expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 31, 2014

Banjir 2014 di kampung saya


Salam sejahtera semua. Rasa macam dah lama pula tak update blog. Maklumlah sibuk menghadapi banjir. Sebelum ni tengok orang lain jer terlibat dengan banjir secara langsung, tapi kali ni saya sendiri mengalaminya. Betullah kata pepatah...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Banjir terburuk dalam sejarah Kelantan. Banyak kawasan mengalami banjir teruk. Saya tidak akan mengulas banjir di daerah lain, cuma sebahagian kecil cerita tentang banjir di kampung halaman saya sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi kenangan buat keluarga kami dan generasi akan datang.

Thursday, December 25, 2014

Banjir semakin teruk di daerah Kota Bharu


Menakutkan...itu yang boleh dikatakan tentang banjir tahun ini. Sebelum ini saya berkongsi gambar banjir  sekitar Kelantan dalam entri blog, tapi kali ini saya ingin berkongsi gambar banjir yang melanda kampung sendiri. Kampung saya terletak antara Kubang Kerian dan Pasir Tumboh. Air naik begitu cepat dan deras. Gambar kat atas tu dirakam jam 6 petang tadi. Sejam saja air memenuhi padang sekolah kat depan rumah. Kalau banjir sebelum ni untuk memenuhi padang tu mengambil masa hujan 2 hari. Tapi kali ni, tiada hujan...air terus naik dari sungai yang terletak jauh dari kawasan sekolah tu.

Banjir di Kota Bharu 2014


Keadaan banjir di bandar Kota Bharu pada hari ini. Gambar-gambar yang dikongsi di sini merupakan gambar yang telah dikongsikan oleh warga media sosial seperti Instagram,FB, WhatApps, dan Telegram. Terima kasih dan kredit kepada pemilik asal gambar berkenaan. Melalui gambar-gambar yang dikongsikan ini, dapatlah kita mengetahui keadaan sebenar yang berlaku sekarang.

Banjir Pasir Tumboh 2014


Hari ini banjir di Kelantan masih lagi teruk. Cuaca sekitar Kota Bharu semasa entri ini ditulis, cerah dengan sedikit berangin. Tiada hujan langsung. Bagaimanapun paras air di kebanyakan tempat semakin naik. Entri ini saya akan paparkan gambar-gambar lokasi banjir di Pasir Tumboh, Kelantan. Bagi mereka yang menggunakan laluan dari Pasir Putih untuk ke Kota Bharu, juga sebaliknya pasti biasa dengan lokasi berhampiran jambatan Pasir Tumboh ini. Gambar-gambar ini dirakam sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Wednesday, December 24, 2014

Gambar banjir di Kelantan 2014


Banjir yang agak besar di Kelantan tahun ini. Banyak kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini telah menjadi kawasan yang dipenuhi air sehingga penduduk terpaksa berpindah. Rata-rata di media sosial dan media massa hari ini melaporkan kejadian banjir yang luar biasa di Kelantan pada kali ini. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi gambar-gambar yang popular yang saya kumpulkan daripada media sosial seperti WhatsApp, Telegram, mahupun FB. Kredit kepada pemilik asal gambar berkenaan.

Gambar pertama di atas, saya perolehi sekitar jam 9 pagi tadi. Lokasinya di SMK Manik Urai. Semua sudah maklum kejadian yang menimpa mereka yang terperangkap di sana. Semoga mereka tabah dan dapat diselamatkan dengan segera.

Tuesday, December 23, 2014

Buah Pisang Kaki


Oh..... ini rupanya buah pisang kaki. Sebelum ni saya tak tahupun pasal buah pisang kaki. Masa pergi pasar tani tadi ternampak buah berwarna jingga kekuningan atau kemerahan ini. Ingatkan buah kecupu (kenal ker kecupu?)hehe..Buah pisang kaki ni dijual dengan harga RM 8 sekilo. Dalam kepala saya tertanya-tanya kenapa nama pisang ni pisang kaki. Dahlah bentuknya tak serupa dengan pisang-pisang lain yang pernah dilihat. Nak kata berbentuk kaki pun tak juga..

