Ini adalah entri bergambar.Memaparkan beberapa lagi tempat menarik yang sempat saya rakamkan semasa melawat Singapura baru-baru ini.Maaf kerana tidak sempat untuk menceritakan pasal gambar-gambar tersebut,Tambahan pula saya sendiri tak punya banyak maklumat tentang tempat yang dilawati tu. Jadi.. layan gambar ajelah yer.hehe...entri sebelum ni pasal Singapura klik sini.
Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
Kelantan juara piala FA 2013
Akhirnya....terjawab sudah..... The Red Warriors Kelantan menjuarai piala FA 2013.Tahniah! Tahniah! Ehhh..sukanya.Pastinya semua penyokong Kelantan tersenyum lebar dan tidur nyenyak malam ni.Tambah pula esok diberi cuti untuk negeri Kelantan.
Itulah perlawanan bola.Menjadi buah mulut kebanyakan orang.Kemenangan ini pasti diraikan semua.Esok dan hari-hari mendatang,ramai akan memperkatakan kemenangan ini.
Tahniah Kelantan... dan tahniah semua.
Gomo Kelate Gomo!
Gomo Kelate Gomo! Malam ni penentu segalanya bagi piala FA.Semangat juga entri kali ni.hehe..Ada orang blogwalking juga ker malam ni.Ker semua sibuk tengok bola kat stadium mahupun skrin besar dan di rumah saja.
Sebagai warga Kelantan...semestinya saya juga menyokong The Red Warriors.Biarpun tak berkesempatan ke stadium,kat rumah pun boleh memberi sokongan juga.Semoga pasukan Kelantan bermain dengan cemerlang dan menjadi juara malam ni.Pasukan JDT pun hebat juga...hmmm bermainlah denga semangat kesukanan yang tinggi.
Rata-rata penyokong kedua-dua pasukan tak sabar-sabar lagi menantikan perlawanan akhir ni.Perlawanan yang pastinya penuh debaran dan ceritanya yang tersendiri.Apapun keputusannya,terimalah dengan semangat kesukanan.
Kepada penyokong The Red Warriors...berhati-hatilah semasa pergi dan pulang semula ke Kelantan.Akhir kata....Gomo Kelate Gomo!
Friday, June 28, 2013
Imdad grading taekwondo
Selesai sudah grading taekwondo petang tadi.Keputusan belum tahu lagi.Harap-harap berjayalah ke peringkat seterusnya.Nampak tadi Imdad buat ok jer..takde kesilapan step.Bersemangat betul budak-budak ni menunjukkan langkah-langkah taekwondo.Kira beranilah menunjukkan step taekwondo tu depan penonton.Bukan senang tau...
Mula-mula tu risau juga kot2 Imdad tak mau buat.hehe...Nasib baik dia ok jer.Biasala budak-budak sekarang ni bukan macam dulu.
Grading Taekwondo
Petang ni saya dalam majlis untuk grading taekwondo anak lelaki saya.Sekarang sedang menunggu giliran setelah siap mendaftar dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 50.00
Imdad baru jer masuk taekwondo awal tahun ni.Latihan sekali seminggu jer dengan yuran bulanan RM 20.00 sahaja.Masih tali pinggang putih.Kalau lulus ujian hari ni,bertukar warnalah lai pinggang tu nanti.
Ramai juga ibu bapa yang datang memberi sokongan dan motivasi kepada anak masing-masing.Tak sabar nak tengok macamana ujian praktikal sebentar lagi.Oh ya...grading kali ni berlangsung di SK Gunong,dekat dengan BACHOK ni.Sebenarnya banyak pusat grading taekwondo yang berlangsung petang ni mengikut lokasi latihan mingguan.
