expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 12, 2014

Bertemu setelah 27 tahun


Segalanya bermula dengan menjejaki rakan-rakan lama melalui FB dan whatsApp, akhirnya satu pertemuan telah diatur dan menjadi kenyataan pada hari ini 14 April 2014. Rakan-rakan sekelas semasa di SMK Kubang Kerian 1 ini, telah terpisah 27 tahun yang lalu. Satu jangka waktu yang agak lama.



Walaupun pertemuan ini hanya dapat mengumpul sebahagian kecil sahaja rakan sekelas dulu, tetapi ianya cukup bermakna sebagai satu permulaan untuk siri reunion seterusnya. Kebanyakan yang hadir hari ini adalah mereka yang menetap dan  bertugas sekitar bandar Kota Bharu. Ramai lagi rakan sekelas dahulu yang masih bekerja di serata ceruk Malaysia, juga di luar negara.


Lokasi pertemuan sulung ini ialah di pantai Irama, Bachok, Kelantan. Tiada aturcara khusus untuk pertemuan ini, hanya acara santai sahaja bersama ahli keluarga masing-masing. Bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 3.30 petang. Lama juga tu..Maklumlah lama tak jumpa, masing-masing ada cerita tersendiri. 


Alhamdulillah kerana kami masih lagi dapat dipertemukan semula biarpun semua dah berusia 40an. Ada yang sudah mempunyai anak remaja pun! Harapan saya biarlah masa terus berlalu dengan menambah angka umur kita, tetapi persahabatan ini jangan dileraikan.


Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam tadi. Banyak sangat perkongsian cerita, sampai lupa nak ambil gambar banyak-banyak.hehe...Nama-nama watak dalam gambar-gambar ini tidak dinyatakan, untuk kepentingan bersama.









Menjamu selera dengan menu yang dibawa setiap keluarga




Terima kasih kepada semua rakan saya yang sempat datang semasa perjumpaan tadi. Saya faham, masing-masing banyak tugas dan komitmen kerja dan keluarga, namun kesanggupan kalian meluangkan waktu untuk bertemu rakan lama sudah cukup membuktikan yang persahabatan kita sewaktu alam persekolahan itu cukup berkesan dan perlu diteruskan. Biarpun kita banyak rakan sekerja, mahupun rakan semasa menuntut di universiti atau kolej, tetapi kawan-kawan masa sekolah juga yang paling indah untuk dikenang.

Semoga kita dipertemukan semula dalam reunion yang akan datang.

2 comments:

  1. Seronok jumpa sahabat sahabat lama yg satu kelas. Imbas kembali waktu alam remaja dulu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.