Monday, December 22, 2014

Vakum penis & ubat penggemuk badan


Akhir-akhir ini sibuklah duk jual vakum penis dan obat penggemuk badan. Amboi..amboi...iklan tak berbayar kat blog saya ni. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali muncul dalam cbox saya. Mula-mula tu saya remove saja mesej tu tapi muncul lagi.

Sunday, December 21, 2014

Kotak Pensil CHENYU


Sesi persekolahan 2015 tak lama lagi akan bermula. Ramai yang sedang membuat persiapan, termasuklah membeli alatulis. Bukan pelajar saja teruja...cikgunya pun sibuk juga.Haha..Untuk 2015 nanti saya memilih kotak pensil berwarna hijau. Dah bosan dengan kotak pensil yang biasa dibeli saban tahun, kali ini saya beli yang agak berbeza.

Saturday, December 20, 2014

Roti jala pink


Hujan-hujan musim banjir ni kan...rasa lapar, asyik nak makan aje. Maka petang ni puan isteri saya dah buatkan satu menu yang special...roti jala kaler pink. Wah...selalu roti jala warna kuning, kali ni kita buat kaler pink pula. Makan panas-panas sedap.

Friday, December 19, 2014

Menara Tinjau Kota Bharu


Kalau anda ke Kota Bharu, Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Menara Tinjau yang terletak di tepi sungai Kelantan, berhampiran dengan Tambatan D'Raja. Menara yang mempunyai ketinggian 6 tingkat ini dibuka kepada orang ramai setiap Jumaat hingga Rabu bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam.

Thursday, December 18, 2014

Banjir di Kelantan


Hujan tanpa henti malam tadi menyebabkan banjir di kebanyakan tempat di Kelantan. Rata-rata pengguna dalam media sosial hari ini telah memuatnaik gambar mahupun berita pasal banjir. Saya pun nak berkongsi jugalah pasal banjir, tapi sekadar gambar-gambar yang dirakam sekitar rumah hari ini.Hehe..Gambar kat atas tu, anak saya bangun jer pagi tadi terus main air kat depan rumah.

Tuesday, December 16, 2014

Khasiat buah Mahkota Dewa


Berkenan betul tengok buah ni. Merah..sedang masak ranum, rasa nak petik dan makan saja. Tapi awas! ini bukan buah strawberi mahupun cherry.hehe...Tapi buah Mahkota Dewa. Wah! namanya pun bukan main yer. Sebenarnya buah ini berkhasiat sebagai minuman kesihatan setelah diproses. Cara prosesnya pun takdelah susah sangat.

Saturday, December 13, 2014

Mechanical pencil yang comel


Rupanya inilah mechanical pencil tu yer... Saya biasa panggil pensil picit atau pensil tekan saja.Haha...Masa sekolah rendah dulu, dapat beli sebatang pensil ni pun dah cukup gembira..Zaman dulu bukan macam sekarang...dulu tak banyak pilihan sangat pensil ni. Sekarang, macam-macam warna dan bentuk hiasan terdapat pada pensil ni. Saya beli mechanical pencil ni sebab tertarik dengan corak dan hiasannya.

Tuesday, December 9, 2014

Birthday Widad & Iqbal 2014


Disember datang lagi....Bulan ini saja sepatutnya ada 3 sambutan birthday dalam keluarga saya. Setelah diambilkira daripada pelbagai aspek, maka sambutan birthday Ardini kali ke-6 dan Sadiq kali ke-3 dibuat serentak. Berkongsi bulan kelahiran, maka mereka juga berkongsi kek birthday. Maaflah tak ada makan-makan untuk keluarga kali ini...hanya makan kek jer.hehe...Lain kali kita buat makan-makan...

Monday, December 8, 2014

Azlina & Syazwan 2014


Alhamdulillah, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak saudara saya, Azlina dengan pasangannya Syazwan. Majlis ini berlangsung semalam, 7 Disember 2014 di Melor, Kelantan. Rombongan pengantin lelaki dari Sungai Petani, Kedah tiba di rumah pengantin perempuan jam 12.30 tengah hari. Berikut adalah sebahagian foto koleksi peribadi untuk tatapan pengunjung blog.

Sunday, December 7, 2014

Majlis akad nikah Syazwan & Azlina


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri. Pasangan pengantin baru ini ialah Syazwan dari Sungai Petani, Kedah dengan Azlina (anak saudara saya) dari Melor, Kelantan. Majlis akad nikah yang turut disaksikan oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak telah berlangsung di masjid Permatang Pusu, Melor, Kelantan pada 6 Disember 2014.

Thursday, December 4, 2014

Senarai nama pelajar tingkatan 2 2015 smkam


Makluman kepada semua pelajar tingkatan 2 SMKAM sesi 2015, anda boleh menyemak kedudukan kelas anda tahun depan di sini. Sila klik pada gambar untuk pembesaran. Pelajar juga boleh ke sekolah untuk melihat senarai nama ini bermula hari ini.

Senarai nama pelajar tingkatan 3 2015 smkam


Makluman kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKAM sesi 2015, anda boleh menyemak kedudukan kelas anda tahun depan di sini. Sila klik pada gambar untuk pembesaran. Pelajar juga boleh ke sekolah untuk melihat senarai nama ini bermula hari ini.

Senarai nama pelajar tingkatan 5 2015 SMKAM


Makluman kepada pelajar tingkatan 5 SMKAM bagi sesi 2015, berikut adalah senarai nama bagi setiap kelas. Streaming kelas adalah berdasarkan NGP keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, 2014. Sila klik pada gambar untuk pembesaran.

Wednesday, December 3, 2014

Tanam pokok Draco


Sempena cuti sekolah ni...mari kita tanam pokok-pokok untuk menghijaukan bumi. Sekarang musim orang tanam pokok draco, maka kami pun nak tanam pokok draco juga.Hehe...ikut trend dan musimlah yer. Nampak dalam pasu kecil tu...itulah pokok draco yang baru dibeli. Dalam pasu semaian tu ada 3 batang pokok draco. Kami akan pisahkan pokok-pokok tu untuk ditanam dalam 3 biji pasu.

Sunday, November 30, 2014

Experience Kampung Life @ Pasir Belanda Resort


Kali pertama saya mengetahui pasal resort ini melalui satu artikel dalam akhbar. Kemudian saya cuba mencari maklumat mengenainya dalam website berkaitan. Kini, saya berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Teruja betul melihat keunikan resort yang mengaplikasikan budaya warisan Melayu dalam senibinanya. Pasir Belanda Resort terletak di sebuah perkampungan Melayu di Kampung Banggol, PCB, Kota Bharu, Kelantan. Jom tengok beberapa keping foto yang saya rakam...

Friday, November 28, 2014

Maggie Ketam RM30 semangkuk!


Maggie ketam..bukanlah menu baru di Kelantan. Cuma kami jer yang tak pernah makan lagi. Petang tadi kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Nampak satu kedai tu ada jual maggie ketam, maka kami pun oderlah. Masa oder tu tak tanya pun berapa harga. Kat kertas menu pun tak tulis berapa harga. Dalam kepala saya...takpelah...mungkin paling mahal pun dalam RM 20 ++ kot.

Thursday, November 27, 2014

Che Zulaiha & Azuari 2014


Selamat pengantin baru buat rakan sekerja, cikgu Zulaiha dengan pasangannya Azuari. Majlis yang berlangsung pada hari ini telah dihadiri para undangan dengan penuh meriah. Saksikan sebahagian koleksi foto yang sempat dirakam. 

Monday, November 24, 2014

Jom naik keretapi


Sempena cuti sekolah ni jom kita jalan-jalan. Kali ini kami bawa anak-anak naik keretapi, tak pergi jauh pun...cuma dari stesen keretapi Wakaf Baru ke stesen keretapi Tanah Merah. Saja nak bagi pengalaman kepada mereka naik keretapi. Terutamanya Ardini dan Sadiq tak pernah lagi naik keretapi. Imdad pengalaman kali kedua sebab sebelum ni kami dah bawa dia naik keretapi ke Melaka.

Sunday, November 23, 2014

Macam-macam di Kota Bharu


Cuti sekolah tiba lagi. Macam-macam rancangan diatur untuk memanfaatkan masa cuti. Tidak terkecuali, kenduri kahwin pun banyak masa cuti sekolah ni. Memang lah kan... cuti-cuti beginilah ramai ahli keluarga dapat berkumpul  bagi memeriahkan majlis. Cerita pasal hantaran perkahwinan...suka tengok macam-macam hasil gubahan yang dibawa. Salah satunya pulut semangat bersama bunga telur seperti gambar kat atas tu. Sungguh kreatif orang yang membuatnya kan..

Thursday, November 20, 2014

Sekolah mula bercuti



Sekolah dah mula cuti....masa untuk merehatkan minda seketika bagi yang bergelar pelajar. Bagi guru, masa inilah digunakan untuk menanda kertas peperiksaan akhir tahun, juga menyiapkan tugasan tertentu yang belum beres. Hari terakhir kat sekolah tadi....banyak kelas mengadakan jamuan akhir tahun. Salah satunya...kelas 4IS. Terima kasihlah kerana menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas anda.

Wednesday, November 19, 2014

Tahniah Imdad


Alhamdulillah, tahniah Imdad kerana mendapat tempat ketiga dalam kelas, juga tempat ketiga dalam keseluruhan darjah 3, peperiksaan akhir tahun 2014. Hari ini telah diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, dan saya telah meluangkan masa menghadirinya, biarpun terpaksa mengambil cuti pada hari ini. Tak pernah lagi ambil cuti tahun ni...inilah kali pertama...huhu...takpelah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada anak...

Tuesday, November 18, 2014

Renovate rumah pula


Nak masuk 2 tahun tinggal kat rumah sendiri..dah renovate ker? Tajuk bukan main gempak lagi...sebenarnya takdelah renovate sangat..cuma buat sedikit perubahan. Kononnya laluan kat bilik serbaguna ni mengganggu ruang tamu, maka kami membuat keputusan untuk menutup saja laluan tersebut, dan hanya menggunakan satu lagi laluan di sebelahnya.

Sunday, November 16, 2014

Lambaian kasih serba oren


Serba oren...tema jamuan akhir tahun kali ini. Majlis petang tadi berlangsung di Jade Restaurant, Hotel Perdana, Kota Bharu. Selain ucapan, majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru dan staf, juga cabutan bertuah. Menu kali ini pun sedap-sedap..hehe...Saksikan koleksi foto personal sepanjang majlis.

Jatuh cinta pada Instagram


Entri ini saya nak kongsikan beberapa keping gambar yang saya dah upload dalam instagram saya hari ini dan semalam. Walaupun dah lama ada akaun instagram, tapi saya aktif semula sejak beberapa bulan ini. Serius nak beritahu, saya dah jatuh cinta dengan dunia instagram berbanding FB.Huhu...Kenapa dah jatuh cinta dengan instagram?

Wednesday, November 12, 2014

Penanda buku yang comel


Amacam.....cantik tak penanda buku kat atas tu? Saya buat sendiri untuk 3 orang anak. Bukan nak tunjuk rajin atau takde kerja nak buat.Hehe...Cuma sesekali buat aktiviti bersama anak-anak. Penanda buku tu bukan untuk buku, tapi untuk diletakkan sebagai penanda dalam Al Quran mereka. Senang jer nak buat ni. Meh tengok sini....

Tuesday, November 11, 2014

Graduasi Tadika IQ Bestari


Alhamdulillah, hari ini secara rasmi anakanda kedua saya, Ardini Widad telah tamat persekolahan di Tadika IQ Bestari, Melor. Ardini telah mendapat pendidikan di tadika tersebut selama 2 tahun. Majlis graduasi telah diadakan petang tadi di dewan Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.  Berikut adalah sebahagian foto yang sempat dirakam.

Monday, November 10, 2014

Penggambaran majalah sekolah


Biasa kita tengok gambar-gambar yang sudah siap...yang cantik-cantik semuanya. Kali ini, dalam entri ini saya paparkan gambar yang tak siap lagi! maksudnya situasi sebelum sesuatu gambar itu berjaya dihasilkan dengan kemas dan cantik. Gambar-gambar dalam entri ini adalah proses penggambaran untuk majalah sekolah, Majalah Taqwa bagi tahun 2014. Saksikan....

