Monday, June 16, 2014

Pantai Sri Kemayan,Tawang


Bagi anda yang gemar makan sambil menghirup udara segar dan menghadap ke laut, inilah tempatnya. Saya perkenalkan pantai Sri Kemayan, Tawang, Bachok, Kelantan. Seingat saya, ini adalah kali kedua kami sekeluarga ke sini. Untuk ke pantai Sri Kemayan kalau anda dari pantai Irama Bachok, mengambil masa sekitar 15 minit saja.



Banyak deretan kedai makan kat sini. Kebanyakan kedai menjual minuman dan makanan ringan macam keropok, maggie, mee jer ada...nasi takde kot sebab masa kami nak oder nasi kat beberapa kedai takde pula.


Saya suka pemandangan ni. Makan kat tempat terbuka, 
di sebelahnya laut dan kuala sungai.


Sambil makan bolehlah menghirup udara segar.


Mini taman permainan pun ada.
Satu perkara yang saya kurang selesa kat sini adalah aspek kebersihan.
Sampah macam bertaburan di merata tempat.
Tong sampah tidak kelihatan.



Bot nelayan dari kuala sungai menuju ke laut



Ada juga yang menunjukkan bakat melukis di dinding,
atau istilah sekarang lukisan grafiti (betul ker ejaaan ni hehe)

Bagi anda yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke sini. Oh ya, kawasan ni takde lah luas sangat, hanya khusus untuk minum petang dan bersantai bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Kaki pancing juga ramai sekitar kawasan ini. Silakan...

4 comments:

Sop Nama Saya said...

mmg best dapat lepak2 tepi pantai untuk santai2

sukiman said...

saya suka lepak pantai bukit keluang...

Shida Radzuan said...

lama xjalan2 kat pntai..selalu pn xbksempatan jer haihh..

sukiman said...

saya memang suka lihat laut...biru, luas terhampar. Ombak pula stia...