Serangan kelkatu di rumah
Hebat betul serangan kelkatu ni.Sebelum ni kalau hujan takde pula serangga ni,tapi selepas hujan kali ni banyak pula.Kelkatu ni memang suka kepada cahaya lampu,
Thursday, June 27, 2013
Hujan dan ribut kuat
Petang tadi hujan agak lebat dan ribut agak kuat kat kawasan saya.Masa tu saya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumah,kira-kira jam 6.00 petang.Masa sampai kat rumah,hujan dah mula reda.
Ada orang bagi cup cake
Alhamdulillah,hari ni ada orang baik hati berikan saya cup cake tu.ehhh betul ker cup cake tu.... entahlah...saya tak tahu pula jenis-jenis kek ni.Cuma tahu makan jer.Apapun cup cake tu kelihatan cantik dan menawan,sesuai dijadikan hantaran bagi sesiapa yang nak kahwin.Kalau dah kahwin...boleh buat hantaran kepada sesiapa saja yang dikehendaki,pasti disukai oleh penerimanya.
Rasanya sedap juga...manis berkrim.hehe..Cuma bagi mereka yang tak gemar icing nya tu janganlah makan...nanti ada yang komplen berat badan naik.Maklumlah orang tengah diet tak elok makan kek banyak.
Kesimpulannya,cup cake tu sedap.Terima kasih sekali lagi kepada yang memberi.Lain kali boleh beri lagi.kahkah....
Wednesday, June 26, 2013
Pokok betik sudah berbuah
Berbudi kepada tanah,akan merasa hasilnya.Seronoknya pokok betik dalam gambar kat atas tu saya tak tanam pun.Pokok ini tumbuh di tepi pagar kat depan rumah sejak awal tahun ni.Sekarang dah pun berbuah.Tak sabar nak tengok buah ni besar dan masak.
Lawatan SM IMTIAZ KEMAMAN
Selamat datang kepada rombongan dari SM IMTIAZ KEMAMAN Terengganu ke SMKA Melor pada hari ini 26 Jun 2013.Rombongan yang terdiri daripada 26 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring ini tiba di SMKA Melor jam 9.40 pagi.
Pelbagai aktiviti diatur untuk rombongan ini seperti taklimat dan perkongsian kecemerlangan untuk kedua-dua sekolah.Selamat datang dan selamat bertukar-tukar pandangan.Semoga usaha ini memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Tuesday, June 25, 2013
Selamatkah air yang diminum?
Kita disarankan meminum air sebanyak 8 gelas sehari.Bagaimanapun...adakah air yang diminum itu cukup bersih dan selamat untuk tubuh kita.Saya percaya ramai yang dah pasang penapis air kat rumah.Masalahnya adakah penapis air kat rumah tu betul-betul dapat menapis atau merawat air sepenuhnya?
Gambar kat atas tu adalah contoh air dari beberapa penapis air yang berbeza, yang telah diuji dengan aliran elektrik.Maka ternampaklah kelodak sedemikian.Fuhhhh boleh tahan juga tu.Saya difahamkan kelodak tersebut adalah tindakbalas terhadap mineral yang terdapat dalam air berkenaan.
Persoalannya..adakah mineral yang masih terdapat dalam air yang telah ditapis tu tak bagus untuk kesihatan?Menurut seorang wakil jualan penapis air,air yang baik ialah yang mempunyai bacaan 0....iaitu tiada apa-apa bahan atau mineral dalam air.Pada masa yang sama ada yang berpendapat mineral tu berguna untuk keperluan badan.
Entahlah...makin banyak syarikat penapis air,semakin banyak pula pendapat yang diberikan,seolah-olah penapis air syarikat mereka yang terbaik di dunia!Sebagai pengguna,kita berhak mendapat maklumat sebenar tanpa dipengaruhi...juga hak membuat pilihan.
Sedapnya kurma ni
Sedapnya rasa buah kurma ni....Biarpun harganya agak mahal (bagi saya la),kira berbaloi juga saya beli ni.Untuk 200 gram kurma tu,iaitu berjumlah 7 biji,harganya RM 13.00.Hampir RM 2.00 lah sebiji yer.
