expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 24, 2013

Seronoknya memanjat pagar


Nampak tak pokok-pokok subur menghijau tu.Amboi seronok betul pokok-pokok tu memanjat dan menjalar kat atas pagar saya ni.Apa ke nama pokok tu saya tak tahu.Tapi ada beberapa spesis tu.Semuanya dengan senang membelitkan diri sepanjang pagar.

Monday, September 23, 2013

Nasi kerabu Golok


Dah makan ke belum? Kalau belum,jom makan nasi kerabu golok ni.Sedap tau.Bagi saya nasi kerabu golok ni lebih sedap daripada nasi kerabu yang biasa tu.Kalau nasi kerabu biasa tu menggunakan tumis,nasi kerabu golok ni menggunakan budu khas yang dimasak.

Maaf sebab tak tahu resepi sebenar nasi kerabu ni.Saya tahu makan jer.hehe..Sekarang ni nasi kerabu Kelantan ni sudah ada di mana-mana kan..Mungkin nasi kerabu golok ni masih baru di sesetengah tempat.Nama golok tu berasal dari nama tempat di selatan Thai..Mereka di Kelantan ni memang dah biasa dengan nama Golok ni.

Gambar kat atas tu nasi kerabu golok yang siap sedia untuk dimakan.Boleh ditambah keropok keping yang digoreng ataupun solok lada.Fuhhh... jangan ada yang terliur ni.hehe..selamat makan nasi kerabu golok.

Saturday, September 21, 2013

Pengantin baru..Nurul Husna


Hari ni saya sempat menghadiri satu majlis perkahwinan bekas pelajar.Tahniah dan selamat pengantin baru buat Nurul Husna dan pasangannya Md Annurdin.Tak sangka pula kami sempat merakamkan gambar bersama.Maaflah sebab saya nampak tak kemas tu.Kalau tahu nak bergambar tadi, mesti pakai smart sikit.hehe...

Tuesday, September 17, 2013

Suka pulut durian?



Berehat seketika dengan menikmati pulut durian.Pergh....memang sedap! Jamuan pulut durian ni untuk dinikmati semasa rehat.Kerja tu kerja juga...rehat tu kena makan baru bertambah tenaga untuk bekerja.

Bercakap pasal makan pulut durian ni,ada yang tambah gula,dan ada juga yang tambah gula melaka dalam pulut mereka.Wah...bertambah manis jadinya.Orang Kelantan ni memang suka makanan yang manis-manis.Tapi awas bagi mereka yang ada kencing manis.

Satu hal lagi,cara makan.Ada yang menggunakan sudu,dan paling ramai yang gemar makan pulut durian  menggunakan kelima-lima jari sendiri.Seolah-olah satu kenikmatan makan pulut durian menggunakan tangan.Bagi saya,makanlah guna apapun asalkan kita selesa dengan cara tersebut.

Satu petua untuk mengelakkan kepanasan apabila makan durian dalam kuantiti yang banyak ialah minum air dalam kelopak durian tu.Sejauh mana keberkesanannya,tak tahulah pula sebab saya tak pernah mencubanya lagi.

Monday, September 16, 2013

Selamat tinggal Anakku


Terima kasih kepada Nziatul Azma (pemilik asal gambar ini).

"Terima kasih mama kerana melahirkan saya,dan selamat tinggal mama".Bayi perempuan comel ini baru saja beberapa hari melihat dunia,tanpa sempat mendapat kasih sayang mamanya.Begitulah takdir Ilahi yang telah menentukan segalanya.Ibu kepada bayi ini telah meninggal dunia sehari selepas pembedahan melahirkannya.(nama dan lokasi dirahsiakan).

Bapa kepada bayi ini, iaitu sepupu saya sendiri tidak menyangka kelahiran anak ketiganya itu telah memisahkan dia dengan isteri tersayang buat selama-lamanya.Apatah lagi kedua-dua anak lelakinya masih lagi kecil dalam usia 5 dan 2 tahun.Dalam usia sebegitu kecil,sememangnya sangat memerlukan perhatian dan kasih-sayang daripada seorang ibu.

