expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 12, 2014

SPS Tergendala pula


Tergendala pula perkhidmatan SPS ni...Dari semalam lagi nak log in tak dapat. Mungkin ramai sangat tengah online kot. Kat sekolah, banyak masa warga pendidik dalam kelas dan bersama-sama pelajar, kemudian sebelah petang aktiviti ko kurikulum dan kelas tambahan.

Masa lapang yang sedikit tu cuba nak log in tak dapat...Nak tak nak kena buat waktu malam kat rumah....Buka jer komputer malam ni....paparan itu pula yang keluar.huhu...Sabarlah hati....Malam tadi pun isteri bangun jam 2.30 pagi semata-mata nak isi SPS ni...Patutlah nampak mengantuk jer pagi tadi. Malam ni giliran saya pula kot.hmmm...

Banyak sangat yang kena online zaman sekarang ni. Bimbang juga kalau ada yang terlupa, akan menjejaskan perkhidmatan atau perjawatan. Rasa macam banyak pula masa dihabiskan untuk kerja-kerja 'perkeranian' ni. Apa boleh buat...benda ni pun bagus juga...cuma kita jer yang kena kurangkan masa perkara lain untuk selesaikan perkara-perkara ni. Harap-harap sistem ni janganlah buat hal lagi...letih pakcik kena tunggu depan komputer ni!

1 comment:

  1. Masa kini memang banyak dah guna sistem. Tapi adakala memang banyak juga kekurangan. Seperti internet lambat, sistem down dan macam² lagi. Kena bersabar jugalah kadang². =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.