Tuesday, August 5, 2014

Ular di bawah seat motor


Pernahkah anda terfikir, semasa sedang menunggang motosikal, ada seekor ular sedang berlingkar di bawah seat motor itu? Ini adalah kisah yang benar-benar terjadi kepada seorang penuntut UNISZA, Terengganu. Kewujudan ular tersebut disedari apabila dia ingin mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak berdekatan dengan UNISZA.


Bayangkan panik betul situasi ketika itu. Apabila diangkat seat motor tu..nampak seekor ular sedang berlingkar kat bawah tu.. Macam-macam cara telah dibuat untuk menghalau ular tersebut...mengambil masa sehingga satu jam....sehinggalah pihak JPAM datang. Akhirnya setelah disembur racun serangga, ular itu berjaya dikeluarkan. Nasib baik bukan ular tedung atau sawa...cuma ular liar atau di Kelantan dikenali sebagai ular kandiwat.

Bagaimanapun, motor pelajar berkenaan hanya tinggal rangka setelah banyak aksesorinya ditanggalkan dalam usaha untuk mengeluarkan ular. Lucunya..setelah dipasang semula aksesori dengan bantuan mereka yang berada di situ,  masih tertinggal 10 batang skru..yang tak pasti nak dipasang di mana.huhu... Terpaksalah motor tu dibawa ke bengkel untuk dipasang semula aksesorinya.

Jadi pengajarannya di sini...berhati-hatilah dengan situasi yang tidak diduga ini... Eloklah kita check terlebih dahulu kenderaan sebelum memulakan perjalanan supaya perjalanan kita selamat dari sebarang masalah.

[FOTO 7 INFO: IZZATIE]

1 comment: