expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 26, 2014

Kelate River Cruise


Merasai sendiri pengalaman menaiki bot di sungai Kelantan, untuk melihat keindahan pulau-pulau berdekatan adalah sesuatu yang menarik. Hari ini kami berpeluang mengikuti ekpedisi ini bersama Kelate River Cruise. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk seorang, manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah percuma, kami diberi 2 pilihan laluan perjalanan sama ada ke Kuala Besar atau ke Pulau Pantai Suri.

Friday, April 25, 2014

Robot pun pandai menari


Siapa sangka Imdad yang memang susah nak tunjuk bakat, tiba-tiba menari gang nam style..hehe. Semuanya pasal minat dengan robot tu! Masa tengok robot tu boleh menari, petugas kat sana meminta Imdad meniru aksi robot yang boleh menari tu. Eh...saya pun tak sangka Imdad menyahut pelawaan tersebut.

Cenderamata Minggu Saham Amanah Malaysia


Anda sudah berkunjung ke pameran sempena Minggu Saham Amanah Malaysia? Saya sekeluarga sudah 2 kali berkesempatan ke MSAM di RTC Kelantan. Gambar kat atas tu adalah cenderamata yang saya dapat..Lagi ramai anda pergi...lagi banyak anda dapat.hehe...pastikan ada ic yer.

Wednesday, April 23, 2014

Hanyalah gambar kenangan


Ini bukan situasi sebenar, sebaliknya pemandangan dari gambar dinding yang besar. Sekali tengok macam 'real' jer kan. Oh yer...saya rakam gambar ni semasa mengunjungi satu ruang pameran sempena Minggu Saham Amanah di RTC Kelantan. Saksikan foto-foto yang dirakam menggunakan handphone untuk album kenangan kami sekeluarga. Mutu gambar kurang memuaskan kerana terpaksa berasak-asak, ramai sangat pengunjung yang turut sama mengabadikan foto mereka di situ.

Warung Pak Mat


Teh tarik madu, sejuk atau panas dan sup ikan adalah menu yang popular di warung Pak Mat. Saya dan keluarga berpeluang ke warung yang terletak di Medan Ikan Bakar, Pulau Pisang ini. Bagi yang tak biasa ke sini, lokasinya adalah Kuala Besar dan jalan ke Pantai Cahaya Bulan.

Tuesday, April 22, 2014

Tarian etnik dan tradisional


Negara kita memang kaya dengan seni warisan pelbagai bangsa dan suku kaum. Antaranya tarian tradisional yang dimiliki oleh setiap kaum. Kali ini jom kita ke Sarawak untuk menyaksikan pertandingan tarian tradisional dan etnik di sana, yang dijayakan oleh pelajar sekolah rendah sempena pertandingan tarian peringkat daerah Song.

Saturday, April 19, 2014

Sutra Beach Resort,Merang


Terengganu memang terkenal dengan keindahan pantainya. Saya memang suka melalui jalan pantai kalau nak ke Kuala Terengganu, untuk menikmati keindahan pantai sepanjang perjalanan. Beberapa hari lepas saya telah menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Sutra Beach Resort mengambil masa 2 jam.

Monday, April 14, 2014

Mesra Siswa Perdana


Program Mesra Siswa Perdana ini berlangsung di SMKAM pada 10 April yang lepas di dewan Al Ghazali. Melibatkan siswa dari USM Kubang Kerian, dan semua pelajar tingkatan 5 SMKAM. Antara pengisian program ialah Ice Breaking, halatuju kerjaya dan kelestarian akademik.

Sunday, April 13, 2014

Selamat tinggal guruku


Ucapan perpisahan sememangnya menyentuh perasaan. Tiga orang warga pendidik SMKAM telah berpindah tempat kerja serentak pada akhir Mac lalu. Satu majlis jasamu dikenang telah diadakan di dewan sekolah pagi tadi dalam suasana sayu. Maklumlah ketiga-tiga mereka sudah lama berkhidmat di SMKAM, dan seolah-olah nama SMKAM itu sudah sebati dengan jiwa masing-masing.