Sunday, November 9, 2014

Pameran dan pertunjukan Ular 2014 Kelantan


Ular!...ular!.... apa respon anda apabila terserempak dengan ular seperti di atas? Ular dalam gambar tu adalah ular senduk atau juga dikenali dengan nama saintifiknya Naja-Naja. Itu betul-betul ular yer...bukan gambar mahupun replika ular. Ular senduk yang suka makan tikus dan katak ini boleh dilihat di Muzium Negeri Kelantan. Pameran dan pertunjukan ular Snake at Museum ini berlangsung dari 3 Nov hingga 3 Disember 2014. Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Saksikan sebahagian daripada foto yang sempat saya rakam semasa ke sana.

Thursday, November 6, 2014

Taman perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu


Betul la..rusa ni..tapi kat mana yer? Bukan zoo negara tau. Di Kelantan saja ni..Yang dah biasa pergi tentu tahu tempatnya. Pendek cerita, rusa-rusa ni ada kat Taman Perbandaran Tengku Anis, di Kota Bharu. Sajalah bawa anak-anak jalan-jalan kat sini pada waktu petang. Kat taman ni boleh juga jogging kerana ada trek untuk berjoging.

Batik baru guru & staf SMKAM


Inilah baju batik terbaru untuk guru dan staf SMKAM, akan dipakai secara rasmi pada tahun depan. Bagaimanapun, sebagai permulaan baju batik baru ini akan digayakan oleh semua guru dan staf dalam majlis jamuan akhir tahun di salah sebuah hotel di Kota Bharu sebelum sesi persekolahan 2014 berakhir. Jadi foto baju batik dalam entri ini adalah paparan ekslusif untuk blog KM7.

Wednesday, November 5, 2014

Kacang botol sudah berbuah


Nampak tak buah kacang botol dalam gambar kat atas? Kena teropong sikitlah sebab semua hijau tu. Itulah hasil tanaman yang diusahakan oleh puan isteri saya. Pokok ini ditanam berhampiran pagar belakang rumah. Kononnya supaya pokok kacang botol ni menjalar kat atas pagar. Asalnya pagar kat belakang rumah saya ni sering menjadi tempat pokok-pokok menjalar melepak.hehe...

Tuesday, November 4, 2014

Pengetua baharu di SMKAM


Selamat datang dan selamat bertugas di SMKA Melor kepada pengetua baharu, Pn Hjh Wan Mahiran bt Salleh. Majlis keraian secara rasminya diadakan di dewan sekolah pada 29 Oktober yang lepas, berlangsung dengan penuh meriah. 

Monday, November 3, 2014

Hari pertama SPM


Hari pertama menghadapi peperiksaan SPM. Bagi pelajar, macam-macam rasa ada....debaran sebelum dan semasa berada dalam dewan peperiksaan. Foto-foto dalam entri ini dirakam sebelum pelajar memasuki dewan untuk peperiksaan kertas pertama hari ini iaitu Bahasa Melayu kertas 1. Saksikan....

Sunday, November 2, 2014

Esok dah SPM!


Cepat masa berlalu, esok 3 November 2014 bermulalah peperiksaan SPM 2014. Segala penat lelah, suka duka menimba ilmu akan diterjemahkan dalam dewan peperiksaan dengan satu tekad untuk menggapai kecemerlangan. Saya percaya bukan saja pelajar, malah ibu bapa dan guru juga ingin melihat kejayaan anak-anak pelajar setelah berhempas pulas pagi, petang dan malam dengan pelbagai kelas dan program kecemerlangan.

Friday, October 31, 2014

Perkhidmatan pelanggan YES 4g memang teruk


Semalam entri pasal Yes, hari ni pun pasal Yes lagi. Saya rasa nak cakap NO saja pada Yes kalau masalah ini tak selesai.  Tengoklah gambar kat atas tu....bukan kali pertama, tapi hampir setahun saya guna ID dan password yang sama, tiba-tiba tak boleh log in pula. Habis tu macam mana nak bayar bil  akan datang? Kalau pergi bayar kat dealer pun, tak berbaloi sebab masuk 5 hari dah saya tak boleh guna huddle ni.

Wednesday, October 29, 2014

Kenapa dengan Yes 4G?

