Thursday, July 24, 2014

Al Quran dimakan anai-anai

Satu kejadian yang patut diambil iktibar oleh semua umat Islam, 3 naskhah Al-Quran telah rosak dimakan anai-anai. Kejadian ini berlaku di surau SMKA Melor, disedari apabila pelajar ingin mengemaskan sebuah rak di surau berkenaan. 2 naskah Al-Quran telah dimakan anai-anai pada bahagian isi Al-Quran manakala 'frame'nya masih elok.


Mungkin ada hikmahnya kejadian ini berlaku. Kehilangan keseluruhan  ayat-ayat suci Al Quran dalam 2 naskhah Al Quran ini menjadi iktibar kepada kita semua agar sentiasa membaca Al-Quran yang ada. Jangan hanya disimpan di atas rak, atau sebagai hiasan semata-mata.


Sama-samalah kita renungkan dan fikirkan hikmah di sebalik kejadian ini.



Sementara Ramadan ini masih berbaki,
sama-samalah kita memperbanyakkan amalan membaca al Quran.
Juga diteruskan amalan mulia ini pada bulan-bulan seterusnya.
Jadikan membaca Al Quran sebagai amalan harian.


2 comments:

fatin wawa said...

waahh.. dasyatnya anai2.. :O semoga kita sentiasa memelihara Al-Quran yg ada bersama kita..

Tedi said...

Anai2 tu cuma menjalankan tugas yg diberi Allah..