expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 21, 2014

Bunga purple pula berkembang


Bunga purple kat halaman rumah sedang berkembang. Pokok-pokok ini baru ditanam sebulan dua ini. Masih kecil dan rendah lagi. Seronok tengok apabila pokok-pokok ini mula mengeluarkan bunga purple yang cantik. Tapi sayangnya bunga-bunga ini berkembang pada waktu pagi dan tahan sehingga tengahari saja. Petangnya bunga-bunga ini gugur ke bumi. Esok...kuntuman yang lain pula akan berkembang.



Saya tak pasti nama bunga ini. Sekali tengok pokoknya macam spesis rumput jer. Tapi pokok ni boleh tinggi dan satu pokok tu akan berbunga melebihi 10 kuntum, bergantung kepada saiz pokok. Tengoklah nanti...apabila pokok-pokok ini besar dan tinggi nanti. jom layan gambar...




Inilah sebaris pokok bunga purple yang ditanam. Sila abaikan rumput-rumput tu...tak sempat nak bersihkan lagi. Harap-harap rumput tu tidak melebihi ketinggian pokok bunga.Hehe...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.