Guru"
kepada semua rakan sekerja,
juga kepada semua yang bergelar guru
di seluruh negara.
Sunday, May 12, 2013
Saturday, May 11, 2013
Friday, May 10, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Glory SPM 2013
Glory SPM 2013 adalah
satu projek kecemerlangan SPM bagi 2013.
42 orang pelajar telah ditarget untuk mencapai 11A dalam SPM 2013,
7 daripadanya ditarget 11 A+
Friday, May 3, 2013
Jom makan ketam
Mengidam nak makan ketam besar pula.
Hari ini baru dapat makan ketam tu.
Beli kat pasar tani,balik masak kat rumah.
Hari ni harga sekilo ketam tu RM 26.00
Bolehlah makan sekali -sekala kan!
Subscribe to:
Posts (Atom)