expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 28, 2014

Ayam Pansuh Sarawak


Memperkenalkan ayam pansuh, sejenis masakan yang popular bagi masyarakat Iban dan Melayu di Sarawak. Uniknya ayam pansuh ini ialah cara memasaknya menggunakan buluh. Sekali tengok macam tengah bakar lemang saja...Biasanya daging ayam tu dicampur dengan daun ubi, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar untuk satu jangkamasa dengan api yang sederhana kuat.



Sesuai juga dilakukan semasa aktiviti perkhemahan di hutan. Dah masak tu...bolehlah makan ramai-ramai..Amboi berselera betul murid sekolah ni makan.Biarpun memasak ayam pansuh di kawasan sekolah saja, tapi sedaplah..Siap makan..sambung aktiviti menyiapkan gajet. Ini adalah sebahagian daripada  aktiviti yang dijalankan di SK Cardinal Vaughan, Song, Sarawak. Tahniah kepada semua.


[FOTO & INFO: IZZAT]

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.