Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hazman dan pasangannya Fatin Afiqah. Pasangan pengantin baru ini telah selamat diijabqabulkan pada 17 November 2013. Majlis kenduri di Ipoh telah berlangsung pada 28 Disember 2013 manakala majlis kesyukuran di Melor, Kelantan pada 24 Mac 2014.
Sunday, March 30, 2014
Sotong.ketam, ikan dari Thailand
Thailand memang banyak mengeluarkan produk makanan laut yang dikeringkan. Gambar kat atas tu menunjukkan makanan yang dikeringkan atau diproses sama ada digoreng atau sebagainya dengan pelbagai perisa. Saya beli masa pesta makanan Thai di Kota Bharu, baru-baru ini. Harga sebungkus makanan tu adalah RM10.
Saturday, March 29, 2014
Keindahan New Zealand
New Zealand memang terkenal dengan keindahan panoramanya. Saya memang teringin untuk ke sana, tapi masih belum berkesempatan. Bagaimanapun, dalam entri kali ini marilah kita saksikan keindahan New Zealand. Gambar-gambar ini dikirim oleh bekas pelajar saya, Nur Ain Rosmani yang sedang menuntut di sana.
Thursday, March 27, 2014
BBQ ayam di Tegayong
Acara santai bersama ahli keluarga apabila semua berkumpul, mesti ada makan-makan. Kali ni kita makan ayam bbq pula yer. Biasa orang buat bbq sebelah malam, tapi kami memilih untuk 'membakar' ayam-ayam tu sebelah petang. Kalau buat sebelah malam...tak berapa nampak pula ayam tu masak ker tidak..hehe.Petang tu ada beberapa menu lain selain ayam bakar, seperti bihun goreng, nasi goreng, dan menu pembasuh mulut. Jom saksikan aktiviti sepetang bersama keluarga ini...
Monday, March 24, 2014
Laksa Pattani
Kalau disebut laksa, macam-macam laksa ada..laksa Penang, laksa Kelantan, Laksa Johor. Pendek kata setiap negeri ada laksanya sendiri. Kali ni kita cuba laksa Pattani pula...kira merentas sempadan Siam sana. Laksa Pattani ni halus jer..besar sikit daripada bihun.Macam dalam gambar kat atas tu la laksa Pattani. Bagi mereka yang berada di Kelantan, rasanya dah biasa juga dengan laksa ni.
Saturday, March 22, 2014
Nur Ilya Syafiqah 11 A SPM
Tahniah Nur Ilya Syafiqah bt Mohd Yusri, seorang lagi tokoh SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11 A. Pelajar ini adalah salah seorang daripada 20 orang calon SPM SMKA Melor yang memperolehi 11 A. Nur Ilya mendapat 9 A+ dan 2A . Berikut adalah keputusan keseluruhan pelajar cemerlang ini.
Friday, March 21, 2014
Nur Elyaa Zahra, 11A SPM
Tahniah kepada Nur Elyaa Zahra bt Mohd Sabry, salah seorang pelajar terbaik SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11A, dengan 9A+ dan 2A. Pelajar yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang perubatan ini memang terserlah kehebatannya dalam kurikulum dan kokurikulum sejak tingkatan 4 lagi.
Thursday, March 20, 2014
Pelajar cemerlang SPM 2013
Sekalung tahniah kepada 20 orang
pelajar SMKA Melor yang telah mendapat 11 A dalam
peperiksaan SPM 2013.
Berikut adalah senarai nama pelajar yang mendapat 11A.
20 orang 11 A SPM 2013
Tahniah SMKA Melor atas pencapaian yang cemerlang dengan 20 orang calon SPM 2013 mendapat 11A. Setinggi-tinggi tahniah buat pelajar, guru-guru, ibu bapa dan semua yang menyumbang kepada kejayaan ini. Peratus kelulusan ialah 100 % dan GPS untuk SPM 2013 ini ialah 2.76. Dari segi kecemerlangan, 11 A - 20 orang, 10 A - 7 orang, 9A - 6 orang, 8A - 9 orang, 7A - 10 orang, 6A - 10 orang, 5A - 13 orang dan 4A - 26 orang. Berikut adalah gambar semasa majlis penyampaian slip keputusan.
Aksi kanak-kanak menonton tv
Perasan tak...budak-budak bukan saja suka menonton tv, tapi mereka juga kadang-kadang suka berada di hadapan kaca tv. Tak kiralah nak menonton dari jarak dekat ker atau saja nak menyibuk kat depan tu. Siaplah kena marah dengan abang atau kakaknya...bahkan ibu bapanya juga.hehe..Saksikan pelbagai gaya dan ragam budak-budak menonton tv...