Monday, June 24, 2013
Baru renew domain di NetKL
Sekejap jer masa berlalu...dah pun setahun saya guna domain .com ni.Sebelum guna domain .com sendiri ni,macam biasalah...saya menumpang kat blogspot.Walaupun berblogging tak serius manapun,apabila guna domain sendiri ni memang ada kepuasannya.
Saya telah mendaftar dengan NetKL.hmmm setakat ni perkhidmatan yang diberikan memang cukup puas hati.Seronok berurusan dengan NetKL ni pasal sekejap jer email atau sebarang pertanyaan kita kepada mereka, akan mendapat respon segera.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya buat entri pasal NetKL ni kan....Sebenarnya saya baru jer selesai membuat pembayaran untuk menggunakan domain .com ni untuk tempoh lagi setahun akan datang. Lepas ni bolehlah terus buat entri dalam blog Kembaraminda7.com.Kepada yang nak tinjau-tinjau atau nak terus bertukar kepada domain .com silalah ke sini.
Ok...Selamat berblogging buat semua!
Percuma bekas makanan kedap udara
Siapa nak bekas makanan kedap udara...silalah dapatkan susu tepung Dugro fruit & veg yer...dapat percuma tu.Saya memang selalu beli susu tu untuk anak perempuan yang berumur 5 tahun.Lagipun susu tepung Dugro tu fruit & veg ni untuk kanak-kanak 3 - 6 tahun.
Ada 5 warna bekas makanan kedap udara tu.Lepas ni bolehlah kumpulkan kesemuanya yer selagi stok masih ada.Tapi kan...saya rasa susu ni bagus bagi kanak-kanak yang tak berapa suka makan buah dan sayur.Tengoklah kebaikan buah dan sayur yang disertakan di belakang kulit pembalut susu ni.
Antaranya,pir dan epal baik untuk mengelakkan masalah sembelit.Kesian tengok kanak-kanak sembelit ni.Setakat ni anak-anak saya takde yang sembelit lagi.
Sunday, June 23, 2013
Majalah LAMAN edisi Julai/Ogos
Dulu masa nak buat rumah,selalu beli majalah Impiana.Sekarang beli majalah Laman pula.Saya memang suka baca majalah terbitan Karangkraf ni.Berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Saturday, June 22, 2013
Cirit-birit dan muntah pula
Hujung minggu kali ni aktiviti menjaga anak yang cirit-birit dan muntah-muntah.Kesian Sadiq,anak lelaki saya iaitu anak ketiga yang mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.Sejak Rabu lagi cirit-birit,dah bagi ubat tapi tak baik-baik juga.
Hari Khamis tu kira berat lah juga,tak henti-henti.Maminya ada perkhemahan pelajar,tinggallah saya yang kena uruskan cirit-birit dan muntah Sadiq.Hari Jumaat tu puan isteri saya balik,saya pula ada aktiviti perkhemahan pelajar.Berat juga hati nak pergi,tapi kerana tugas pergi juga.Petang tu baru bawa Sadiq ke klinik.
Hari ni Sabtu,masih lagi belum ok.Jadi kami bawa Sadiq berjumpa doktor pakar kanak-kanak di klinik TMC Kota Bharu.Ubat yang sama juga diberikan seperti yang dibekalkan oleh klinik semalam.Cuma caj rawatan jer tak sama.Biasalah jumpa pakar,cajnya mestilah tinggi kan.
Kat rumah ni bau bekas muntah Sadiq kat karpet,lantai,tilam masih belum hilang.Tak sempat nak hantar dobi lagi.Hish...penat betul la..Begitulah keadaannya jika anak tak sihat ni.Semoga Sadiq cepat sembuh ya.
Thursday, June 20, 2013
Perkhemahan Perdana 2013
Persiapan terakhir untuk perkhemahan perdana 2013.Program ini melibatkan 6 pasukan beruniform SMKAM.Perkhemahan ini akan berlangsung pada 20 - 22 Jun 2013,bertempat di Lata Belatan,Terengganu.
