expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, May 31, 2014

Faten Liyana & Aminuddin 2014


Sana-sini banyak majlis kenduri perkahwinan. Biasalah kan..cuti sekolah. Hari ni saya sempat ke majlis perkahwinan Faten Liyana dan pasangannya Aminuddin. Kenduri kesyukuran ini berlangsung di Kg. Kubang Tin, Melor, Kelantan. Beberapa keping foto bersama pengantin....

Nilai Springs Resort Hotel


Cuti sekolah dah bermula, mesti ramai yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Banyak faktor kena fikir kalau nak melancong ni....bajet, lokasi, kemudahan, dan penting juga kenapa kita nak melancong ke sesuatu tempat tu? Kali ni saya nak kongsi tentang Nilai Springs Resort Hotel. Resort hotel 4 bintang ini terletak di Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Thursday, May 29, 2014

Makan ayam bersama Cristiano Ronaldo


Hari yang cukup bertuah kerana dapat makan bersama Cristiano Ronaldo.Haha...sila jangan percaya..Siapalah saya nak makan dengannya kan! Ini semua KFC punya pasal...maka kami ke sana untuk menjamu selera yang sememangnya berselera sempena cuti-cuti sekolah ni. Tapi kan.. rasa macam kecil jer seketul ayam KFC sekarang ni.Huhu..Nasib baik anak-anak tak berapa nak suka makan ayam...seketul seorang jer mereka makan. Kami pilih pakej ni..

Wednesday, May 28, 2014

Ayam Pansuh Sarawak


Memperkenalkan ayam pansuh, sejenis masakan yang popular bagi masyarakat Iban dan Melayu di Sarawak. Uniknya ayam pansuh ini ialah cara memasaknya menggunakan buluh. Sekali tengok macam tengah bakar lemang saja...Biasanya daging ayam tu dicampur dengan daun ubi, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar untuk satu jangkamasa dengan api yang sederhana kuat.

Jom jadi Maskot


Ehh seronoklah pula jumpa maskot ni. Masing-masing teruja nak bergambar dengan maskot. Ingatkan budak-budak jer suka... ibu bapa pun suka juga tau! Macam-macam maskot ada...tapi yang popularnya maskot yang ada kaitan dengan rancangan tv..macam upin ipin tu kan! Pernah ker kita terfikir siapa di sebalik maskot tu? Mesti panas kan pakai 'uniform' jadi maskot. Siapa ada pengalaman jadi maskot bolehlah berkongsi cerita yer...Kat bawah ni ada lagi beberapa maskot yang sempat kami 'tangkap' semasa MAHA 2014 di Kota Bharu baru-baru ni..

Tuesday, May 27, 2014

Pulut kuning pembakar semangat


Pulut kuning, ada juga yang menggelarkannya sebagai pulut semangat. Disediakan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan juga menyambut kelahiran. Warna pulut tu bergantung kepada tuan rumah atau tuan kerja lah kan...sebab pulut asal berwarna putih...boleh diwarnakan apa warna sahaja. Paling popular warna kuning...nampak kemewahan dan semangatnya. Jangan lupa...taburkan telur yang digoreng dan dihiris halus untuk nampak cantik sebagai hiasan dan dimakan bersama pulut tersebut. Majlis apa ni?...

Wednesday, May 21, 2014

Wau Sobek


Wau sobek atau wau cantik memang dikenali di Kelantan. Wau ini juga dipertandingkan untuk memilih wau yang paling cantik dari segi kehalusan corak dan bentuknya. Wau yang menggunakan kaedah tebuk dan tampal ini bukan sesuatu yang senang untuk disiapkan.  Mengambil masa berminggu-minggu untuk disiapkan bergantung kepada corak yang dihasilkan. Tidak hairanlah harganya melebihi RM 600 dan mencecah sehingga ribuan ringgit untuk sebuah wau.

Monday, May 19, 2014

Apabila guru menjadi pelajar


Satu kejutan sambutan hari guru tahun ni, guru perempuan memakai uniform sekolah. Apakah gerangannya pula?hehe.. Barangkali sudah puas memakai uniform kerja, nak cuba kembali ke zaman persekolahan dulu-dulu. Apa-apa je lah..bagi peluang sekali-sekala nak lepaskan perasaan...jangan lepas perasan sudah...hehe..

Sunday, May 18, 2014

Fatin Aini & Firdaus 2014


Seorang lagi bekas pelajar saya telah mendirikan rumahtangga. Tahniah dan selamat pengantin baru buat Fatin Aini dan pasangannya Firdaus. Majlis pada Februari lalu cukup meriah dengan kehadiran ramai rakan-rakan sekelas dulu. Bagai pinang dibelah dua, Takdir telah mempertemukan pengantin perempuan dari Machang, Kelantan ini dengan pasangannya dari Kedah. Saksikan gambar kenangan majlis yang berlangsung tempohari.

