expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 1, 2014

Gayu Guru Gerai Nyamai 2014


Selamat menyambut hari Gawai buat masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Biarpun sudah lama meninggalkan bumi kenyalang, namun rakan-rakan dan bekas pelajar saya di sana dari kaum Iban dan Bidayuh masih saling berhubung. Keseronokan menyambut Gawai dimulakan dengan tarian yang diiringi paluan muzik tradisional. Gambar di atas adalah suasana di Kampung Git, Jalan Puncak Borneo. Seterusnya saya bawakan anda semua ke Kampung Taee, Serian, Sarawak..



Saksikan acara perarakan kereta berhias dan pakaian tradisional di Kampung Taee, Serian, Sarawak. Acara ini turut memeriahkan suasana perayaan Gawai di kampung berkenaan. Begitu juga dengan lain-lain tempat di Sarawak, pelbagai acara diadakan sepanjang sambutan Gawai ini dengan cara yang tersendiri. Apa yang penting di sini adalah ikatan kekeluargaan dan budaya masyarakat yang masih diberi keutamaan untuk diwarisi dan tatapan generasi akan datang.



Selamat menyambut hari Gawai.
Gayu Guru Gerai Nyamai.
[FOTO: TREACY]

1 comment:

  1. Bila nangga gambar siya, bila agik kamek tuk nok ngabas Sarawak? Rasa kamek tuk udah lamak sik ke siya! Nang dah `buang batu` kamek tuk!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.