Seramai 135 orang pelajar terlibat,dengan kesemua guru penasihat badan beruniform sekolah akan menyertai perkhemahan 3 hari 2 malam ini.Pelbagai aktiviti dirangka untuk diadakan sepanjang perkhemahan ini.
Pelajar akan bertolak ke tapak perkhemahan pada jam 12 tengah hari dan dijangka tiba jam 1.00 petang menggunakan 3 buah bas.Selamat berkhemah!
Wednesday, June 19, 2013
Telur Pindang dari Johor
Kali pertama melihat telur ni rasa pelik pun ada.Yer la biasanya telur ayam berwarna putih atau sedikit kekuningan kan.Tapi yang ni berwarna coklat kehitaman pula.Rupa-rupanya inilah yang dinamakan telur pindang.
Kurma,tin dan aprikot
Semenjak dua menjak ni ada keinginan untuk makan buah-buahan dari negara timur tengah.Buah kering ni banyak juga dijual di negara kita.Kalau dulu tunggu orang balik dari Mekah baru dapat merasa buah-buah kering tu.Tapi sekarang bila-bila masa jer boleh beli kat kedai.
Tuesday, June 18, 2013
Si Kembang Cina sudahpun patah
Mood sedih....pokok si kembang Cina yang baru ditanam sudah patah rantingnya.Hampir 2 minggu pokok bunga Cina ditanam, dan mula mengeluarkan bunganya hari ini, tiba-tiba saya dapati batangnya patah.Adusss...sedihnya.
Main buaian di bawah pokok
Buai laju-laju..... Seronoknya dapat main buaian bersama kawan-kawan.Best lagi buaian tu terletak di bawah pokok besar di tepi rumah.Sekarang ni kat rumah jarang ada pokok besar, maka payahlah nak gantungkan buaian.Melainkan kat kampung rumah datuk nenek adalah pokok untuk digantung buaian ni.Biasa pokok yang menjadi mangsa gantungan buaian ni ialah rambutan,mempelam dan rambai.
Apa susahnya....buaian sekarang kan banyak yang sedia dinaiki tanpa digantung.hehe...Tapi kan... buaian dulu-dulu lagi best.Kepada anak-anak kecil,berhati-hatilah apabila menaiki buaian.Bimbang terjatuh.Budak-budak sekarang ni tak lasak macam kita dulu-dulu.
Gambar kat atas tu,anak perempuan saya bersama sepupu-sepupunya kat rumah nenek mereka.Acara wajib kalau balik ke rumah nenek...mesti berbuaian.Nantilah apabila pokok kat rumah sendiri besar,kita pasang buaian juga.hehe..
Monday, June 17, 2013
Juara Ikan Bakar
Setiap kali lalu depan kedai makan ni...teringin nak berhenti makan.Tapi kan...memikirkan kerenah anak-anak yang kecil ni,rasa payah pula nak makan kat kedai.Kalau nak singgah dating makan dengan puan isteri saja,rasa kasihan pula kat anak-anak.hmmmm beginilah kalau dah beranak-pinak.
Jadi kali ni beli bungkus ajelah.Makan kat rumah pun sedap juga.Beli ikan siakap bakar jer.Juara Ikan Bakar ni banyak cawangannya.Kami beli kat are Kubang Kerian.Harga seekor ikan bakar tu RM 25.40.
Tak lama lagi bulan puasa.Kat bazar Ramadan nanti mesti banyak jualan ikan bakar.hmmm ada yang tak sabar nak menyambut ketibaan bulan puasa.
Pelangi pagi yang cantik
Kita selalu dengar ungkapan pelangi senja.Tapi pagi tadi saya dapat menyaksikan pelangi pagi.Alhamdulillah,dalam perjalanan ke tempat kerja tadi saya sempat menyaksikan keindahan ciptaan Allah iaitu pelangi.
