expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 18, 2014

Kelainan botol air mineral


Sekali tengok, botol air mineral ini macam botol-botol air mineral yang lain. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, ada gambar pada sticker botol tersebut. Botol kat atas tu ada gambar gasing, iaitu sejenis permainan tradisional orang-orang Melayu di negara kita. Masa beli air ni, tak perasan pula ada gambar, jadi tak tahulah botol-botol yang lain tu ada gambar apa. Saya rasa, kelainan yang ditonjolkan pada botol air mineral ini wajar dipuji. Tambahan pula, gambar-gambar yang dipaparkan itu ada kaitan dengan warisan bangsa rakyat Malaysia.


Gambar tersebut terdapat pada botol air mineral semulajadi jenama Gold Master. 




Saya berpendapat usaha yang dilakukan ini sangat baik dan bermanfaat. Selain dapat minum air mineral yang dibeli, boleh juga mendapat sedikit maklumat pada botol tersebut. Selain menambah ilmu kepada generasi muda mahupun kanak-kanak sekolah, ia juga memberi sedikit gambaran kepada pelancong asing tentang tarikan budaya masyarakat Malaysia.

Mungkin pada masa-masa akan datang, boleh difikirkan untuk diletakkan pula gambar kuih-muih tradisional Malaysia, ataupun tempat-tempat menarik di negara kita. Tidak mustahil, ada juga nanti mereka yang akan menjadikan hobi mengumpul botol mineral mahupun sticker pada botol mineral ini. Syabas kepada syarikat pengeluar air mineral ini.


2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.