expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 25, 2014

Robot pun pandai menari


Siapa sangka Imdad yang memang susah nak tunjuk bakat, tiba-tiba menari gang nam style..hehe. Semuanya pasal minat dengan robot tu! Masa tengok robot tu boleh menari, petugas kat sana meminta Imdad meniru aksi robot yang boleh menari tu. Eh...saya pun tak sangka Imdad menyahut pelawaan tersebut.



Tengoklah tu bukan main seronok dia meniru robot tu menari. Macam tak peduli pula kat orang ramai yang tengok dia menari tu. Kalau kat rumah, tak pernah tengok pun Imdad menari. Mungkin teruja sangat dengan robot tu. Oh ya...ni semua kat Minggu Saham Amanah Malaysia di RTC Kelantan.






Dan inilah kotak pensil, hadiah atau cenderamata daripada I & P Group untuk Imdad atas keberaniannya menari bersama robot tadi. Kalau dapat robot tu sebagai cenderamata kan best...hehe..Apapun terima kasih dan tahniah Imdad.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.