expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 23, 2014

Macam-macam di Kota Bharu


Cuti sekolah tiba lagi. Macam-macam rancangan diatur untuk memanfaatkan masa cuti. Tidak terkecuali, kenduri kahwin pun banyak masa cuti sekolah ni. Memang lah kan... cuti-cuti beginilah ramai ahli keluarga dapat berkumpul  bagi memeriahkan majlis. Cerita pasal hantaran perkahwinan...suka tengok macam-macam hasil gubahan yang dibawa. Salah satunya pulut semangat bersama bunga telur seperti gambar kat atas tu. Sungguh kreatif orang yang membuatnya kan..



Kepada yang melangsungkan perkahwinan dengan warga Kelantan, selamat datang diucapkan. Sambil datang kenduri, rombongan juga boleh berkunjung dan melawat tempat-tempat menarik di sini. Tempat yang wajib dikunjungi bagi mereka yang pertama kali datang ke Kelantan, saya cadangkan pasar besar Siti Khadijah yang terletak di bandar Kota Bharu. Kat sini macam-macam ada. Makanan, barang keperluan dapur, kraftangan hinggalah kain-kain dan pakaian.


Dah puas membeli-belah, bolehlah melawat beberapa muzium yang terletak berdekatan. Salah satunya muzium dalam gambar kat atas ni ialah Istana Jahar, iaitu muzium adat diraja Kelantan. Kat dalam ni ada pelbagai barangan dan info berkaitan dengan kesultanan Kelantan. Bagus untuk mendapat gambaran tentang adat-istiadat diraja Kelantan.


Nak makan apa yer....Jangan risau, kat Kelantan anda tak akan kelaparan kerana terdapat pelbagai jenis makanan. Boleh pilih dan rasa sendiri. Saya perkenalkan kuih akok macam dalam gambar tu...nampak sedap kan! Ada macam-macam jenis dan saiz akok. Akok dalam gambar tu saya panggil akok bunga sebab bentuk macam bunga. Ada orang kata kuih-muih kat Kelantan ni manis-manis. Mungkin betul juga tu...cubalah sendiri yer...


Haaa...kalau bersiar-siar sekitar bandar Kota Bharu mesti dahagakan.... Beli saja air yang dijual tu..Air jagung, air kacang merah, mahupun air cendol juga senang didapati di pasar-pasar malam mahupun pasar tani sekitar Kelantan. Harganya pun murah-murah...


Kalau anda nak berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan, dalam perjalanan ke sana mesti ternampak deretan gerai yang menjual jagung dan kacang rebus. Wah...sedap...makan panas-panas....terbaik dari ladang! hehe...jagung rebusnya manis dan kacang rebusnya enak...

Semoga paparan entri ini memberi sedikit gambaran untuk percutian anda di Kelantan, khusunya di Kota Bharu. Semua gambar dalam entri ini adalah koleksi saya di instagram. Kalau sudi, boleh follow instagram saya @ghazalikm7.

1 comment:

  1. baru kemarin gi shopping di parkson n pasar siti khadijah. kat giant tu ada pestakacau bubur asyura...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.