Tuesday, March 18, 2014
Kolam depan rumah
Kanak-kanak memang suka main air. Nak pergi kolam renang, takde masa...Jadi main air dalam kolam kecil depan rumah saja. Biarpun kolam tu kecil, muat jer 3 orang anak saya ni main air, Musim kemarau memang best main air, tapi awas...jangan bazirkan air. Setiap petang budak-budak ni menghabiskan masa hampir satu jam berendam dan bermain dalam kolam tu. Janji mereka seronok kan!
Jeruk Madu Pak Ali
Suka makan jeruk? Bukan perempuan mengandung saja yang suka makan jeruk, lelaki pun ada yang kaki jeruk.hehe.. Sebelum ni saya biasa dengar nama jeruk madu Pak Ali .Sekarang jeruk Pak Ali sudah ada di Kelantan,khususnya Pasir Tumboh. Jadi senanglah sikit kalau nak makan jeruk buah-buahan. Rasanya sedap dan harga pun berpatutan. Tak perlu lagi ke Pulau Pinang semata-mata nak beli jeruk Pak Ali.
Monday, March 17, 2014
Naib johan bahas ala parlimen
Naib Johan bagi pertandingan bahas ala parlimen QIT Ketereh menjadi milik pasukan bahas SMKA Melor bagi tahun 2014. Biarpun kali pertama bergelar naib juara, kerana sebelum ini pasukan SMKAM sering menjuarai peringkat QIT Ketereh, namun pujian harus diberikan kepada pasukan bahas sekolah kerana mereka berjaya menunjukkan semangat berpasukan dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.
Bahas Ala Parlimen
Sekarang sedang berlangsung Pertandingan Bahas Ala Parlimen, sekolah-sekolah menengah PPD Kota Bharu, peringkat QIT Ketereh, di SMKAM. Pertandingan ini disertai oleh 9 buah sekolah iaitu SMKAM, SMK Pangkal Kalong, SMK Kg. Chengal, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh, SMK Melor, SMK Kadok, SMA Al-Khausar dan SMK Long Ghaffar 2.
Sunday, March 16, 2014
Amir Sufi & Maisarah 2014
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Amir Sufi dan pasangannya Maisarah yang telahpun selamat diijabkabulkan. Amir adalah bekas pelajar SMKAM, SPM 2006, dan telah melanjutkan pelajarannya di USIM. Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan telah berlangsung pada 22 Februari lepas, manakala majlis kesyukuran di rumah pengantin lelaki akan berlangsung pada 23 Mac ini. Saya kongsikan beberapa keping foto perkahwinan koleksi Amir Sufi, dalam entri blog ini.
Keputusan SPM
Hujung minggu ni keputusan SPM akan dikeluarkan. Dup..dup...dup... Bukan saja pelajar, malah ibu bapa dan guru-guru juga berdebar. Ada yang sudah tak lena tidur, tak lalu makan..Jangan ada yang tak mandi yer.hehe..
Apapun keputusannya nanti,terimalah seadanya. Itulah hasil yang dituai setelah 2 tahun berpenat lelah membuat persediaan.
Saya doakan semua mendapat keputusan cemerlang. Bagi pelajar SMKAM.. 11A +!
Saturday, March 15, 2014
Hujan di bumi Kelantan
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya hujan turun di Kota Bharu hari ini. Hujan rahmat membasahi bumi, memberi kesegaran kepada pokok dan segala tumbuhan yang kekeringan sebelum ini. Biarpun negara masih lagi diselubungi kesuraman akibat kehilangan MH370, masalah jerebu dan kemarau, hujan pagi tadi melegakan sedikit perasaan penduduk Kelantan yang menunggu hujan turun setelah kemarau berpanjangan.
Bunga kertas musim kemarau
Tengok bunga kertas kat rumah orang berbunga lebat, timbul pula keinginan nak tanam pokok bunga kertas.hehe..Kebetulan sekarang musim kemarau, pokok bunga kertas ni memang jenis suka panas. Kalau pokok bunga lain, kemarau macam ni mesti banyak yang layu kalau tak cukup air atau terdedah kepada panas matahari.
