Wednesday, May 14, 2014

Tok Aman Bali Beach Resort


Pertama kali masuk ke resort ini, rasa macam tak percaya pula kat Kelantan ada resort secantik ini. Kami sekeluarga berpeluang menginap di Tok Aman Bali Beach Resort selama sehari semalam sempena cuti hari Wesak. Saya difahamkan resort ni sentiasa penuh, terutamanya cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Untuk penginapan ini, sudah seminggu di'booking'.



Resort ini terletak di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh. Di tepi laluan dari Tok Bali, Kelantan ke Kuala Besut, Terengganu. Kira-kira 50 km dari Kota Bharu.Pakaian dalam gambar tu nampak formal, dengan anak masih berpakaian sekolah kerana kami ke sana sebaik saja habis waktu kerja. Biliknya cantik dan kemas. Resort yang dibuka pada Jun 2012 mempunyai pelbagai jenis bilik dengan kadar yang berbeza. Kami memilih deluxe room dengan kadar RM 298.



Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik dan selesa untuk pelbagai peringkat umur. Terletak di tengah-tengah kawasan resort menjadikannya tumpuan utama di resort ini. Anak-anak tak lepaskan peluang bermain di kolam renang ini sepanjang petang, dan bersambung semula pagi keesokannya.




Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkayak, spa, sauna, gym, pedal boat, berbasikal dan lain-lain. Sesuai dengan slogan resort iaitu 'we take care of the REST!' anda boleh menghabiskan masa di sana dengan penuh rileks dan santai.



Malam tu kami makan ikan bakar di restoran ikan bakar
yang terletak di luar resort. Banyak restoran ikan bakar sepanjang jalan 
dari Tok Bali ke Kuala Besut.




Biarpun masa berada di sana agak singkat, namun cukup bermakna. Panjang umur, murah rezeki, kami akan ke sana lagi nanti. Bagi yang berminat untuk ke sini, bolehlah menghubungi Tok Aman Bali Beach Resort di talian 09-6918899 atau 09-6919800. Anda juga boleh melayari website: www.tokamanbali.com.my



3 comments:

ZUKI DIN said...

nak gi gak tp blom cukup pitih..

Aqilah Azmi said...

heheehehe nok gi jugok T_T

sukasukitulisblog said...

jauh nak gi kelantan .. huhu