Saturday, March 15, 2014

Hujan di bumi Kelantan


Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya hujan turun di Kota Bharu hari ini. Hujan rahmat membasahi bumi, memberi kesegaran kepada pokok dan segala tumbuhan yang kekeringan sebelum ini. Biarpun negara masih lagi diselubungi kesuraman akibat kehilangan MH370, masalah jerebu dan kemarau, hujan pagi tadi melegakan sedikit perasaan penduduk Kelantan yang menunggu hujan turun setelah kemarau berpanjangan.




Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu
adalah atas ketentuanNya.
Berdoa dan bersyukurlah di samping terus berusaha.

1 comment:

Wafa Cw said...

Baru tau kata kat sana pon kemarau jugak.. alhamdulillah dah hujan... harap tak ada masalah air yang teruk kat sana macam biasa :D