Saturday, April 12, 2014

Bertemu setelah 27 tahun


Segalanya bermula dengan menjejaki rakan-rakan lama melalui FB dan whatsApp, akhirnya satu pertemuan telah diatur dan menjadi kenyataan pada hari ini 14 April 2014. Rakan-rakan sekelas semasa di SMK Kubang Kerian 1 ini, telah terpisah 27 tahun yang lalu. Satu jangka waktu yang agak lama.

Thursday, April 10, 2014

Kunci Kejayaan SPM


Kunci utama untuk berjaya ialah jangan tinggalkan solat, dan jangan menjadi anak-anak yang bermasalah dengan ibu bapa. Itu adalah antara kata-kata pakar motivasi tersohor di Kelantan iaitu Tn Hj Nik Mohamad bin Nik Lib. Pesanan itu disampaikan semasa ceramah Motivasi Keibubapaan di SMKA Melor petang tadi.

Wednesday, April 9, 2014

Faten & Amin 2014


Siapa sangka perkenalan sejak di bangku sekolah telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Itulah yang dikatakan... kalau sudah jodoh takkan ke mana. Pasangan pengantin Amin dan Faten Liyana, juga merupakan rakan sekelas suatu waktu dahulu. Kedua-dua mereka adalah bekas pelajar saya juga. Masa sekolah dulu, tak nampak pula mereka ni sedang bercinta. hehe.....

Tuesday, April 8, 2014

Kertuk


Masa kecil dulu saya dah kenal apa itu kertuk. Biasa nampak kat surau, sering dipalu apabila masuk waktu solat. Fungsinya pada masa itu untuk memberi isyarat masuknya waktu solat.Kertuk dulu nampak simple saja dengan hiasan minima. Sekarang kertuk sudah tidak kelihatan di surau-surau. Kertuk sudah dijadikan satu alat muzik tradisional, dimainkan untuk sebarang pertunjukan kebudayaan mahupun untuk pertandingan.

Rumah terbalik di Sabah


Anda ingin merasai satu pengalaman berbeza? Sesuatu yang boleh mencabar kebiasaan kita? Jom...jawapannya ada di sini...di Tamparuli, Sabah. Apa yang saya maksudkan ialah perihal rumah terbalik. Entri ini adalah pengalaman rakan saya yang sempat berkunjung ke sana baru-baru ini. 

Monday, April 7, 2014

Tudung Periuk Putih


Sana-sini banyak memperkatakan 'musim bunga' di Malaysia. Seronok kan tengok bunga-bungaan di merata tempat.  Maklumlah...bukan selalu ada situasi macam ni. Kali ni saya paparkan gambar-gambar bunga tudung periuk putih. Pokok ini terdapat di rumah ibu saya, sekarang nampak cukup cantik dengan bunga-bunga putihnya. Jom saksikan...

Thursday, April 3, 2014

Faizah & Fashan 2014


Sama cantik..sama padan, bagai cincin dengan permata. Pasangan pengantin untuk edisi kali ini ialah Faizah dan  M  Fashan Zairan. Tanggal 27 Mac 2014 menjadi saksi cinta setia hujung nyawa, pasangan pengantin baru ini. Suka duka sepanjang 8 tahun perkenalan membawa mereka ke gerbang perkahwinan, bersama-sama melayari bahtera kehidupan berkeluarga.

Wednesday, April 2, 2014

Suniza & Qushairi 2014


Kalau sudah jodoh, takkan ke mana. Biarpun laut China Selatan yang memisahkan, namun mereka telah ditakdirkan untuk bersatu. Tahniah dan selamat pengantin baru buat Suniza dan pasangannya Ahmad Qushairi yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 Februari 2014. Majlis kenduri di rumah pengantin perempuan di Melor,Kelantan telah berlangsung pada 1.2.2014 manakala majlis sebelah pengantin lelaki diadakan di Kemaman,Terengganu pada 8.2.2014.

Tuesday, April 1, 2014

Catur peringkat kebangsaan


Bermula dengan hobi bermain catur, akhirnya membawa kepada kejayaan dalam pertandingan catur MSSM peringkat kebangsaan. Pelajar tingkatan 4 IS SMKAM ini, Nur Hanis Natasha bt Roslan telah mewakili Kelantan dalam pertandingan catur peringkat kebangsaan  di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Beliau telah memenangi naib johan bagi kategori perempuan 18P berpasukan. Syabas dan tahniah Nur Hanis Natasha.