Memang cantik gabungan warna pelangi tu.Bagaimanapun kehadirannya cuma seketika.Nasib baik saya sempat merakamkan keindahannya.Bagi mereka yang mempelajari sains,memang sudah maklum perihal kejadian pelangi ni.
Apapun teori kejadian pelangi,kesimpulannya kemunculan pelangi ni memang cantik dan menarik.
Sunday, June 16, 2013
Pokok manggis mula berpucuk
Seronok hari ni,tengok pokok manggis yang ditanam 2 minggu lepas dah mula mengeluarkan pucuk baru.Sebelum ni risau juga tengok takde apa-apa perubahan pun pada pokok yang ditanam.Rupa-rupanya masa tu pokok ni baru menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Kapal terbang mainan dan pemadam
Anak-anak saya memang suka beli air ni.Bukan nak minum sangat pun,tapi nakkan hadiah percumanya.Macam-macamlah free gift kalau beli air ni.Paling best,siap packing terus pada air.Maka budak-budak boleh pilih hadiah yang mereka nak.
Saturday, June 15, 2013
Karpet pun corak polkadot
Payah betul nak cari karpet untuk ruang tamu.Kalau ada yang berkenan di hati,harganya pula tak berapa mampu bayar.hehe..Biasalah kan,semua kena bajet sekarang ni.Suatu hari semasa kami ke Jakel,wah....berkenan betul dengan satu karpet ni (gambar kat atas).Maka tanpa banyak soal,beli terus.
Friday, June 14, 2013
Bagus ker minuman sarang burung ni?
Dah lama dengar pasal sarang burung Walit ni.Tapi buat tak kisah jer.hehe...Baru-baru ni ada rakan yang perkenalkan produk minuman sarang burung Walit,maka saya pun belilah.Takde masalah kesihatan apapun....cuma saja-saja beli.
Harga satu kotak yang terdiri daripada 3 botol tu RM 110.00.Tak tahulah mahal ker tidak.Diminum 2 kali sehari pagi dan malam dalam kuantiti satu sudu sekali minum.
Minuman sarang burung ni adalah gabungan 7 perkara seperti sarang burung,kurma,kismis,delima,habatus sauda,safran dan air zam zam.Kira macam berbaloi lah kan semua ada dalam satu botol minuman sarang burung.
Kalau baca testimoni,beberapa jenis penyakit dapat disembuhkan dengan meminum minuman ni.Antaranya strok,sembelit,darah tinggi,kolestrol tinggi,ghout & sarat,penyakit kulit,selesema dan sebagainya.Alhamdulillah...banyak juga tu dapat disembuhkan dengan izin Allah.
hmmmm.....itu saja perkongsian kali ni.Nak beritahu lebih-lebih pun tak tahu juga.Sebab saya sendiripun belum minum lagi.hehe...Bab beli laju jer,bab nak minum tu malas pula.
Tuesday, June 11, 2013
Ini kisah Sadiq
Dah lama tak buat entri pasal anak ketiga saya ni.Kali ni nak cerita sikit pasal Sadiq.Sekarang ni berjalan bukan main laju ala-ala berlari pun ada.Usianya dah setahun setengah.
Seronok apabila dia dah boleh menyebut beberapa perkataan yang mudah.Gigi pun dah penuh mulut.hehe....Dia juga dah faham kalau kita marahkan dia...mulalah tundukkan kepala dan mendiamkan diri.Rasa kasihan pula tengok macam tu.
Alhamdulillah,Sadiq ni tak banyak masalah.Walaupun agak lincah tapi jarang menangis.Tidur pun mudah,tak payah nak dodoikan dengan pelbagai lagu macam sesetengah budak tu.
Semoga Sadiq akan menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa,agama,bangsa dan negara!
Sunday, June 9, 2013
Ekor tupai sudah berbunga
Tupai mana pula ekornya berbunga ni.Hahaha jangan ada yang percaya.Pokok dalam gambar kat atas ni dinamakan pokok ekor tupai.Nama saintifiknya tak tahulah pula.Itulah pokok yang kami baru tanam kat halaman rumah ni.