Friday, March 14, 2014
Lukisan Izham Shah
Lukisan hasil imaginasi dan kreativiti pelajar saya. Biarpun di sekolah tidak menawarkan subjek lukisan mahupun kejuruteraan, namun minat pelajar ini melukis telah menghasilkan sesuatu yang menarik. Pelajar yang dimaksudkan ialah Idzham Shah, tingkatan lima aliran sains di SMKA.
Thursday, March 13, 2014
Kuih Lup Chup Kota Bharu
Nampak macam sedap jer..macam-macam buah ada tu. Ingatkan buah betul, rupanya sejenis kuih. Kreatif dan berimaginasi sungguh pereka kuih ni. Nama kuih yang dikatakan berasal dari Thailand ini ialah Lup Chup. Kuih Lup Chup kat atas ni adalah Lup Chup Kota Bharu sebab dibuat di Kota Bharu. Apa istimewanya kuih ini?
Main layang-layang pula
Sekarang ni waktu petang angin bertiup agak kuat. Sesuai untuk bermain wau atau layang-layang. Sana-sini budak-budak bermain layang-layang, tak terkecualilah anak-anak saya. Hmmm kalau dulu layang-layang ni dibuat sendiri jer. Tapi sekarang ramai yang tak pandai nak buat...beli jer kat kedai, layang-layang dari China. Menariknya ada pelbagai warna dan gambar. Hilang sudah keaslian wau tempatan. Saksikan keseronokan anak-anak bermain layang-layang bersama rakan.
Wednesday, March 12, 2014
Perabot terpakai yang masih cantik
Terfikir untuk membeli perabot? Entri ini saya kongsikan gambar-gambar yang dikirimkan oleh seseorang pasal perabot terpakai. Membeli perabot terpakai kadang-kadang ada untungnya. Selain harga yang murah berbanding perabot baru, ia juga nampak kukuh dan tahan lasak. Penting juga perabot kitar semula ini boleh diubahsuai dari segi penampilannya mengikut citarasa pengguna.Jom saksikan...
Tuesday, March 11, 2014
CPUV LINE Shopping
Alhamdulillah, akhirnya Nuffnang bagi juga CPUV kat blog Kembara Minda 7 , setelah sekian lama tak merasa CPUV. Terima kasih kepada LINE Shopping yang sudi menaja iklan di blog KM7 ni untuk satu jangka waktu tertentu. Harap-harap lamalah sikit melekat kat sini yer.
Monday, March 10, 2014
Carta Organisasi
Kreatif juga pelajar ni menyediakan
Carta organisasi kelab dan
Persatuan masing-masing.
Sekadar berkongsi beberapa carta
Organisasi yang disediakan oleh pelajar
Sunday, March 9, 2014
Burung dalam sangkar
Sumber foto: Google
Ketika ini kebanyakan blogger membuat entri pasal MH370. Sana-sini semua memperkatakan MH370. Sama-samalah kita berdoa agar diberi petunjuk di mana pesawat itu sekarang. Entri saya ini pasal burung yer..Tertarik dengan burung pelbagai warna dalam sangkar menyebabkan saya terpanggil untuk menulis tentangnya.
Wednesday, March 5, 2014
Keropok Ikan Goreng
Entri pasal makan lagi...Kali ni mari kita makan keropok lekor pula. Bagi yang ke Terengganu, tak sah rasanya kalau tak bawa balik keropok lekor. Keropok lekor kat atas dibeli dengan harga RM 8 untuk berat 500 gram. Jangan tak tahu...sekarang keropok lekor dijual dalam packing macam nugget ayam yer..jom tengok...
Tuesday, March 4, 2014
Hot Dog Special
Sila jangan telan air liur tengok gambar makanan...hehe. Tak lama lagi masa untuk tidur, tak elok makan sebelum tidur yer. Gambar makanan kat atas tu adalah menu dinner kami tadi. Hot dog special...disediakan sendiri oleh puan isteri saya.
Monday, March 3, 2014
Keychain bakal doktor
Cantik kan keychain ni, nampak hidup pula
bunga yang dilukis kat atas tu.
Saya beli kat sekolah tadi masa pameran
dan khidmat komuniti USM Kubang Kerian
di sekolah tempat saya bertugas
Sunday, March 2, 2014
Semut hitam menyerang!
Orang kata di mana ada gula, di situ ada semut. Tapi kat rumah saya semut-semut hitam ni memang banyak di sekeliling rumah. Termasuklah dalam bilik air macam dalam gambar kat atas tu. Mula-mula dulu kesian...sapu jer semut-semut tu. Tapi akhir-akhir ni terus sembur racun serangga.huhu...kejam tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)