Kenapa dengan perkhidmatan Yes 4G huddle ni? Sudah 3 hari saya tak dapat menggunakan huddle Yes 4G. Liputan wirelessnya langsung tak dapat. Dah hampir setahun saya gunakannya, tak pernah lagi perkhidmatannya terganggu sampai 3 hari. Sebelum ni ok saja..liputan 4G nya memang terbaiklah di kawasan saya.

Tuesday, October 28, 2014

Hargailah masa sihatmu


Hari-hari yang dilalui terasa begitu cepat masa berlalu. Pelbagai aktiviti termasuk kerja yang dilakukan dalam seharian ini menjadikan seolah-olah kita tidak cukup waktu untuk merehatkan badan dan minda. Untuk apa sebenarnya kita berhempas-pulas bekerja dan menjalani aktiviti seharian ini? Masing-masing punyai alasan tersendiri berbuat demikian.

Sunday, October 26, 2014

Pertima Annual Dinner 2014


Cerita malam tadi....PERTIMA Annual Dinner kat dewan sekolah. Kiranya  macam majlis untuk hilangkan stress seketika lah ni... dengan kelas pagi, petang dan malam untuk menghadapi SPM tak lama lagi. Dewan dihias indah, siap ada buaian kat pentas dan belon-belon beraneka warna.

Friday, October 24, 2014

Gegar Gempak Festival di Kota Bharu


Memang gempak festival di Kota Bharu kali ini. Mengumpulkan usahawan online dari Kelantan dan seluruh negara di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, selama dua hari iaitu hari ini 24 Oktober dan esok 25 Oktober 2014. Dua hari saja tau! Sesiapa yang belum ke sana...cepat-cepat. Saya sendiri mengetahui festival ini melalui instagram dan sempat ke sana petang tadi.

Thursday, October 23, 2014

Ikan celup tepung


Inilah yang dinamakan ikan celup tepung. Tentunya ramai yang dah biasa makan. Kalau ke pantai, menu ni banyak dijual di gerai-gerai tepi pantai. Memang sedap kan... Tapi kena pastikan ikan yang dipilih untuk digoreng tu segar dan bancuhan tepung untuk dicelup ikan tu secukup rasa. Kalau bancuhan tepung tak sedap...maka hasilnya tak sedap...

Tuesday, October 21, 2014

Memo pad MILO


Wah apa pula ni? bukan bola, bukan juga gambar. Tapi ia merupakan sebuah buku catatan atau orang putih kata writing pad atau memo pad.Hehe..Sebelum menulis lebih lanjut lagi, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pelajar saya....ANIS dari tingkatan 4IH kerana telah memberikan buku catatan yang comel ini kepada saya.

Bunga purple pula berkembang


Bunga purple kat halaman rumah sedang berkembang. Pokok-pokok ini baru ditanam sebulan dua ini. Masih kecil dan rendah lagi. Seronok tengok apabila pokok-pokok ini mula mengeluarkan bunga purple yang cantik. Tapi sayangnya bunga-bunga ini berkembang pada waktu pagi dan tahan sehingga tengahari saja. Petangnya bunga-bunga ini gugur ke bumi. Esok...kuntuman yang lain pula akan berkembang.

Saturday, October 18, 2014

RM 386 nyaris terbakar!


Handbag siapalah yang buruk tu.hehe..Begitulah barang ni kalau dah lama, mesti tak berkenan dan nampak buruk. Handbag puan isteri saya tu memang dah lama tak dipakai dan ada dalam bilik kat rumah mak saya...dekat 4 tahun dah! Kononnya tadi nak berkemas bilik kat sana, handbag tu termasuk dalam senarai barang yang akan dibakar bersama kain dan kertas-kertas lama.

Wednesday, October 15, 2014

Pokok kedondong dah berbuah


Ada gaya jadi petani moden? Huhu...bermain dengan sinaran mentari, tengoklah kulit muka dah gelap..Ops... entri ini bukan nak cerita pasal kulit muka, tapi nak cerita pasal pokok kedondong depan rumah dah berbuah. Alhamdulillah kali ini ada beberapa tangkai kedondong yang lebat. Setahu saya buah ni dibuat jeruk. Tapi kitorang makan dengan 'colek' kata orang Kelantan. Daunnya yang masam manis boleh dimakan sebagai ulam dengan budu.