Saturday, June 8, 2013
Asam jawa masam-masam manis
Kali ni saya nak tayangkan sejenis lagi makanan popular kat Kelantan ni.issh....ada yang dah berair mulut tu.Itulah asam jawa atau buah celagi atau tamarind.Banyak pula nama..takpelah asalkan buah yang sama.
Friday, June 7, 2013
Al-Fatihah buat arwah ayah
Salam Jumaat semua.Alhamdulillah pagi ni saya sempat menziarahi pusara arwah ayah saya.Cepat sungguh masa berlalu,sudah setahun setengah arwah meninggalkan kami semua.
Sungguh hening suasana di tanah perkuburan.Jauh dari hiruk-pikuk kesibukan dunia.Apabila berada di sana,terfikir juga apabila sampai masanya,kita semua akan ke sana juga.Sudah cukup ke amalan yang akan dibawa?
Kepada yang masih mempunyai ibu bapa,beruntunglah.Tunjukkan kasih-sayang kita terhadap mereka selagi mereka masih hidup.Bagi yang sudah kematian ibu bapa,kasih sayang kita terhadap mereka tetap subur dengan melawat pusara mereka, juga mengirimkan bacaan Yaasin juga Al-Fatihah.Macam-macam cara boleh dilakukan tanda sayang dan ingatan kita terhadap arwah.
Kepada yang membaca entri ini,terima kasih kerana menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah saya.
Wednesday, June 5, 2013
Merah putih penyeri laman
Biarpun pokok bunga ni kelihatan biasa-biasa saja,tapi kami pilih juga untuk ditanam di satu sudut laman rumah.Saya suka dengan warnanya yang nampak bersih dan segar.Begitu juga dari segi penjagaan yang sangat mudah.Jadi kami memilih untuk menanam pokok bunga ni kat atas tanah jer,bukan dalam pasu.
Tuesday, June 4, 2013
Mari makan biji gajus panggang
Entri kali ni pasal biji buah gajus.Kat Kelate ni buah gajus dipanggil buah ketereh,lebih ummph lagi sebut betul-betul buah 'tere'. Kalau ada yang tak kenal,buah gajus ni bijinya kat luar.
Gambar kat atas tu adalah biji gajus yang dipanggang atau roasted.Sedap tau!. Kalau tak mau panggang,biji gajus tu boleh dibakar mahupun digoreng.Kemudian boleh dimakan begitu saja.
Sekarang ni rasanya takde orang yang rajin nak memanggang atau menggoreng biji gajus.Lebih senang dibeli saja.Biji gajus yang siap dipanggang ni banyak dijual di Rantau Panjang mahupun Pengkalan Kubur.Kat tempat lain pun ada juga,mungkin harganya lebih mahal.
Untuk lebih sedap,biji gajus panggang tu eloklah disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu.Makan bersama air batu campur pun sedap.isshhh...
Monday, June 3, 2013
Tanam pokok limau pula!
Kali ni saya nak ajak anda semua menanam pokok.Ye la untuk menyahut kempen hijaukan alam sekitar.Kami baru jer tanam 3 jenis pokok limau.Limau kasturi,Limau purut dan Limau nipis.
Haaa... lepas ni tak payah beli kat kedai dah untuk buah dan daun limau tu.Petik jer dari pokok yang ditanam kat belakang rumah.Harap-harap pokok-pokok limau ni akan membesar dengan baik dan cepat mengeluarkan hasil.ehh... tak sabar pula nak lihat hasil!
Orang kata berbudi kepada tanah ni tak rugi.Kalau ada rezeki,bolehlah kita merasa hasilnya.Lepas ni nak tanam pokok lain pula.Maklumlah....masih banyak ruang yang boleh ditanam pokok di sekeliling rumah ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)