expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 22, 2014

Nasi Kerabu Biru


Segalanya bermula dengan bunga biru ini yang sedang berkembang di tepi pagar belakang rumah. Pokok ni bukan tumbuh sendiri yer, tapi ditanam oleh isteri saya. Maka timbullah idea untuk membuat nasi kerabu biru. Rupa-rupanya inilah pokok yang menghasilkan bunga biru untuk menjadikan nasi kerabu tu berwarna biru. Macamana nak buat ni?


Petik jer bunga-bunga tu sebanyak mungkin. Lagi banyak, bertambah birulah warna nasi tu. Panaskan di atas dapur, kemudian airnya dituangkan ke dalam beras untuk dimasak. Boleh dicampurkan sedikit serai dan daun limau purut.


Dahpun masak nasi kerabu biru. Jangan lupa, menu sampingan seperti ikan celup tepung, daging bakar, ayam bakar dan solok lada. Juga boleh ditambah dengan telur masin dan ulam-ulaman. Semua menu ini disumbangkan oleh isteri dan adik-adik saya. Masing-masing membawa menu ini untuk dimakan sewaktu berbuka di rumah ibu saya.


Masa untuk makan....



Seronok kan... berbuka puasa dengan semua ahli keluarga kat rumah ibu kita. Walaupun hanya nasi kerabu, tapi sangat sedap apabila dimakan beramai-ramai. Panjang umur, tahun depan boleh buat lagi majlis berbuka dengan nasi kerabu macam ni yer.

Selamat menjamu selera dengan nasi kerabu biru...


5 comments:

  1. Oh, rupanya bunga biru tu boleh dicampur pula untuk memasak nasi. Sangat menarik. Lepas ni, mau beli di bazar nasi biru. Btw, sudilah singgah ke blog saya ya. TQ. :)

    http://vandergood.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Macam bunga kembang pagi pun ada rupanya..

    ReplyDelete
  3. laaa..bunga ni ke orang buat nasi kerabu jadi biru..baru tao..rumah kat kmpung banyak bunga ni..tapi xtao kegunaannya..engat wat hiasan je..haha

    ReplyDelete
  4. ohh bunga ni ke yg guna bt nasi kerabu tu...sedapnya nampak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.