Itulah yang dikatakan dugaan kehidupan.Perancangan Tuhan itu melebihi apa yang kita sendiri rancang.Dia yang mengurniakan bayi perempuan yang diidam-idamkan, dan Dia jugalah yang mengambil kembali ibu kepada bayi tersebut pada masa yang sama.Sebagai manusia biasa, rasa kasihan tentang masa depan bayi itu mesti ada. Apapun mesti ada hikmahnya yang Allah jua lebih mengetahui.

Semoga bayi comel ini mendapat perhatian dan kasih-sayang yang sepatutnya daripada kaum keluarga terdekat. Apabila besar kelak, ingatlah jasa dan pengorbanan mama yang telah mengandung dan melahirkanmu.Biarpun dirimu tak pernah mendapat kasih-sayang daripada mama, tapi ingatlah arwah mama kamu sangat menyayangi kamu.AL-FATIHAH buat arwah.

Monday, September 9, 2013

Aksi berbasikal



Sesi menayangkan basikal masing-masing.Itulah gelagat anak-anak saya dengan basikal mereka.Yang sulung tu nak tayang basikal yang dia baru sembur cat sendiri.Dari hitam disemburnya cat putih.Anak perempuan pula dengan basikal pink barunya.Manakala yang ketiga tu pun nak join sekali dengan basikal kecilnya.

Aktiviti main basikal ni kat halaman rumah jer setiap petang kalau hari tak hujan.Masing-masing dengan aksi sendiri.Kadang-kadang tu bergaduh juga sesama mereka.Biasalah budak-budak ni.Kalau tak bergaduh dalam sehari tu tak sah jadinya.

Bapa budak ni nak main basikal juga,tapi belum beli.hehe.Dah berumur ni segan pula nak kayuh basikal keliling kampung.Kalau ada geng tu seronok juga kan.Patutlah sekarang ni ramai beli basikal kayuh kat dalam rumah jer.Tak perlu berpanas dan berhujan.Tapi rajin ker?

Sunday, September 8, 2013

Gomo Kelate gomo


Gomo Kelate gomo!Bersemangat sekali tu.Bagi penyokong pasukan The Red Warrior, pemain-pemain dalam gambar kat atas tu tak asing lagi.Meriah betul raya apabila mendapat duit raya dengan sampul duit raya pemain pasukan TRW.

Sampul duit raya kat atas tu adalah pemberian daripada anak murid saya.Terima kasih kerana menyumbang kepada hobi cikgu yer.hehe...Bertambahlah koleksi sampul duit raya pasukan TRW untuk tahun ni.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama ni,mesti ada yang nakkan sampul tu kan.Maaflah yer sebab tu jer yang saya ada.Tahun depan kalau panjang umur,saya akan cari sampul duit raya pasukan TRW ni untuk bertukar-tukar dengan sampul duit raya pasukan bola dari negeri-negeri lain.

Terima kasih,selamat mengumpul sampul duit raya.

Saturday, September 7, 2013

Kad kahwin ni cantiklah


Mula-mula tengok kad ni,

ingatkan kad hari raya ker apa...

rupa-rupanya kad undangan ke

majlis kesyukuran perkahwinan.

Simple tapi cantiklah kad tu.

Sebenarnya itu adalah jemputan ke

majlis perkahwinan bekas anak murid saya.

Dah ramai rupanya anak murid yang telah

dan akan melangsungkan perkahwinan.

Majlis tu hari ni yer!

Selamat pengantin baru buat

Nik Solehah Mujahidah dan pasangannya.

Friday, September 6, 2013

Basikal pun pink colour!


Dah namanya anak perempuan,

semua benda dia nak yang berwarna pink.

Tengok basikal baru Ardini tu,pink juga.

Punyalah banyak pilihan basikal kat kedai tu,

tapi yang berwarna pink tu lah yang dipilihnya.

Sehari jer basikal tu kat atas rumah,

lepas tu main kat luar rumah lah.

hmm..budak-budak memang suka main basikal ni.