Thursday, August 29, 2013

Belajar di Jordan


Tahniah kepada bekas pelajar SMKAM ni

yang akan melanjutkan pelajaran mereka

di Jordan pada awal September nanti.

Masing-masing akan menyambung pelajaran

di JUST dan JU

dalam bidang perubatan dan pergigian.

Hari ni mereka datang berjumpa dengan bekas guru

dengan membawa sebiji kek yang istimewa

dengan catatan "Terima Kasih Cikgu".

Tahniah dan Selamat menyambung pelajaran di luar negara.

Sunday, August 25, 2013

Beraya kat sekolah


Masih dalam suasana raya.
Sana sini rumah terbuka meraikan Syawal.
Semalam kat sekolah tempat saya bertugas
telah diadakan sambutan Aidilfitri.
Meriah dan seronok apabila
guru dan pelajar berhari raya.
Masing-masing melaram dengan baju raya
yang berwarna-warni.
Semoga berjumpa lagi tahun depan.
selamat hari rayaAidilfitri.

Thursday, August 22, 2013

Majlis hari jadi Imdad


Birthday Imdad yang sepatutnya disambut
pada 16 Julai lalu,baru jer disambut minggu lepas.
Hari jadi yang jatuh dalam puasa tu
ditunda dan disambut dalam bulan Syawal.
Kira dua dalam satu lah yer..
Sambut hari jadi dan hari raya.
Majlis kecil-kecilan jer dengan
menjemput ahli keluarga terdekat saja.
Ok...selamat hari jadi Imdad.

Monday, August 19, 2013

Selamat ulangtahun perkahwinan


Selamat menyambut
ulangtahun perkahwinan ke-9
buat kami
pada 19 Ogos.
Sekejap jer masa,dah pun 9 tahun.
Semoga dirahmatiNya dan berbahagia selalu.

Thursday, August 15, 2013

Kumpul sampul duit raya


Sejak tahun lepas saya mula serius
mengumpul sampul duit raya.
Asal ada saja sampul duit raya
yang menarik,saya akan kumpul.

Tuesday, August 6, 2013

Ucapan Selamat Hari Raya


Sempena ketibaan hari raya Aidilfitri 
tahun ni,saya ingin
mengambil kesempatan untuk 
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin,
kepada semua pembaca blog Kembara Minda 7,
kepada semua yang mengenali saya
sama ada secara langsung mahupun di alam siber ini.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa pengertian kepada kita semua.

Monday, August 5, 2013

Biskut edisi terhad


Biskut raya edisi terhad ni sebab
beli 4 balang jer.
Harga satu balang tu boleh tahan juga
RM 35.00 saja.hehe
Jadi sesiapa yang datang bertandang
ke rumah kami nanti,jika biskut tu masih ada
kira bernasib baiklah yer.
Bukan apa,rasanya yang sedap dan bentuk yang comel
tu dibimbangi akan dihabiskan dalam masa yang singkat.
Oh ya...pesanan saya kepada yang nak pergi
beraya kat rumah orang tu....sila makan ala kadar jer lah yer.
Jangan pula mentang-mentang sedap,tak ingatkan tuan rumah pula.
Satu lagi,duduk kat rumah orang ni jangan lama-lama yer,
ramai lagi tetamu lain nak datang,atau tuan rumah
dah keletihan.
Itu saja,selamat hari raya.maaf zahir batin.


Saturday, August 3, 2013

Aaron Aziz punya pasal


Tiba-tiba jer baju melayu Aaron Aziz meletup tahun 2013 ni.Untuk menambah bilangan pemakainya,maka saya juga tidak ketinggalan membeli baju ni.Saya beli baju melayu Aaron Aziz ni di Jakel Kubang Kerian.Harganya RM 199 termasuk butang dan samping.

Banyak pilihan warna untuk raya 2013 ni.Ada pelbagai variasi harga,bergantung kepada jenis kain yang digunakan.Sesiapa yang berminat,silalah cepat-cepat ke Jakel,kalau lambat,mungkin warna kegemaran dan saiz yang dikehendaki kehabisan.

Saya beli baju ni pun saja nak try...kononnya nak ikut trend semasa.Selesa ker tidak tak tahulah.Tunggu rayalah baru nak pakai.Harap selepas pakai baju Aaron Aziz ni,bolehlah jadi terkenal macam Aaron Aziz juga.kahkahkah...

Inikah biskut raya tahun ni?


Raya dah dekat ni.Mari saya perkenalkan beberapa jenis biskut raya yang puan isteri saya buat  beli untuk raya tahun ni.Untuk entri ni,2 jenis biskut yang nampak simple tapi sedaplah juga iaitu biskut peanut butter dan biskut sarang semut.

Harga untuk 50 biji bagi setiap satu bekas tu cuma RM 20.Tapi sayang,semasa entri ni ditulis,satu bekas biskut peanut butter tu dahpun habis dirayakan oleh anak-anak.hehe..Nasib baiklah ada lagi biskut raya lain.Kalau tidak,tak merasalah beraya dengan biskut raya.

Saya percaya masing-masing dah penuh meja dengan biskut raya tahun ni.Kami tak letak kat meja lagi,bimbang akan dikerjakan oleh si hero kecil ni.hmmm kita tunggu hari raya lah yer.