Friday, May 16, 2014

MAHA 2014 di Pasir Puteh


Cantik, meriah dan berinformasi. Bagi anda yang berada di sekitar Pasir Puteh, Kelantan pada 15 hingga 17 Mei 2014, beramai-ramailah ke MAHA 2014 peringkat negeri Kelantan. Pameran dan jualan ini berlangsung di padang awam Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Jom saksikan antara gambar-gambar menarik kiriman en. Zulhilmi yang telah berkunjung ke sana.

Thursday, May 15, 2014

Hari Guru: Antara ucapan dan hadiah


Selamat menyambut hari guru buat semua warga pendidik di seluruh negara. Terima kasih buat semua yang bergelar guru kerana telah membentuk generasi pewaris negara dalam pelbagai lapangan kerjaya. Semuanya bermula dari pendidikan di sekolah. Tak lupa juga, marilah sama-sama kita hadiahkan al fatihah buat bekas guru kita yang telah meninggal dunia.

Nostalgia hari guru 2005


Sempena sambutan hari guru tahun ini, saya ingin mengembalikan nostalgia buat warga SMKAM, sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2005. Setelah 10 tahun, lihatlah semula wajah-wajah guru anda, juga wajah anda PERTIMA 2005.

Wednesday, May 14, 2014

Tok Aman Bali Beach Resort


Pertama kali masuk ke resort ini, rasa macam tak percaya pula kat Kelantan ada resort secantik ini. Kami sekeluarga berpeluang menginap di Tok Aman Bali Beach Resort selama sehari semalam sempena cuti hari Wesak. Saya difahamkan resort ni sentiasa penuh, terutamanya cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Untuk penginapan ini, sudah seminggu di'booking'.

Saturday, May 10, 2014

Sandwich ala UNISZA


Dah bosan tengok bentuk sandwich yang biasa? Apa kata anda cuba jer sandwich macam dalam gambar kat atas tu. Anak-anak tentu suka tengok bentuk macam kucing tu...jadi pastinya mereka takkan lepaskan peluang untuk merasa sendiri sandwich yang cantik tu. Siapa buat ni?

Thursday, May 8, 2014

Terima Kasih Cikgu


Satu jamuan telah diadakan di sekolah tadi oleh bekas pelajar SMKAM, SPM 2013. Jamuan terima kasih cikgu sebagai menzahirkan rasa terima kasih kepada semua cikgu SMKAM atas segala jasa bakti yang dicurahkan selama ini.

Tuesday, May 6, 2014

Berperahu untuk ke sekolah


Berperahu untuk ke sekolah bukanlah perkara asing bagi pelajar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak mahupun sesetengah tempat di Semenanjung. Rutin harian ini terpaksa ditempuh demi mendapatkan ilmu pengetahuan buat bekalan masa depan. Entri kali ini akan membawa anda ke kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Sebelum jam 7 pagi, anak-anak kampung Kekan ini sudahpun bersedia di atas perahu panjang ini untuk ke sekolah. Biasanya mereka dihantar oleh ibu bapa masing-masing dengan  perahu milik persendirian.

Sunday, May 4, 2014

Nostalgia di pantai Irama


Berkunjung ke pantai Irama,Bachok beberapa hari yang lepas, saya rasa terkejut dengan 'hilangnya' tempat permainan kanak-kanak yang menjadi mercu tanda bagi kami masa kecil-kecil dulu kalau ke pantai Irama. Tempat tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan KFC yang sedang dalam proses pembinaan. Bagaimanapun terdapat juga permainan ala moden yang berbayar,terletak berdekatan dengan pantai.

Saturday, May 3, 2014

Cenderahati kalau ke Langkawi


Langkawi bukanlah asing lagi bagi kita semua. Mungkin anda dah ke sana beberapa kali yer. Selain melihat keindahan panorama dan sejarah pulau itu, aspek cenderahati untuk dibawa pulang pun penting juga untuk diberi perhatian. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa jenis cenderahati tanda kenangan yang dibawa pulang oleh isteri saya yang ke Langkawi sempena lawatan sambil belajar pelajar sekolahnya.

Thursday, May 1, 2014

Aziah & Firdaus 2014


Tahniah dan selamat pengantin baru buat rakan setugas, ustazah Nur Aziah dan pasangannya Nik Mohd Firdaus. Majlis di Batu 11, jalan Kuala Krai, Kota Bharu ini berlangsung pada hari ini, 1 Mei 2014 dengan penuh meriah. Saksikan beberapa keping foto sepanjang majlis berlangsung.